Senarai 10 Pemain Bola Sepak Yang Pernah Jatuh Miskin

Pendapatan untuk seorang pemain bola sepak profesional boleh mencecah jutaan dollar setiap seorang bergantung kepada perjanjian dalam kontrak para pemain.

Mempunyai kehidupan yang luar biasa mewah sudah menjadi kebiasaan bagi seorang pemain bola sepak yang boleh dikatakan menjadi ikutan masyarakat juga.

Namun bukan semua mereka pandai untuk menguruskan kewangan dengan bijak. Terdapat ramai antara mereka yang membelanjakan wang ke jalan yang merugikan seperti judi, dadah, alkohol dan perempuan.

Berikut merupakan senarai 11 pemain yang pernah mempunyai kemewahan luar biasa dan menjadi miskin dan ada yang diisytiharkan muflis.

1) Celestine Babayaro

Beliau merupakan pemain yang pernah beraksi dalam saingan premier league dan sangat signifikan dengan pasukan Chelsea dan Newcastle United.

Celestine Babayaro antara pemain Afrika yang pernah menerima bayaran yang sangat lumayan ketika kariernya dahulu.

Namun dek kerana tabiat borosnya, beliau telah diisytiharkan muflis pada tahun 2011 lalu.

2) Paul Gascoigne

Gazza merupakan salah seorang pemain terbaik dalam sejarah bola sepak England. Ramai anak muda yang menjadikannya sebagai idola termasuk bintang bola sepak, Wayne Rooney.

Gazza hampir diisytiharkan sebagai seorang muflis pada tahun 2016, kerana dituduh mengelak untuk membayar cukai sebanyak £42,000, selain itu beliau turut mempunyai hutang sebanyak £200,000.

Antara masalah lain yang perlu beliau hadapi selain dituduh tidak membayar cukai dan berhutang, beliau turut berdepan dengan kecaman hingga menyatakan beliau mengalami tekanan dan depresi.

3) Keith Gillespie

Keith Gillespie merupakan seorang bakat dari akademi Manchester United dan beliau antara pemain yang mempunyai masalah ketagihan berjudi.

Beliau pernah hilang hampir £7.2 juta hanya kerana berjudi. Ketika kariernya, Keith Gillespie cemerlang membantu Newcastle ke saingan Liga Juara-juara.

Mempunyai pendapatan yang luar biasa di premier league serta ada sikap ketagih judi menyebabkan beliau jatuh miskin ketika diusia 36 tahun.

“Saya kehilangan sejumlah wang yang sangat banyak kerana ketagihan untuk berjudi selama bertahun-tahun.”

“Saya juga kehilangan banyak aset serta wang pelaburan saya.”

Jelas Gillespie ketika dalam satu temuramah bersama The Guardian.

4) Lee Hendrie

Lee Hendrie juga merupakan seorang lagi pemain yang mempunyai ketagihan untuk berjudi yang membuatkan dirinya hidup susah walaupun menerima pendapatan £30,000 seminggu di Villa Park.

Pendapatan yang beliau terima ketika itu sangat lumayan sebenarnya, namun kerana masalah yang beliau hadapi, pada Januari 2012, beliau sudah diisytiharkan muflis dan hartanya disita.

Hendrie pernah membuat pengakuan kepada Sky Sports tentang masalah yang beliau hadapi dan kejadian itu membuatkan beliau deprasi serta pernah bertekad untuk bunuh diri.

Beliau akhirnya berjaya keluar daripada masalah depresi dan kini menjadi salah seorang duta kepada organisasi kesihatan mental.

5) Brad Friedel

Brad Friedel dilaporkan mempunyai hutang sebanyak £5 juta yang dikatakan berpunca dari projek akademi bola sepak serba mewahnya di AS.

Rumah mewah miliknya yang dianggarkan bernilai lebih dari £260,000 turut disita. Friedel kemudian cuba untuk memulihkan semula keadaan ekonominya dan beliau memulakan kerjaya sebagai seorang jurulatih.

6) Eric Djemba-Djemba

Beliau pernah bermain bersama ramai legenda ketika beraksi dengan pasukan setan merah seperti, Cristiano Ronaldo, Beckham, Ryan Giggs dan ramai lagi.

Djemba-Djemba diisytiharkan muflis selepas empat tahun beliau berpindah ke Aston Villa.

Pemain midfield Cameroon itu telah beraksi di dalam saingan Liga Super India demi untuk membayar kesemua hutangnya.

7) John Arne Riise

John Arne Riise telah disenaraikan dalam status muflis oleh pihak berkuasa Norway, dua tahun selepas beliau memenangi UCL bersama Liverpool.

Riise menerima jutaan dollar hasil daripada kariernya sebagai seorang pemain bola sepak profesional.

Namun beliau dikatakan menjadi mangsa kepada skim penipuan yang menyebabkan beliau berhutang £100,000 di Norway.

8) Paul Merson

Legenda Arsenal ini menjana pendapatan yang sangat lumayan ketika kariernya.

Namun beliau dikatakan kehilangan £7 juta hanya kerana masalah ketagihan terhadap alkohol, dadah dan judi.

Paul Merson akhirnya berjaya keluar daripada masalahnya dan kini beliau telah menjadi seorang pundit di Sky Sports.

Beliau pernah mendedahkan bahawa kariernya sekarang telah banyak menyelamatkannya daripada memikirkan perkara-perkara yang tidak sihat.

9) David James

Sepanjang kariernya sebagai pemain bola sepak profesional, David James berjaya mengumpul £20 juta dan menjadi penjaga gol nombor dua di England.

James selain menerima pendapatan lumayan dalam dunia bola sepak, beliau turut mendapat kontrak tajan yang lumayan bersama syarikat peragaan seperti Armani.

Pada 2014 James telah diisytihar muflis dan terpaksa menjual memorabilia sukan miliknya serta beberapa hartanya yang lain.

10) Ronaldinho

Siapa saja peminat bola sepak yang tidak kenal dengan sosok bernama Ronaldinho ini, beliau sangat terkenal dengan skillnya yang luar biasa.

Beliau menerima pendapatan yang sangat lumayan ketika kariernya bersama beberapa pasukan handalan dunia.

Namun kerana mempunyai masalah yang terlalu boros dan suka berhibur, Ronaldinho akhirnya hidup susah dan beliau hanya memiliki £5 sahaja di dalam akaun bank miliknya.

Ronaldinho dilaporkan mempunyai hutang sebanyak £1.75 juta dan beliau didenda dengan jumlah yang agak besar baru-baru ini kerana didapati bersalah memasuki Paraguay dengan menggunakan passport palsu.

BACA:  Senarai Pemain Dan Pengurus Bola Sepak Yang Merokok