Senarai Pasukan Yang Layak ke Piala Dunia Russia 2018

Setakat artikel ini ditaip, lebih separuh daripada 32 pasukan yang akan bertanding di kejohanan bola sepak paling berprestij di muka bumi yang hanya pinjaman sementara ini, Piala Dunia FIFA 2018 telah mengesahkan tempat.

Piala Dunia edisi 2018 akan diadakan di Russia, sebagai tuan rumah Russia secara automatiknya telah layak dan 22 pasukan dari pelbagai benua juga telah mengesahkan tempat masing-masing untuk merebut Piala.

Hanya 9 slot lagi berbaki untuk menjadi rebutan, 4 slot untuk pasukan dari Eropah, 3 untuk pasukan benua Afrika, 0.5 untuk Asia, 0.5 untuk pasukan Amerika Utara, Tengah dan Caribbean, O.5 untuk Ocenia dan 0.5 untuk Amerika Selatan.

Pasukan yang telah layak mengikut zon kelayakan.

Tuan Rumah

Russia seperti mana diketahui merupakan tuan rumah Piala Dunia 2018 maka agak kurang ajar membuat majlis di rumah orang tanpa dijemput tuan rumah. Russia telah lama layak, yakni selepas mereka disahkan sebagai tuan rumah pada bulan Disember 2010.

Piala Dunia FIFA 2018 akan bermula pada 14 Jun 2018 sehingga 15 Julai 2018.

Afrika

Sebanyak 53 pasukan dari benua Afrika akan berebut 5 slot Piala Dunia dan setakat ini selepas 116 perlawanan hanya dua pasukan sahaja yang sudah layak dan 3 pasukan lagi masih bersaing untuk menjadi juara kumpulan masing-masing.

Slot ke Piala Dunia : 5
Pasukan Layak : Mesir dan Nigeria

Asia

Iran, Jepun, Korea Selatan dan Arab Saudi sudah memenuhkan 4 slot untuk kuota Asia manakala 0.5 lagi sudah menjadi milik Australia selepas menewaskan Syria. Australia akan bermain play-off menentang Honduras untuk merebut atau menyerahkan baki 0.5 lagi.

46 pasukan dari Asia telah berentap untuk merebut 4.5 slot yang disediakan dan telah mengharungi 226 perlawanan dan 665 gol telah dihasil termasuklah gol dari pemain Malaysia.

Slot ke Piala Dunia : 4.5
Pasukan Layak : Iran, Jepun, Korea Selatan dan Arab Saudi
Bermain play-off : Australia

Eropah

Selepas 270 perlawanan dan 794 gol menarik serta hambar dihasilkan oleh 54 pasukan negara Eropah 10 pasukan telah melayakkan diri ke piala dunia termasuklah Russia yang sememangnya berada di benua Eropah.

8 pasukan naib juara terbaik dari 9 kumpulan kelayakan akan merebut slot play-off bagi mengisi 4 lagi kuota Eropah yang kosong. 8 pasukan ini akan bertarung sesama sendiri selepas undian dibuat dan 4 yang menang akan mara.

Slot ke Piala Dunia : 14
Pasukan Layak : Belgium, France, Iceland, Portugal, Serbia, England, Germany, Poland, Russia dan Spain.
Bermain play-off : Sweden, Switzerland, Northern Ireland, Ireland, Denmark, Italy, Greece dan Croatia

Amerika Utara, Amerika Tengah dan Carribean

Hanya 35 pasukan sahaja yang bertarung untuk merebut 3.5 tempat bagi zon kelayakan Amerika Utara, Amerika Tengah dan Carribean, tiga pasukan telah layak iaitu Costa Rica, Mexico dan Panama.

Honduras di tempat ke-4 kumpulan terpaksa mengharungi play-off dan akan menentang Australi untuk mendapatkan 0.5 baki slot.

Slot ke Piala Dunia : 3.5
Pasukan Layak : Costa Rica, Mexico dan Panama.
Bermain play-off : Honduras

Oceania

Sungguh kesian buat 11 negara Ocenia ini apabila hanya mendapat 0.5 kuota sahaja. Kerana inilah Australia keluar dan menyertai Asia kerana kebarangkalian dapat mara ke Piala Dunia lebih tinggi.

Sebelum meneyrtai Asia, Australia dengan mudah lepas ke play-off tetapi lawan di play-off adalah pasukan dari Amerika Selatan atau CONMEBOL. New Zealand muncul juara Ocenia akan berdepan dengan Peru.

Slot ke Piala Dunia : 0.5
Pasukan Layak : –
Bermain play-off : New Zealand

Amerika Selatan

Walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya, hanya 10 pasukan sahaja dari Amerika Selatan tetapi mereka mendapat 4.5 slot ke Piala Dunia yang sementara ini.

Sebanyak 4 pasukan sudah layak termasuklah Argentina yang mara dengan penuh dramatik. Peru ditempat ke-5 akan bertemu pasukan juara Ocenia, New Zealand di play-off.

Mungkin sudah tertulis pasukan berasal dari Selatan ni sememangnya hebat.

Slot ke Piala Dunia : 4.5
Pasukan Layak : Argentina, Brazil, Colombia dan Uruguay.
Bermain play-off : Peru

23 Pasukan Sudah Layak

Bagi yang malas nak baca panjang-panjang aku buat list untuk korang.

1. Russia: Tuan Rumah dan layak sejak Disember 2010.

2. Brazil: Juara Amerika Selatan dan sudah layak seja 28 Mac 2017.

3. Iran: Juara kumpulan A kelayakan pusingan ketiga AFC.

4. Japan: Juara kumpulan B kelayakan pusingan ketiga AFC.

5. South Korea: Naib juara kumpulan A kelayakan pusingan ketiga AFC.

6. Saudi Arabia: Naib juara kumpulan B kelayakan pusingan ketiga AFC.

7. Mexico: Juara kelayakan pusingan ke-5 Amerika Utara, Amerika Tengah dan Carribean

8. Belgium: Juara kumpulan H kelayakan Eropah. Pasukan Eropah pertama layak pada 3 September 2017.

9. Germany: Juara kumpulan C kelayakan Eropah.

10. England: Juara kumpulan F kelayakan Eropah. Gol Harry Kane mengesahkan kemaraan.

11. Poland: Juara kumpulan E kelayakan Eropah. Lewandowski muncul penjaring terbanyak kelayakan Eropah mengatasi Ronaldo.

12. Costa Rica: Naib juara kelayakan pusingan ke-5 Amerika Utara, Amerika Tengah dan Carribean.

13. Nigeria: Pasukan pertama dari Afrika layak ke Russia

14. Egypt: Pasukan kedua dari Afrika layak hasil gol Mo Salah. Piala Dunia pertama Mesir sejak 1990.

15. Iceland: Layak pertama kali ke Piala Dunia dalam sejarah, negara terkecil pernah ke Piala Dunia.

16. Serbia: Juara kumpulan D kelayakan Eropah.

17. Spain: Juara kumpulan G kelayakan Eropah. Menamatkan saingan 5 mata di hadapan Italy.

18. France: Juara kumpulan A kelayakan Eropah.

19. Portugal: Juara kumpulan B kelayakan Eropah. Mara selepas menewaskan Switzerland pada perlawanan terakhir.

20. Panama: Penampilan pertama di Piala Dunia. Tempat ke-3 kelayakan pusingan ke-5 Amerika Utara, Amerika Tengah dan Carribean.

21. Argentina: Jaringan hatrik Messi pada perlawanan terakhir mengesahkan tempat ke Russia.

22. Uruguay: Menamatkan saingan di tempat kedua Amerika Selatan di belakang Brazil.

23. Colombia: Menamatkan saingan di tempat ke-4 Amerika Selatan di belakang Brazil.

Baca Juga

Baca Juga