Senarai kesebelasan Terbaik UCL Musim Ini

Lionel Messi dan Robert Lewandowski keduanya telah tersenarai dalam kesebelasan terbaik Liga Juara-juara musim ini.

Penyerang sensasi Bayern Munich secara statistiknya adalah pemain terbaik sepanjang kejuaraan Liga Juara-juara musim ini.

Dengan mempamerkan aksi yang mantap, beliau telah mencatatkan rating tertinggi antara pemain lain dengan 9.20 mengatasi Messi yang diletakkan ratingnya pada 8.49.

Kesebelasan terbaik liga Juara-juara musim ini menyenaraikan dua orang penyerang, Lewandowski dan juga Harry Kane.

Kane muncul sebagai satu-satunya pemain dari premier league yang tersenarai dalam kesebelasan terbaik.

Penyerang kebangsaan England itu kini sedang dibelenggu kecederaan yang berpanjangan dan beliau hanya beraksi dalam beberapa perlawanan liga sahaja musim ini.

Pemain seperti Virgil Van Dijk, Sadio Mane, Kevin De Bruyne dan Riyad Mahrez sudah terkeluar dari senarai kesebelasan terbaik.

Agak hairan pemilihan dan penilaian ini dilakukan sehingga Kane dinilai lebih baik berbanding pemain yang mempamerkan aksi terbaik mereka musim ini.

Sementara itu, pemain pertahanan RB Leipzig’s, Dayot Upamecano, juga telah dicalonkan dalam kesebelasan terbaik musim ini.

Pemain kebangsaan Sepanyol, Thiago, dan pemain sensasi Real Madrid, Toni Kross turut sama tersenarai dalam kesebelasan terbaik liga Juara-juara musim ini.

Jadi tanpa perlu membuang waktu, mari kita semua lihat senarai kesebelasan terbaik yang dinilai menggunakan data dari WhoScored untuk liga Juara-juara Eropah musim ini.

Kesebelasan Terbaik Liga Juara-juara Musim 2019/20:

Keylor Navas (Paris Saint-Germain) – 7.24

Juan Cuadrado (Juventus) – 7.39

Kalidou Koulibaly (Napoli) – 7.43

Dayot Upamecano (RB Leipzig) – 7.30

NicolΓ‘s Tagliafico (Ajax) – 7.57

Thiago (Bayern Munich) – 8.00

Toni Kroos (Real Madrid) – 8.09

Serge Gnabry (Bayern Munich) – 7.85

Lionel Messi (Barcelona) – 8.49

Harry Kane (Tottenham) – 8.08

Robert Lewandowski (Bayern Munich) – 9.20

Navas nampaknya berjaya untuk masuk kedalam senarai ini mengatasi Oblak yang telah mempamerkan aksi cukup mantap ketika membantu Atletico menyingkirkan pasukan penakluk dunia.

Harry Kane entah bagaimana muncul sebagai wakil tunggal dari Premier League yang berjaya disenaraikan dalam kesebelasan terbaik musim ini.

Bekas Juara musim lalu, sang penakluk dunia, Liverpool tidak mempunyai wakil yang tersenarai dalam kesebelasan terbaik walau pemain seperti, Van Dijk, Trent dan Mo Salah telah mempamerkan aksi terbaik mereka sepanjang musim ini.

Aksi Liga Juara-juara masih lagi digantung ekoran dari penularan virus Covid-19 yang kini teruk melanda seluruh dunia.

Sehingga kini masih belum ada kata putus dari EUFA sama ada untuk menyambung semula atau membatalkan saja saingan musim ini.

Jika saingan Liga Juara-juara musim ini dibatalkan, Liverpool masih lagi sah juara bertahan sehingga ada pemenang di musim seterusnya.

BACA:Β  UEFA Senaraikan Man Utd Sebagai 10 Kelab Terbaik Eropah Dalam Ranking Terbaru