Senarai Kesebelasan Utama Malaysia vs Thailand

Malaysia berada dalam Kumpulan G bagi Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bersama Vietnam, Indonesia, Thailand dan Emiriah Arab Bersatu(UAE).

Selepas 3 perlawanan Malaysia mencatatkan satu kemenangan dan 2 kekalahan dengan mengumpul 3 mata berada ditangga ke-4 kumpulan G.

Malaysia berjaya menewaskan Indonesia dengan aksi kebangkitan 3-2 sebelum tewas 2-1 kepada UAE dan kalah 1-0 kepada Vietnam. Sebanyak 4 gol dijaringkan dan 5 bolos.

Perlawanan menentang Thailand merupakan perlawanan yang amat penting buat Malaysia untuk terus menghidupkan peluang di peringkat kumpulan. Kemenangan wajib dicari.

Senarai akhir 23 pemain yang akan mewakili Malaysia dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 telah dikeluarkan selepas selesai latihan pusat dan perlawanan persahabatan.

Jurulatih pasukan Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe telah menyenaraikan pemain yang mampu menggalas tugas menentang dua pasukan jiran yang akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Tan Cheng Hoe telah menggugurkan tiga pemain dari senarai awal 26 pemain yang dipanggil bagi kem latihan pusat bermula 3 November lalu iaitu :

1. Farhan Roslan (Kedah)
2. Nazirul Naim Che Hashim (Perak)
3. Shahrel Fikri Md Fauzi (Perak)

Berikut merupakan senarai pemain kesebelasan utama Malaysia menentang Thailand.

MALAYSIA: 22. Khairulazhan Khalid (GK); 4. Syahmi Safari, 3. Shahrul Saad, 7. Aidil Zafuan Abd Radzak (C), 6. La’Vere Corbin-Ong; 15. Brendan Gan, 8. Nor Azam Abdul Azih, 14. Syamer Kutty Abba; 13. Mohamadou Sumareh, 20. Syafiq Ahmad, 11. Safawi Rasid.

Simpanan: 1. Farizal Marlias (GK), 2. Matthew Davies, 5. Adam Nor Azlin, 9. Norshahrul Idlan Talaha, 10. Azzizan Nordin, 12. Afiq Fazail, 16. Syazwan Andik Ishak, 17. Baddrol Bakhtiar, 18. Dominic Tan, 19. Akhyar Rashid, 21. Danial Amier Norhisham, 23. Haziq Nadzli (GK).

Malaysia memiliki rekod yang cemerlang lagi gemilang apabila bertemu Thailand di gelanggang sendiri sepanjang 30 pertemuan sebelum ini iaitu menang 17 kali, seri 11 kali dan tewas hanya dua kali. Adakah badi ini akan berterusan.

Dua kekalahan Malaysia kepada Thailand di gelanggang sendiri hanyalah pada Pestabola Merdeka 1971 di mana Malaysia kalah 2-0 dan di Kelayakan Olimpik 1988 pada Mac 1987 dengan kekalhan tipis 1-0.

Secara keseluruhan Malaysia telah bertemu Thailand sebanyak 113 dengan 40 kemenangan, 34 tewas dan 39 seri. Satu rekod yang agak baik buat Malaysia secara keseluruhan.

Ini bermakna kali terakhir tewas kepada Thailand di laman sendiri pada tahun 1987 iaitu kira-kira 32 tahun yang lalu.

Baca Juga

Baca Juga