Senarai Kelab Eropah Yang Paling Banyak Berhutang

Baru-baru ini telah dikhabarkan bahawa kelab gergasi nombor dua dunia di belakang bakal juara, Manchester United merupakan kelab yang menanggung paling banyak hutang. Secara keseluruhannya, United berhutang dengan bank sebanyak  €536 juta, menurut Laporan Tanda Aras Perlesenan Kelab yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Eropah, UEFA.

Jumlah tersebut menjadikan United kelab yang paling tinggi hutangnya di antara kelab-kelab eropah.

Berikut adalah senarai kelab-kelab dan hutang mereka mengikut turutan.

Manchester United

Hutang : USD 570 juta (RM 2.5 billion-hampir menyamai rekod derma terbesar dunia)

Anak beranak Glazers – yahudi Amerika yang memiliki Manchester United

Hutang ini bermula apabila hartawan Amerika Syarikat, Malcolm Glazer membeli kelab ini melalui satu pinjaman bank sebanyak £800juta pada 2003, dengan jumlah faedah sebanyak £60juta setahun. Selepas 13 tahun, kelab Manchester ini masih tenang membayar hutang dengan pendapatan purata sebanyak lebih USD500 juta setahun.

Benfica

Hutang : USD 352 (RM1.6 billion)

Renato Sanches

Benfica menanggung bebanan hutang yang tinggi akibat daripada kelemahan pengurusan wang sepanjang dekad yang lalu dan kini mereka berusaha keras untuk keluar dari bebanan hutang dan antara caranya ialah dengan menyertai Liga Juara-Juara dan juga penjualan pemain. Antara pemain yang termahal pernah dijual mereka ialah Renato Sanches yang dijual sebanyak USD39 juta.

Inter Milan

Hutang : USD 325 juta (RM1.4 billion)

Erick Thohir – pemilik Inter Milan

Hari ini Inter berdepan situagi getir dengan jumlah hutang yang tinggi, prestasi pasukan yang tidak menentu dan juga prestasi kewangan yang teruk. Pada tahun 2016, kelab ini mencatat kerugian sebanyak USD78juta (RM348 juta).  Kini mereka menduduki tangga kelima Serie A dan berpeluang cerah untuk melayakkan diri ke Liga Juara-juara sekaligus menambah pendapatan kelab.

Valencia

Hutang : USD303 juta (RM1.35 billion)

Selain memiliki Valencia. Peter Lim juga memiliki anak yang cantik.

Kelab yang dimiliki billionair Singapura ini mencatatkan hutang yang tinggi, dan hutang tersebut sebahagian besarnya hadir melalui pinjaman oleh pemilik kelab ketika melakukan pembelian dahulu.

Barcelona

Hutang :  USD298(RM1.33 billion)

Leo Messi sedang berunding kontrak baru bersama Barcelona

Hutang Barcelona ini berkurangan daripada USD340 juta, hasil daripada pendapatan sebanyak USD713juta pada musim 2015-16. Sebenarnya Barcelona tidak risau untuk terus berhutang kerana reputasi kelab yang sentiasa mendapat liputan luas media, di samping mempunyai peminat yang ramai di seluruh dunia. Walaubagaimanapun, jika rundingan kontrak baru bersama Leo Messi gagal dan berdepan kemungkinan pemain bintang itu dijual, pendapatan Barca secara keseluruhan mungkin sedikit terjejas.

Queens Park Ranger

Hutang : USD397 (RM1.32 billion)

Tony Fernandes – pemilik QPR

Kelab yang dimiliki hartawan Malaysia ini pernah dikatakan bakal menjadi seperti Manchester City namun kesilapan percaturan menurunkan kelab ini ke Liga Kejuaraan di samping hutang yang tinggi. Daripada jumlah keseluruhan hutang, sebanyak USD158juta adalah hutang kepada Asia Sdn. Bhd. – syarikat milik Tony Fernandes dan sebanyak USD40juta kepada keluarga Mittal.

AC Milan

Hutang : USD265 (RM1.18 billion)

AC Milan – kelab yang kaya tradisi dan sejarah.

Pada tahun 2016, syarikat China telah membeli juara tujuh kali eropah ini pada harga USD826 juta, termasuk hutangnya, dan penstrukturan semula hutang tersebut kini diuruskan oleh Goldman Sach. Keuntungan tahun AC Milan berjaya mencecah €200 juta setahun, dan mampu untuk menyelesaikan hutang ini.

Jumlah hutang kelab-kelab lain adalah seperti berikut :

CSKA Moscow

Hutang : USD238 juta (RM1.06 billion)

Galatasaray

Hutang : USD 236juta (RM 1.05 billion)

Real Madrid

Hutang : USD 250juta (RM1.15 billion)

Juventus

Hutang : USD222 juta (RM990 juta)

AS Roma

Hutang : USD221 juta (RM985 juta)

Sunderland

Hutang : USD221 juta (RM985 juta)

Paris Saint Germain

Hutang : USD198 jtua (RM883 juta)

Baca Juga

Baca Juga