Tiada kelab yang mahu menjual pemain terbaik yang mereka miliki. Tetapi kadang-kadang, ia tidak dapat dielakkan.
Pelbagai situasi yang telah menjadi penyebab kepada berlakunya penjualan pemain ini
Antara puncanya adalah pemain itu sendiri terdesak untuk keluar kerana tertarik dengan tawaran diberikan.
🚨BREAKING NEWS: Philippe Coutinho has handed in a transfer request at Barcelona. The Brazilian told Barca's president Bartomeu he is no longer interested in playing for the club and wants to leave. pic.twitter.com/KSRHxy3OZM
— 360Sources (@360Sources) June 9, 2019
Ada juga pemain yang terdesak untuk keluar kerana mahu mendapat tempat atau keselesaan ditempat lain.
Untuk pemain yang sudah terdesak sebegitu tiada kepentingan lagi untuk pasukan menyimpannya melainkan melepaskan saja mereka.
Ada juga yang memang pasukan sendiri mahu menjualnya kerana tidak mampu menolak tawaran yang diterima.
Maka sekiranya hal begitu berlaku pasukan tiada pilihan lain selain meneruskan proses penjualan itu.
Sudah tentunya mendapat tawaran bayaran perpindahan besar bermakna pasukan boleh melabur semula wang itu ke skuad mereka dan mendapatkan keuntungan bagi meneruskan perjalanan pasukan di masa mendatang.
Tetapi pasukan manakah yang paling menguntungkan dalam urusan penjualan pemain ini?
Tiada pasukan yang benar-benar ingin diklasifikasikan sebagai ‘kelab jualan’. Dengan mengumpul data dari Transfermarkt kita senaraikan 10 pasukan yang telah menerima pendapatan paling banyak daripada jualan pemain dalam tempoh 10 tahun yang lalu.
Kita bermula kembali ke musim 2009/10, pasukan mana yang paling mendapat keuntungan banyak dari jualan pemain? Mari kita lihat:
10 | Liverpool | £691.47 juta
Adalah sangat adil untuk mengatakan Liverpool telah melabur wang mereka dengan bijak. Philippe Coutinho dan Luis Suarez telah di jual ke Barcelona dengan melibatkan proses penjualan yang besar dan sangat menguntungkan.
Sementara itu mereka juga telah mendapat £50 juta hasil penjualan Fernando Torres.
Selain dari mendapat keuntungan dari menjual pemain bertaraf bintang.
Skuad The Reds juga telah mendapat keuntungan hasil dari penjualan pemain yang boleh dikatakan sudah tidak berguna lagi untuk pasukan seperti Mamadou Sakho, Christian Benteke, Jordan Ibe, Dominic Solanke dll.
PROPHETIC JURGEN KLOPP
1. TO PHILIPPE COUTINHO
"Stay here, and they will end up building a statue in your honour. Go somewhere else, to Barcelona, to Bayern Munich, to Real Madrid, and you will be just another player. Here you can be something more".
Coutinho ignored his pic.twitter.com/iwML1QFBFO
— Wispers (@1Bowzz) February 15, 2020
Jangan dilupa Sterling juga telah dijual ke manchester City dan mendapat keuntungan sekitar £45M.
9 | Porto | £717.03 juta
Porto nampaknya telah menjual salah satu pemain terbaik yang mereka miliki setiap tahun.
Musim ini, Eder Militao ke Real Madrid dengan harga £45 juta. Manakala sebelum itu lagi mereka sudah menjual pemain seperti Radamel Falcao, Jackson Martinez dan Lisandro Lopez.
8 | Real Madrid | £731.21 juta
Madrid adalah antara salah sebuah pasukan yang berbelanja paling besar dalam tempoh sedekat lalu.
Selain dari pasukan yang berbelanja besar, mereka juga adalah pasukan yang banyak menjual pemain dan memberi keuntungan buat pasukan mereka.
⚪ Real Madrid sign Ballon d'Or winner Cristiano Ronaldo for £80 million.
⚽ 450 Goals
🏆 4 Champions Leagues
🏆 2 Liga titles⚫ Real Madrid sell Cristiano Ronaldo for £105 million to Juventus …and make a £25 million profit. 💰
Unbelievable business 😳 pic.twitter.com/gGk5dWkrWu
— Futbol World (@FutbolWorId) July 10, 2018
Dan sudah pastilah penjualan Christiano Ronaldo ke Juventus membantu mereka mendapat keuntungan.
7 | Roma | £745.34M
Liverpool sememangnya pasukan yang banyak menyumbang kepada keuntungan Roma. Liverpool telah membelanjakan £100M untuk mendapatkan Mo Salah dan Alisson Becker.
“The Giallorossi” juga mendapat keuntungan ketika melakukan penjualan beberapa pemain ketika musim panas lalu dengan menjual Kostas Manolas, Stephan El Shaarawy dan Luca Pellegrini.
6 | Barcelona | £748.89 juta
Dengan menjual Neymar kepada Psg sahaja mereka sudah memperoleh keuntungan sebanyak £200 juta.
Tidak hairan lah mereka menjadi pasukan yang menguntungkan dalam penjualan pemain.
Barcelona loves to sell the image of a nice and respectful club.
Then they come to south american and groom all young players. See what they did on Neymar's transfer. How many lawsuits that generated?
— Carlos Henrique (@CHFlamengo) February 17, 2020
Cesc Fabregas dan Alexis Sanchez telah menyumbangkan lebih £60 juta untuk proses penjualan mereka.
sementara itu Barcelona juga menjual pemain seperti Jasper Cillessen, Yerry Mina, Paulinho dan Malcom untuk bayaran yang agak tinggi.
5 | Juventus | £806.72 juta
Juventus menjual Paul Pogba kepada Manchester United dan menerima £89 juta dari penjualan itu.
Bijaknya Juventus mereka sendiri mendapatkan Pogba secara percuma dari Manchester sendiri. Kira United bayar Juventus tu untuk yuran mengajar Pogba main bola mungkin.
Selain dari mendapat keuntungan dari penjualan Paul Pogba, Juventus juga telah mendapatkan keuntungan hasil penjualan Joao Cancelo, Leonardo Bonucci dan Arturo Vidal yang agak lumayan.
4 | Chelsea | £820.24 juta
Chelsea telah kehilangan beberapa pemain utama dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Real Madrid sign Eden Hazard from Chelsea on five-year deal https://t.co/KTgOSNC34D
— CGTN (@CGTNOfficial) June 8, 2019
Mereka telah melepaskan Eden Hazard dan Diego Costa selepas mendapat tawaran yang hebat dan menguntungkan mereka.
Mereka juga mengaut keuntungan yang banyak hasil penjualan pemain seperti Oscar, Alvaro Morata, David Luiz, Juan Mata, Nemanja Matic, Romelu Lukaku, Thibaut Courtois dan Arjen Robben semuanya telah dijual dengan mendapatkan bayaran lebih dari £30M.
3 | Atletico Madrid | £878.4 juta
Keupayaan Atletico dalam mencipta pemain penyerang bertaraf dunia tidak perlu di pertikaikan lagi. Lihat saja produk keluaran mereka semua menguntungkan.
Dengan menjual penyerang keluaran mereka Atletico telah membawa keuntungan hampir £900 juta.
Mereka mengaut keuntungan yang begitu banyak hanya dalam tempoh 10 tahun terakhir ini sahaja.
Barcelona sign Antoine Griezmann and make buyout clause €800m, but Atlético threaten court action https://t.co/CRwZOJUQDn
— Guardian sport (@guardian_sport) July 12, 2019
Antara pemain berkelas dunia yang telah mereka jual adalah Antoine Griezmann, Radamel Falcao, Jackson Martinez, Sergio Aguero, Diego Costa dan Fernando Torres semuanya meninggalkan pasukan dengan pulangan yang sangat besar.
2 | Monaco | £894.1 juta
Sudah tentu, perpindahan £165 juta Kylian Mbappe ke Paris Saint-Germain memberikan keuntungan yang sangat besar kepada mereka.
Selain dari itu mereka juga telah mendapat keuntungan hasil penjualan James Rodriquez, Thomas Lemar dan Anthony Martial yang bernilai lebih dari £50 juta setiap seorang.
1 | Benfica | £909.9 juta
Benfica adalah pasukan yang mendapat keuntungan paling besar dalam tempoh 10 tahun ini. Mereka telah menerima lebih daripada £900 juta. Sangat luar biasa keuntungan yang berjaya mereka raih.
Tetapi siapa saja pemain yang dijual Benfica sehingga mencapai angka sebegitu lumayan?
Disini kita senaraikan pemain dari Benfica yang telah dijual dan memberi keuntungan yang begitu besar kepada pasukan.
Antara pemain tersebut adalah Joao Felix ke Atletico dengan harga £113 juta adalah yuran terbesar yang mereka terima.
The fifth most expensive football transfer at £113m is Jao Felix from @benfica to @atletico fc! pic.twitter.com/JFKEw1c2ZP
— Francis Mbugua (@MashMMXIV) July 3, 2019
Kemudian mereka menjual Ederson (£36 juta), Axel Witsel (£36 juta), Raul Jimenez (£34 juta), Nelson Semedo (£32 juta), Victor Lindelof (£31.5 juta) dan Renato Sanches (£31.5 juta).
Bahkan didalam senarai itu tidak disebutkan pon nama pemain mereka seperti Angel di Maria, Nemanja Matic dan David Luiz.
Benfica adalah pasukan yang boleh dilabelkan sebagai Raja menjual pemain. Apakah akan ada pasukan yang boleh menandingi mereka di masa akan datang?
PSG pasti akan berjaya mengatasi mereka jika menjual salah satu daripada Mbappe atau Neymar pada tahun-tahun akan datang dan penjualan itu menjadi rekod penjualan yang sangat tinggi pastinya.
Liverpool juga boleh menaikkan keuntungan mereka jika mereka menjual mana-mana pemain bintang mereka seperti Alisson, Trent Alexander-Arnold, Sadio Mane atau Salah.
Tetapi kita semua ingin tahu siapa bintang Benfica akan dijual seterusnya. Ruben Dias? Alejandro Grimaldo? Rafa Silva?
Siapa tahu 10 tahun lagi Manchester United akan mendominasi carta selepas berjaya menggilap bakat-bakat muda yang mereka ada sekarang.
Dan paling penting perubahan harga pemain mengikut peredaran masa juga akan memberi kelebihan di masa akan datang. Lihat saja bagaimana Monaco menjana keuntungan hanya dengan seorang Mbappe yang nilainya mencanak naik.
Tapi untuk pasukan yang nak berbelanja untuk mendapatkan pemain yang mereka mahu juga haruslah bijak dalam mengurus kewangan pasukan. Jangan melebihi nilai yang telah ditetapkan agar kelak tidak diambil tindakan oleh mana-mana badan induk bola sepak di dunia.