Senarai Gaji Purata Penyokong Premier League Mengikut Kelab

Senarai gaji purata penyokong Premier League mengikut kelab kesayangan sokongnan mereka telah didedahkan terdapat jurang perbezaan yang besar wujud antara setiap penyokong walaupun berasal dari bandar yang sama.

Purata gaji ini dikeluarkan mengikut jumlah pendatan tahunan dan penyokong 6 kelab teratas iaitu Manchester United, Liverpool, Chelsea , Arsenal, Tottenham Hotspur dan Manchester City tidaklah mempunyai purata gaji yang tinggi.

Chelsea berada di tempat kedua di belakang Brighton & Hove Albion yang mempunyai penyokong berpendapatan £43,000 setahun secara purata diikuti oleh Chelsea dengan £41,000 dan Leicester City ditangga ketiga dengan £40,000.

Penyokong Brighton

Bandar Manchester yang dihuni dua kelab iaitu Manchester United dan Manchester City mempunyai perbezaan hampir £5,000 man, Liverpool dan Everton tidak mempunyai banyak perbezaan hanya berbeza £500 sahaja.

Untuk perbandingan gaji purata tahunan penduduk UK adalah £27,000 setahun hampir separuh daripada gaji pemain Premier League secara purata £50,000 setiap minggu.

Kelab Premier League menikmati dan berkongsi sebanyak $5 bilion setahun hanya dari hak penyiaran dan akan bertambah setiap tahun namun harga tiket semusim saban tahun naik walaupun setia mana mereka.

Passion kepada bola sepak tidak dapat diukur dengan pendapatan tahunan.

Kajian yang dilakukan oleh FotballTips telah menyenaraikan purata gaji tahun penyokong 20 pasukan.

1.Brighton & Hove Albion – £43,000

2.Chelsea – £41,000

3.Leicester City – £40,000

4.Bournemouth – £37,000

5.Southampton – £35,000

6.Watford – £33,000

7.Tottenham Hotspur – £31,000

8.Arsenal – £30,000

8. Manchester City – £30,000

10.Wolverhampton Wanderers – £29,000

11.Fulham – £27,000

12.Huddersfield Town – £25,000

12. Manchester United – £25,000

14.Newcastle United – £24,000

15.Liverpool – £23,500

16.Everton – £23,000

17.Crystal Palace – £22,000

18.Burnley – £21,000

19.West Ham United – £20,000

20.Cardiff City – £19,000

Baca Juga

Baca Juga