10 Harga Tertinggi Satu Post Di Instagram Ahli Sukan Dunia

Instagram kini menjadi lubuk duit buat para netizen terutamanya remaja yang digelar Instafamous untuk menjana pendapat sehingga 5 angka, lantaran itu terhasillah video viral yang ada menganggapnya sebagai bangang dan tidak beradab demi mencari pengikut(Follower).

Antara yang tular adalah gadis yang mendahului zaman yang tular dengan keputusan 7G sedangkan di Malaysia ini jalur lebar terpadu baru sahaja mencecah 4G.

Gadis ini dikatakan menjana pendapatan sehingga RM12k sebulan. LHDN sila cari.

Remaja 17 tahun itu merupakan seorang Instafamous yang mempunyai kekuatan pengikut serama 431 ribu dan untuk sekali review sesuatu produk atau servis dikenakan bayaran RM50 dengan kekerapan 8 review sehari.

RM50 per review X 8 Kali sehari = RM400

Oleh sebab itu sebulan, RM400 X 30 = RM12,000.00

Ahli sukan handalan dunia juga tidak terkecuali dalam menjana pendapatan melalui Instagram ini dan bayaran yang dikenakan untuk satu hantaran (Post) di laman sosial itu sangat gila dan tidak masuk akal jika difikirkan.

Sudah masanya untuk para pemain bola sepak, atlet dan kelab memandang serius dunia atas talian ini kerana mampu menjana pendapatan yang agak sedap.

Berikut merupakan senarai 10 atlit handalan dunia yang gila punya harga bagi satu hantaran di Instagram mencecah sehingga RM3 juta. Dalam 10 orang ini 7 adalah pemain bola sepak handalan dunia.

Harga ini adalah harga pada 2018, harga terkini aku malas nak cari.

Korang tunggu aku kumpul duit suruh Ronaldo follow Instagram The Sukan.

10. Stephen Curry – RM447,070.00 ($110,000)

Wardell Stephen Curry II merupakan seorang pemain bola keranjang profesional dari Amerika Syarikat yang kini beraksi bersama pasukan Golden State Warriors di National Basketball Association (NBA).

Pemain berusia 30 tahun ini telah meraih 3 kali gelaran juara NBA pada tahun 2015, 2017 dan 2018.

Juga dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai(MVP) NBA pada tahun 2015 dan 2016 serta pelbagai gelaran lagi.

Jumlah pengikut di Instagram : 29.6 juta

9. Virat Kohli – RM487,720.00 ($120,000)

Virat Kohli merupakan pemain Kriket antarabangsa India yang kini merupakan ketua pasukan Kriket India. Virat Kohli dikenali sebagai salah seorang batsmen atau pemukul bola terbaik dunia dalam sukan kriket.

Pemain Kriket berusia 30 tahun ini mula mewakili India pada tahun 2008 hingga kini dan memulakan karier bersama kelab Delhi sebelum menyertai kelab Royal Challengers Bangalore pada 2008 hingga kini.

Pelbagai rekod dunia dan domestik terpantas telah di lakukan oleh Virat Kohli dalam dunia Kriket jika hendak disenaraikan maka boleh dijadikan buku setebal 1000 muka surat.

Cukuplah kau dapat membezakan sukan kriket dan pemetik api cricket.

Jumlah pengikut di Instagram : 51.7 juta

8. Conor McGregor – RM508,040.00 ($125,000)

Sejak menewaskan Jose Aldo dalam masa 13 saat di UFC 194 pada tahun 2015, Connor McGregor terus mendapat perhatian dunia dan menjadi bintang global.

Kemenangan dalam perlawanan tersebut juga telah memberikan McGregor kejuaraan UFC Feathermweight.

McGregor sudah lama tidak beraksi dalam mana-mana pertarungan UFC, kali terakhir adalah ketika beliau menewaskan Eddie Alvarez pada UFC 205, November tahun 2016.

Dalam pertarungan tersebut, beliau muncul individu pertama dalam sejarah UFC menjuarai dua divisyen pada masa yang sama iaitu divisyen ‘Lightweight’ dan ‘Featherweight’.

McGregor pada hari ini adalah antara ahli sukan paling kaya di atas dunia selepas pertarungan tinju berprofil tinggi menentang Floyd Mayweather Jr yang merupakan pertarungan boxing menentang petinju MMA.

Selepas pertarungan dengan Floyd Mayweather Jr, McGregor telah dikaitkan dengan WWE seperti mana Rhonda Rousey namun setakat ini sepi tanpa berita.

McGregor kembali ke UFC dan tewas menentang Khabib Nurmagomedov yang telah menjadi pertarungan tumpuan dunia da termahal dalam sejarah UFC.

Jumlah pengikut di Instagram : 35.6 juta

7. Luis Suarez – RM609,640.00 ($150,000)

Penyerang Barcelona, Luis Suarez telah dilantik menjadi duta oleh Kementerian Pelancongan dan Budaya Malaysia untuk menjadi wakil Tourism Malaysia dalam mempromosi industri pelancongan Malaysia kepada masyarakat dunia.

Penjanjian yang dimeterai selama setahun bersama penyerang antarabangsa Uruguay ini diharap bakal menambah minat pelancong luar untuk berkunjung ke Malaysia, dengan mengambil kira pengaruh Suarez seluruh dunia.

Penglibatan Suarez dalam mempormosi pelancongan Malaysia berjaya dilakukan selepas satu perjanjian ditandantangani antara pihak Tourism Malaysia dan Mediapro, yang mewakili kepentingan pemain terbabit di benua Asia.

Suarez adalah pemenang dua kali kejuaraan La Liga dan turut mempunyai satu medal juara Liga Juara-Juara Eropah yang masih beraksi bersama Barcelona.

Bekas pemain Liverpool ini pernah mengakui beliau hanyalah serangga dan tiada nilai komersil namun untuk satu hantaran di Instagramnnya berharga RM609,640.00. Tak komersil la sangat.

Jumlah pengikut di Instagram : 37.5 juta

6. Zlatan Ibrahimovic – RM711,250.00 ($175,000)

Zlatan Ibrahimovic lahir pada 3 Oktober 1981 merupakan seorang pemain bola sepak profesional bermain di posisi penyerang dan dari Sweden. Zlatan merupakan pemain tetap pasukan kebangsaan Sweden dari tahun 2001 hingga 2016.

Bersama Sweden Zlatan memakai lilitan ketua pasukan di lengan sejak 2010 dan sehinggalah bersara dari bola sepak antarabangsa pada tahun 2016. Sepanjang kariernya di kelab Zlatan telah bermain di enam liga yang berbeza.

Kerjaya awal Zlatan bermula di Malmo pada penghujung tahun 90-an sebelum berhijrah ke Ajax. Kemudian Zlatan menyertai Juventus dan berjaya membentuk gandingan mantap bersama David Trezeguet sebelum ke Inter Milan.

Pada 2009 Zlatan telah diikat oleh Barcelona dari Inter Milan sebelum kembali ke Italy bersama AC Milan sebagai pemain pinjaman dan terus diikat secara tetap. Selepas bosan di Italy, Zlatan mencari cinta di Kota Paris bersama PSG.

Selepas 4 musim bermaharaja lela di Ligue 1 Zlatan beralih arah ke Premie League bersama Manchester United. Di PSG Zlatan muncul sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman PSG dengan 156 gol dalam 180 perlawanan.

Dalam tempoh 18 tahun kerjayanya, pemain kelahiran Sweden ini boleh dikatakan salah seorang penyerang terbaik yang lahir dalam generasinya

Kini Zlatan bersama pasukan Serie A, AC Milan selepas cemerlang bersama LA Galaxy di MSL.

Jumlah pengikut di Instagram : 41.9 juta

5. Gareth Bale – RM751,900.00 ($185,000)

Pemain kebangsaan dan kebanggaan Wales, Gareth Bale telah menyertai Real Madrid pada tahun 2013 dengan rekod perpindahan dunia sebanyak £85 juta dari kelab Premier League yang berpengkalan di London, Tottenham Hotspurs.

Sepanjang kariernya Bale sentiasa dibelenggu irama kecederaan dan isu ini dibawa bersama semasa perpindahan ke Real Madrid. Untuk rekod Bale hanya bermain sebanyak 57 peratus sahaja dari 16,396 minit permainan.

Ini bermakna Bale telah terlepas sebanyak 7,050 minit permainan yang disebabkan oleh kecederaan yang pelbagai dialami oleh Bale.

Ini menjadikan Bale pemain yang mempunyai minit permainan paling sikit dalam gandingan trio BBC pada suatu ketika dahulu.

Namun kecederaan Bale hanya di kaki tidak seperti kau yang cedera teruk di poket setiap bulan. Untuk satu hantaran di Instagram Bale mengenakan cas sebanyak RM751,900.00 je.

Jumlah pengikut di Instagram : 42.9 juta

4. David Beckham – RM1,219,290.00 ($300,000)

Siapa yang tidak kenal David Beckham? Peminat bola sepak pasti mengenali David Beckham sebagai pemain bola sepak Manchester United, pakar sepakan percuma, kapten pasukan kebangsaan England dan juga ikon fesyen yang menjadi ikutan anak-anak muda satu ketika dulu.

David Robert Joseph Beckham, lahir 2 Mei 1975 merupakan bekas pemain bola sepak profesional Inggeris.

Dia pernah bermain untuk Manchester United, Preston North End, Real Madrid, Milan, Los Angeles Galaxy, Paris Saint-Germain dan Pasukan kebangsaan England.

Beckham memegang rekod penampilan terbanyak untuk posisi selain daripada penjaga gol.

Dia merupakan pemain Inggeris pertama memenangi kejuaraan liga di empat buah negara berlainan iaitu England, Sepanyol, Amerika Syarikat dan Perancis.

Beliau mengumumkan persaraannya di akhir musim 2012–13. Pada 18 Mei 2013, beliau bermain perlawanan terakhir sepanjang 20 tahun karier. Dah bersara pun masih ada dalam senarai.

Hebat bukan pengaruh Beckham?

Jumlah pengikut di Instagram : 61.5 juta

3. Lionel Messi – RM2,032,150.00 ($500,000)

Pemain kelahiran Argentina ini bermain seperti ahli silap mata yang penuh gaya dan helah lantaran bakat semulajadi yang ada kurniaan Ilahi. Bakat yang ada diasah setajamnya oleh Messi dan pelbagai rekod telah dipecahkan Messi.

Messi adalah keajaiban dunia. Tidak diketahui, adakah beliau dilahirkan di bumi ini atau ada makhluk asing yang telah menghantar beliau ke bumi untuk melakukan sesuatu yang menakjubkan.

Tanyalah mana-mana jurulatih pasukan lawan apabila mereka sebenarnya terpaksa berhadapan dengan ancaman “makhluk asing” apabila pasukan mereka bertemu dengan pasukan yang diwakili oleh Messi.

Messi mula bermain bola seawal 5 tahun lagi. Beliau bermain di kelab yang bernama Grandoli yang dipimpin oleh ayahnya sendiri.

Apabila beliau berumur 11 tahun, beliau telah disahkan menghidapi penyakit yang agak ganjil. Iatu penyakit pembantutan hormon ketinggian.

Ibu bapa beliau telah tidak mampu untuk menampung kos rawatan Messi yang mencecah 900 dollar sebulan.

Pasukan yang berminat untuk menandatangani beliau ketika iatu River Plate pula tidak sanggup untuk membayar kos rawatan.

Sekaligus membatalkan niat River Plate untuk melamar beliau. Aku syak river plate tengah menangis tepi bucu katil menyesal punya pasal.

Kos perubatan yang tinggi menyebabkan dia terpaksa meninggalkan Argentina dan tekalah pasukan mana yang sanggup menampung perubatan Messi? Ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Pasukan Barcelona. Atas sebab itu mungkin beliau merasakan terhutang budi dengan bantuan yang dihulurkan oleh Barcelona. Dan selebihnya menjadi sejarah.

Messi adalah pemain pertama yang memenangi anugerah FIFA/Ballon’s d’Or sebanyak 4 kali berturut-turut dan juga pemain pertama yang memenangi anugerah kasut emas eropah sebanyak 3 kali.

Jumlah pengikut di Instagram : 144 juta

2. Neymar – RM2,438,580.00($600,000)

Neymar Jr merupakan seorang penyambung legasi pemain bola sepak handalan Brazil yang sentiasa menggegarkan dunia bola sepak dari zaman Garrinca, Pele, Zico, Romario, Bebeto Ronaldo, Ronaldinho, Kaka dan ramai lagi.

Tidak perlu diceritakan lagi kehebatan Neymar di padang apatah lagi diranjang, cukup lihat pada tanda harganya yang kini telah menjadi pemain paling mahal di dunia selepas berhijrah dari Barcelona ke Paris Saint-Germain.

Neymar sentiasa dipalit kontroversi seperti saga perpindahannya ke PSG, penipuan cukai dan perebutan sepakan penalti antara beliau dan Edison Cavani.

Kemudian kisah lakonannya yang berguling-guling di Piala Dunia Russia telah menjadi bualan dan parodi seluruh dunia.

Segala kontroversi melanda Neymar lebih kepada rencah hidup seorang celebriti maka tidak hairanlah Neymar menepati ciri-ciri seorang Instafamous.

Jumlah pengikut di Instagram :135 juta

1. Cristiano Ronaldo – RM3,048,2300.00 ($750,000)

Tanggal 6 Ogos 2003, Manchester United mengunjungi Portugal untuk perlawanan pra-musim menentang kelab feeder mereka, Sporting Clube de Portugal.

Pasukan bimbingan Alex Ferguson dibelasah 3-1 dalam perlawanan tersebut tetapi bukanlah keputusan yang menjadi perhatian.

Pertahanan kanan United, John O’Shea telah dianjing-anjingkan oleh pemain muda Sporting yang bernama Cristiano Ronaldo, lebih menjadi buah mulut orang ramai.

Selepas perlawanan tersebut, Ferguson enggan meninggalkan Portugal melainkan persetujuan berjaya dimeterai untuk membawa pemain berusia 18 tahun itu ke Old Trafford.

Seperti kata orang putih, the rest is history.

Sejak detik itu, nama Ronaldo semakin hari semakin dikenali oleh umat bola sepak di seluruh dunia.

Prestasinya di atas padang dan di luar padang menjadikannya cukup popular dan muncul sebagai pemain bola sepak yang mempunyai paling ramai peminat.

Di luar padang juga, nama Cristiano Ronaldo sangat popular. Bintang Portugis ini mereka jenama pakaiannya sendiri – CR7.

Persembahan fesyen pertamanya adalah di Madeira – satu pulau di mana dia dilahirkan dan kini banyak kedai menjual pakaian jenamanya yang menampilkan tali pinggang bertatahkan berlian, jeans dengan poket kulit dan kasut berkacing.

Jumlah pengikut di Instagram : 207 juta

0.0. The Sukan – RM1000 ($250)

The Sukan merupakan satu entiti yang dapat mencerna lemak di atas talian dan mengamalkan kedai harga patut. Selain Facebook dan Twitter, The Sukan juga mempunyai laman Instagramnya sendiri.

Maka silalah dan sudikanlah anda mengikuti laman instagram The Sukan dan kos pengiklanan dengan satu hantaran hanya RM1000 sahaja.

Jumlah pengikut di Instagram : 13,600

Baca Juga

Baca Juga