Senarai Jurulatih dan Pemain Import Kelab Liga Super China

Jendela perpindahan Liga Super China telah pun ditutup sekaligus melegakan beberapa kelab eropah. Mana tidaknya, pemain diborong dengan harga di luar pemikiran manusia normal.

Oscar dibeli pada harga £51 juta (RM280 juta) dari Chelsea, meskipun sudah lama tidak dapat menempatkan diri dalam kesebelasan utama dan Carlos Tevez pula menjadi pemain yang menerima gaji tertinggi di dunia dengan £600, 000 (RM3.5 juta) seminggu .

Penyerang Chelsea, Diego Costa pernah dibida £90 juta (RM500 juta) dengan tawaran gaji £750,000 (RM4.13 juta) seminggu, namun disanggah Chelsea dengan harga £125 juta (RM685 juta). Wayne Rooney pula digula-gulakan dengan tawaran gaji £1 juta (RM5.5 juta) seminggu namun bidaan terhadapnya ditolak.

Dalam bahasa mudah, Liga Super China telah membuatkan harga pemain inflasi secara mendadak!

Berikut adalah senarai penuh pemain import dan jurulatih kelab Liga Super China.

Guangzhou Evergrande FC

Scolari – juara Piala Dunia 2002

Jurulatih : Luiz Felipe Scolari (Brazil)

Pemain import : Alan Carvalho, Paulinho, Ricardo Goulart (Brazil), Jackson Martinez(Colombia)

Kuota Asia : Kim Hyung Il(Korea Selatan)

Pencapaian musim 2016 : Juara Liga Super China

Jiangsu Sainty

Teixeira memilih China berbanding Liga Inggeris

Jurulatih : Choi Yong Soo (Korea Selatan)

Pemain import : Ramires, Alex Teixeira (Brazil), Roger Martinez (Colombia)

Kuota Asia : Hong Jeong Ho (Korea Selatan)

Pencapaian musim 2016 : Naib Juara Liga Super China

Shanghai SIPG

Jurulatih : Andre Villas Boas (Portugal)

Pemain import : Elkeson, Hulk, Oscar (Brazil), Odil Ahmedov(Uzbekistan)

Pencapaian musim 2016 : Tangga ketiga

Shanghai Shenhua

Mampukah Poyet mengendalikan Tevez?

Jurulatih : Gus Poyet (Uruguay)

Pemain import : Fredy Guarin, Giovanni Moreno (Colombia), Carlos Tevez (Argentina), Obafemi Martins (Nigeria)

Kuota Asia : Kim Kee Hee (Korea Selatan)

Pencapaian musim 2016 : Tangga keempat

Beijing Guoan

Jurulatih : Jose Gonzalez (Sepanyol)

Pemain import : Renato Augusto, Ralf (Brazil), Jonathan Soriano (Sepanyol), Burak Yilmaz (Turki)

Kuota Asia : Egor Krismets (Uzbekistan)

Pencapaian musim 2016 : Tangga kelima

Guangzhou R&F

Jurulatih : Dragan Stojkovic (Serbia)

Pemain import : Renatinho, Junior Urso (Brazil), Apostolos Giannou (Australia), Eran Zahavi (Israel)

Kuota Asia : Jang Hyun Soo (Korea Selatan)

Pencapaian musim 2016 : Tangga keenam

Hebei CFFC

Pellegrini cuba nasib di China

Jurulatih : Manuel Pellegrini (Chile)

Pemain import : Ezequiel Lavezzi (Argentina), Aloiso (Brazil), Gervinho (Ivory Coast), Stephen Mbia (Cameroon)

Pencapaian musim 2016 : Tangga ketujuh

Chongqing Lifan

Jurulatih : Chang Woe Ryonh (Korea Selatan)

Pemain import : Alan Kardec, Fernandinho (Brazil), Goran Milovic (Croatia)

Kuota Asia : Jung Woo Young (Korea Selatan)

Pencapaian musim 2016 : Tangga kelapan

Yanbian Fude

Jurulatih : Park Tae Ha (Korea Selatan)

Pemain import : Bubaccar Trawally (Gambia), Richard Guzmicss (Hungary), Nikola Petkovic (Croatia), Yoon Bit Garam (Korea Selatan)

Kuota Asia : Kim Seung Dae (Korea Selatan)

Pencapaian musim 2016 : Tangga kesembilan

Liaoning Whowin

Jurulatih : Ma Lina(China)

Pemain import : James Chamanga (Zambia), Assani Lukirnya (R.D. Congo), Antohy Ujah (Nigeria) Robbie Kruse (Australia)

Kuota Asia : James Holland(Australia).

Pencapaian musim 2016 : Tangga kesepuluh

Tianjin Teda

Obi Mikel jadi buangan di Chelsea

Jurulatih : Jaime Pacheco

Pemain import : Mbaye Diagne (Senegal), Mbaye Diagne (Senegal), Obi John Mikel (Nigeria), Nemanja Guadelj( Serbia)

Kuota Asia : Aleksandar Jovanović (Australia)

Pencapaian musim 2016 : Tangga kesebelas

Changchun Yatai

Jurulatih : Lee Jang Soo (Korea Selatan)

Pemain import :Marinho, Bruno Meneghel (Brazil), Odion Ighalo (Nigeria), Szabolcs Huszti (Croatia)

Kuota Asia : Anzur Ismailov (Uzbek)

Pencapaian musim 2016 : Tangga kedua belas

Henan Jianye

Jurulatih : Jia Xiuquan (China)

Pemain import : Javier Patino (Filipina), Eddi Gomes Denmark), Christian Bassogog (Senegal), Borek Dockal (Republik Czech)

Kuota Asia : Ahmad Al Salih (Syria)

Pencapaian musim 2016 : Tangga ketiga belas

Shandong Luneng

Magath hilang sentuhan magisnya

Jurulatih : Felix Magath

Pemain import : Papiss Cisse (Senegal), Graziano Pelle (Itali), Diego Tardelli, Gil (Brazil)

Kuota Asia : Tiada

Pencapaian musim 2016 : Tangga keempat belas

Tianjin Quanjian F.C.

Il Kapitano. Mampukah dia grande di China?

 Jurulatih : Fabio Cannavaro (Itali)

Pemain import : Pato, Geuvanio, Junior Moraes (Brazil), Axel Witsel (Belgium)

Kuota Asia : Kwon Kyung Won (Korea Selatan)

Pencapaian musim 2016 : Juara Liga Satu China

Guizhou Hengfeng Zhicheng F.C.

Jurulatih : Li Bing (China)

Pemain import : Nikica Jelavic (Croatia), Michael Olunga (Kenya), Ali Ghazal (Iran), Tjaron Chery (Belanda)

Kuota Asia : Ryan McGowan

Pencapaian musim 2016 : Naib Juara Liga Satu China

Baca Juga

Baca Juga