Jose Mourinho merupakan pengurus ke-3 yang dilantik dan dipecat Manchester United sejak Sir Alex Ferguson meninggalkan pasukan tersebut pada tahun 2013. David Moyes dan Louis Van Gaal dibawa masuk untuk mengemudi Red Devils selepas itu tetapi trofi Liga Perdana Inggeris masih lagi gagal untuk dibawa kembali ke Old Trafford.
Secara rasmi Mourinho sah diceraikan oleh Manchester United dan calon pengganti Mourinho yang dirasakan sesuai dan disebut-sebut adalah seperti berikut.
1. Mauricio Pochettino
Neville menganggap Pochettino orang yang paling tepat sebagai pengganti Mourinho. Tapi rasanya sukar kerana sudah pasti mahu terlibat dalam projek baru Spurs di stadium baru. Tapi boleh lah try.
Falsafah: High pressing football. Tegas dalam mengendalikan pemain.
Kelemahan: Setakat ini Pochettino melakukan kerja yang bagus.
2. Zinedine Zidane
Bekas pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane tiada jawatan lagi buat masa ni atau terikat dengan mana-mana pasukan.
Falsafah: Structured football sama dengan Mourinho namun lebih menekankan stabiliti di central area. Transisi pasukan United mungkin akan lebih cepat di bawah Zidane.
Kelemahan: Zidane akui beliau bukan tactician moden tetapi dia sentiasa rajin untuk belajar. United perlukan Marquee signing di attacking seperti Ronaldo untuk membantu beliau. Kadang-kadang dia ni One man show je taktik.
3. Antonio Conte
Antonio Conte membuktikan dia mampu mengendalikan pasukan bekasan Mourinho sebelum ini di Chelsea hingga menjadi juara EPL.
Falsafah: Structured football dengan gemarkan back 3. Beliau dikenali dengan lebih kepada defensive coach. Stabil di belakang dulu baru attack. Di Itali media menggelarkan taktik beliau mini cattenaccio.
Kelemahan: Jenis old skool dalam handle dressing room dan mungkin tak digemari pemain muda yang kaki tik tok. Ego dalam mempertahankan style of football.
4. Ryan Giggs
Pernah jadi Interim di Manchester United. Ratio kemenangan kira not bad la.
Falsafah: Pewaris jiwa United daripada Sir Alex Ferguson. Di Wales beliau membentuk pasukan berasaskan balance football kerana kualiti pasukan beliau yang ada.
Kelemahan: Tak tau sangat sebab tak follow Wales, di United dulu dia ok je.
5. Leonardo Jardim
Membawa Monaco muncul juara Ligue 16/17 dan memecahkan dominasi PSG seketika dengan deretan pemain muda.
Falsafah: Attacking football dengan quick breakaway attack di wing. Mampu membangunkan pemain muda sampai harga Yahudi. Malangnya pemilik Monaco pun jual harga Yahudi sampai habis barang.
Kelemahan: terlalu toleran dengan board sampai team kena jual.
6. Arsene Wenger
Sudah pasti Wenger bukan calon kegemaran fans. Namun wenger masih single dan available.
Falsafah: Dikenali dengan Wengerball yang fluid berasaskan total football. Pada fasa akhir karier di Arsenal beliau sempat try sistem back 3. Nampak sangat dah cari bekap nak kerja lain. Dia ni mungkin kegemaran Woodward sebab economist dan tak suka Sporting Director. Kau tau tak Manchester United salah satu 4 kelab EPL masih tak ada Sporting Director. Mereka kelab paling kaya di EPL sebenarnya based on pendapatan.
Kelemahan: Ego dan tak suka dikawal.
7. Laurent Blanc
Seorang lagi bekas pemain Manchester United antara calon yang dikatakan akan dihubungi oleh kelab. Beliau ada pengalaman menguruskan PSG dan pernah bermain dengan kelab-kelab besar ketika menjadi pemain. ini antara calon paling sesuai untuk mengendalikan Manchester United.
Falsafah: Attacking football dengan disiplin secara berpasukan.
Kelemahan: beliau memiliki sikap yang sama dengan Jose Mourinho. Pada masa sama dah lama sangat cuti.
8. Eddie Howe
Antara pengurus yang membuatkan pemain bola sepak berani Walaupun mereka tidak memiliki bintang di dalam pasukan.
Falsafah: Gemarkan permainan bola sepak yang cantik walaupun memiliki sumber teknikal yang terhad ketika di Bournemouth.
Kelemahan: Tidak ada pengalaman menguruskan kelab besar. Manchester United kelab yang terlalu besar untuk nama seperti beliau. Memerlukan sokongan yang kuat daripada lembaga pengarah serta penyokong sekiranya beliau dilantik.
9. Fajr Ibrahim
Beliau masih tidak ada jawatan sehingga ke hari ini. Gemar menggunakan pemain muda. Ini berita baik bagi pemain berusia 17 tahun di akademi Manchester United.
Falsafah: Tidak suka sangat menggunakan pemain bintang di dalam pasukan. Beliau tegas dalam perancangan jika tiada dalam perancangan akan kena buang. Dia sendiri pun buang diri sendiri kalau merasakan dirinya tiba-tiba tiada dalam perancangan.
Kelemahan: Tidak pandai menggunakan email. Segala urusan menggunakan buku garis bertulis tangan.
10. Nelo Vingada
Nelo Vingada merupakan mentor dan Tuan Guru yang membimbing Mourinho hingga menjadi pengurus terbilang yang akhirnya senantiasa dipecat.
Menggunakan falsafah yang sangat misteri dan hampir tiada kelemahan. Sangat sempurna.
11. Axello Mane
Bukan calon pengganti tetapi artikel ini dirembat dari laman muka buku penganalisis taktikal atas talian terkenal Axello Mane selepas mendapat keizinan.