Senarai Kereta Mewah Milik Pemain Premier League

Sekiranya berkemampuan, manusia mana yang tak ada keinginan nak memiliki kereta mewah? Memiliki kereta mewah ni dah macam satu kewajipan untuk orang-orang kaya.

Zaman sekarang ni kita boleh tengok ramai ahli sukan yang berjaya dan mampu hidup mewah. Lihat saja lah pada gaji yang mereka perolehi dalam bidang mereka. Kita ambil contoh pemain bola sepak saja sudah cukup, lihatlah aset yang mereka miliki dan pendapatan mereka.

Untuk pengetahuan anda semua, koleksi kereta mewah milik Cristiano Ronaldo kini bernilai lebih daripada £6 juta di garaj rumahnya. Ronaldo dikenali dengan hobinya mengumpul kereta.

Untuk ulang tahun ke-35 beliau baru baru ini, Cristiano Ronaldo menerima Mercedes AMG G63 mewah dari teman wanitanya Georgina Rodriguez – bernilai £600,000.

Korang bayangkan, awek dia pun dah kaya raya.

Kereta paling mahal yang Cristiano Ronaldo miliki ialah Bugatti Chiron, bernilai kira-kira £ 1.85 juta yang beliau beli 2 tahun lalu.

Kereta kedua termahal milik kapten kebangsaan pasukan Portugal itu adalah kereta Bugatti Veyron, yang bernilai lebih kurang £ 1.7 juta.

Koleksi kereta mewah milik Ronaldo mungkin antara kereta terbaik dan termewah di kalangan pemain bola sepak seluruh dunia.

Beliau adalah pemain bola sepak kedua yang mendapat gaji tertinggi tidak dicampur dengan pendapatan yang lain. Tidak hairan lah beliau mampu memiliki semua kemewahan itu.

Tetapi bagaimana dengan koleksi kereta mewah milik para pemain yang bermain di Liga Perdana Inggeris?

Siapa yang mempunyai kereta terbaik dan termewah di kalangan pemain yang bermain di Liga utama England itu?

Nah, menurut satu sumber, mereka telah mengenal pasti 25 pemain di Liga Perdana Inggeris yang mempunyai kereta termahal dan mempunyai senarai pemain, kereta dan harga kereta itu.

Jadi, apakah jenis 25 kereta paling mahal milik pemain dalam Liga Perdana dan siapa yang memilikinya?

Senarai pemain Liga Perdana Bersama Kereta Mewahnya:

25 |  Raheem Sterling |  Bentley GTX |  £ 229,950
24 |  Felipe Anderson |  Ferrari F12 Berlinetta |  £ 239,317
23 |  Muhamed Besic |  Rolls Royce Wraith |  £ 250,000
22 |  Tom Heaton |  Rolls Royce Wraith |  £ 250,000
21 |  Mamadou Sakho |  Rolls Royce Wraith |  £ 250,000

20 |  Nicolas Otamendi |  Rolls Royce Wraith |  £ 250,000
19 |  Dejan Lovren |  Ferrari 812 Superfast |  £ 253,000
18 |  Lys Mousset |  Lamborghini Aventador |  £ 271,146
17 |  Jeffrey Schlupp |  Lamborghini Aventador |  £ 271,146
16 |  Gerard Deulofeu |  Lamborghini Aventador |  £ 271,146

15 |  Troy Deeney |  Lamborghini Aventador |  £ 271,146
14 |  Ederson |  Lamborghini Aventador |  £ 271,146
13 |  Sead Kolasinac |  Lamborghini Aventador |  £ 271,146
12 |  Wilfried Zaha |  Lamborghini Aventador |  £ 271,146
11 |  Max Meyer |  Lamborghini Aventador |  £ 271,146
10 |  Nicolas Pepe |  Lamborghini Aventador |  £ 271,146

9 |  Mohamed Salah |  Lamborghini Aventador |  £ 271,146
8 |  Sergio Aguero |  Lamborghini Aventador |  £ 271,146
7 |  Mesut Ozil |  Lamborghini Aventador |  £ 271,146
6 |  Michy Batshuayi |  Rolls Royce Dawn |  £ 275,000

5 |  Dele Alli |  Rolls Royce Phantom |  £ 360,000
4 |  Roberto Firmino |  Rolls Royce Phantom |  £ 360,000
3 |  Paul Pogba |  McLaren P1 |  £ 866,000
2 |  Heung-Min Son |  Ferrari LaFerrari |  £ 1,150,000
1 |  Pierre-Emerick Aubameyang |  Ferrari LaFerrari |  £ 1,150,000

Menurut sumber ini juga mereka mempunyai senarai lima pemain di Liga Perdana yang mempunyai kereta paling murah.

N’Golo Kante pemenang Piala Dunia bersama dengan pasukan kebangsaan Perancis hanya memandu kereta Mini Cooper S yang bernilai £23,395.

Kante memang cukup sinonim dengan watak seorang lelaki yang zuhud. Cuba lah cari ada ke pembenci Kante dalam dunia bola sepak ni?

Kante ni bukan pemain picisan tau. Beliau adalah tunjang penting yang membawa pasukan Perancis sampai menang World cup.

Begitulah senarai yang boleh kita bagi untuk anda. Kalau nak tau lebih jelas mengenai kereta mereka, berapa kelajuan, berapa kuasa kuda anda boleh membuat rujukan di google.

Baca Juga

Baca Juga