Senarai Gaji Pemain Barcelona Yang Sangat Gila

Disebalik senarai gaji pemain yang sangat gila tambahan pula dengan masalah kewangan yang meruncing Barcelona kini menjadi pasukan bola sepak Eropah paling tinggi berbelanja di jendela perpindahan musim panas ini.

Aksi sakan Barcelona membeli-belah kali ini menjadi misteri besar di jendela perpindahan dengan mendapatkan Andreas Christensen dan Franck Kessie lebih awal secara percuma.

Kemudian Barcelona berbelanja besar mendapatkan Robert Lewandowski, Jules Kounde dan Raphinha dengan perbelanjaan sebanyak £140 juta secara keseluruhan.

Hasil dari penjualan pemain, Barcelona hanya meraih £23.4 juta sahaja dan jumlah itu kebanyakkan datang dari Phillipe Coutinho.

Hutang Barcelona kini dilaporkan sekitar £983 juta dan untuk meneruskan kelansungan kewangan kelabm Barcelona telah menjalankan satu pelan kewangan.

Mereka telah menjual hak penyiaran tv bagi saingan domestik dan tidak teragak-agak untuk menjual hak dan lesen cap dagang cenderamata.

Namun pelan kewangan ini dilihat sebagai penyelesaian jangka pendek apatah lagi dengan perbelanjaan besar dilakukan setakat ini.

Salah satu sebab utama mengapa Barca meletakkan diri mereka dalam kemelut kewangan ini ialah kerana pembayaran gaji yang sangat gila yang mereka telah bayar kepada pemain.


Kelab Sepanyol itu malah terpaksa meminta pemain menangguhkan gaji mereka atau mengambil potongan gaji tetap.

Senarai terkini gaji gila Barcelona telah tersebar di internet. Menggunakan data daripada Capology, senarai menunjukkan jumlah gaji kasar 20 pemain terbaik di kelab.

Senarai itu termasuk gaji tertunggak dan termasuk cukai – dengan pemain yang beraksi di Sepanyol perlu membayar kira-kira separuh daripada pendapatan mereka dalam bentuk cukai.

Lihat senarai di bawah:

1. Frenkie de Jong – €560,962 per minggu (£470,156 per minggu)

2. Sergio Busquets – €423,077 per minggu (£354,591 per minggu)

3. Jordi Alba – €400,577 per minggu (£335,733 per minggu)

4. Robert Lewandowski – €360,577 per minggu (£302,208 per minggu)

5. Miralem Pjanic – €300,385 per minggu (£251,760 per minggu)

6. Ansu Fati – €268,269 per minggu (£224,842 per minggu)

7. Ousmane Dembele – €264,423 per minggu (£221,619 per minggu)

8. Franck Kessie – €260,385 per minggu (£218,235 per minggu)

9. Raphinha – €240,385 per minggu (£201,472 per minggu)

10. Jules Kounde – €240,385 per minggu (£201,472 per minggu)

11. Pierre Emerick-Aubameyang – €220,385 per minggu (£184,710 per minggu)

12. Gerard Pique – €200,385 per minggu (£167,947 per minggu)

13. Andreas Christensen – €200,385 per minggu (£167,947 per minggu)

14. Memphis Depay – €200,385 per minggu (£167,947 per minggu)

15. Pedri – €180,385 per minggu (£151,185 per minggu)

16. Marc-Andre ter Stegen – €173,077 per minggu (£145,060 per minggu)

17. Ronald Araujo – €134,615 per minggu (£112,824 per minggu)

18. Ferran Torres – €120,192 per minggu (£100,735 per minggu)

19. Samuel Umtiti – €120,192 per minggu (£100,735 per minggu)

20. Neto – €115,385 per minggu (£96,707 per minggu)

Pemain paling tinggi dibayar adalah Frekie De Jong iaitu sebanyak 560,962 per minggu (£470,156 per minggu) yang dilaporkan bakal pergi namun masih lagi berada di Nou Camp hampir £25 juta je setahun.

Kerana gaji yang terlampau tinggi, Barcelona mahu mengurangkan beban dengan melepaskan De Jong walaupun kelab masih berhutang sebanyak €17m (£14m) lantaran tunggakan gaji.

Barcelona melalui pelan kewangan yang telah dipersetujui sebelum ini telah berjaya menjual hak penyiaran TV dengan harga RM1.23 bilion kurang lebih £230 Juta atau €267 juta.

Hak penyiaran TV ini telah dijual kepada firma pelaburan Sixth Street Amerika Syarikat di mana Barcelona melepaskan 10 peratus pegangan mereka untuk tempoh selama 25 tahun.

Barcelona telah menggelarkan perjanjian ini sebagai ‘Langkah besar untuk memajukan sumber kewangan kelab dan kedudukan kompetitif’.

Kelab telah memberi kenyataan bahawa perjanjian ini membolehkan Barcelona jumlah keuntungan modal sebanyak €267 juta (RM1.23 bilion) untuk musim semasa.

Situasi kewangan memaksa Barcelona untuk melepaskan pegangan mereka dengan menjual hak penyiaran televisyen serta hak perlesenan dan cenderahati bagi meraih wang segera yang bernilai kurang lebih €700 juta atau bersamaan RM3.23 Bilion.

Barcelona telah membuat satu pelan kewangan bagi menyelesaikan masalah hutang ini bagi menjana wang segera dan dua langkah dari rancangan ini dilihat boleh menggadai masa depan kelab.

BACA:  [VIDEO] Messi Terus Cemerlang, Kali Ini Jaringkan Gol Menerusi Sepakan Percuma 'Panenka'