Senarai Pasukan Yang Menjadi Juara Liga dan Tersingkir Pada Musim Berikutnya

Ini kisah musim lalu, Chelsea mengalami penurunan prestasi yang teruk dan Mourinho dipecat, Apa sudah jadi dengan Chelsea? Dari juara liga, terperosok ke tangga ke 16 ketika liga telah memasuki pertengahan musim!

Jika diperhalusi, 90% pemain yang ada adalah pemain yang sama memenangi liga pada bulan Mei 2015 yang lalu?

Worst-case scenario, Chelsea mungkin akan terperosok ke liga Kejuaraan dan jika ini berlaku, adakah Chelsea bakal menjadi juara pertama yang jatuh ke liga bawahan?

Tidak. Chelsea bangkit dan ketika ini menjadi pendahulu liga.

Ini kisah musim ini, Leicester mengalami penurunan prestasi yang teruk dan Ranieri belum dipecat, Apa sudah jadi dengan Leicester ? Dari juara liga, terperosok ke tangga ke 16 ketika liga telah melepasi pertengahan musim!

Jika diperhalusi, pemain yang ada adalah pemain yang sama memenangi liga pada bulan Mei 2016 yang lalu?

Worst-case scenario, Leicester mungkin akan terperosok ke liga Kejuaraan dan jika ini berlaku, adakah Leicester bakal menjadi juara pertama yang jatuh ke liga bawahan?

Segalanya mungkin! Senang betul kerja aku, copy paste aje.

Jarang sekali kita melihat pasukan yang  menjadi juara liga pada sesuatu musim, namun disingkirkan dari liga yang dimenanginya pada musim berikutnya. Namun perkara ini berlaku dari zaman, bak kata Datuk Seri Vida Pamoga Qu Puteh Muah Muah, Gok Gok Gok, tok Minah tonggek lagi.

Berikut adalah antara pasukan yang turun liga setelah menjadi juara.

Herfolge Boldklub – Danish Superliga

Pasukan               :               Herfolge Boldklub

Liga                        :               Danish Superliga

Juara                     :               Musim 1999-00

Tersingkir            :               Musim 2000-01

Musim 1999-00 adalah satu-satunya kejuaraan yang berjaya diraih Herfolge ini dalam sejarah penubuhan kelab mereka. Pada muim tersebut, Herfolge meraih 56 mata mengatasi pasukan paling berjaya dalam liga Denmark, Brondby, dan juga 10 pasukan lain.

Namun pada musim berikutnya, Herfolge menduduki tangga ke 11 dari 12 pasukan dengan kutipan hanya 30 mata dari 33 perlawanan. Mereka hanya memenangi 7 perlawanan dan sekadar menjaringkan 41 gol dan bolos 65.

Mereka tersingkir mungkin kerana kejutan budaya sebab tak pernah jadi juara.

FC Nurnberg – Bundesliga

Pasukan               :               FC Nurnberg

Liga                        :               Bundesliga

Juara                     :               Musim 1967-68

Tersingkir            :               Musim 1968-69

Gelaran juara yang diraih pada musim 67-68 adalah kejuaraan pertama Nurnberg setelah liga Jerman digabungkan menjadi Bundesliga. Sebelum itu, liga Jerman banyak dimainkan secara regional/wilayah.

Mereka muncul juara Bundesliga setelah dua penyerang Jerman, Franz Brungs dan Heinz Strehl, masing menjaringkan 25 dan 18 gol dalam liga pada musim tersebut. Walaubagaimanapun, setelah berjaya memenangi liga, pada musim berikutnya pihak pengurusan FC Nurnberg dengan membabi buta menyatakan mahu menumpukan perhatian kepada pemain muda.

Akibatnya, ramai pemain senior berhijrah meninggalkan kelab tersebut, termasuk 13 pemain menyertai Hertha Berlin dan keputusannya, Nurnberg menduduki tangga terbawah dari 17 pasukan sejak pertengahan musim dan mereka gagal untuk kembali ke jalan kemenangan.

Manchester City – English First Division

Pasukan               :               Manchester City

Liga                        :               English First Division

Juara                     :               Musim 1936-37

Tersingkir            :               Musim 1937-38

Musim 1936-37 merupakan kejuaraan pertama Citizen dalam sejarah penubuhan kelab tersebut. Lebih manis lagi, pada musim yang sama seteru utama City, United, telah tersingkir dari liga setelah menghabiskan musim di tangga kedua terbawah dari 22 pasukan.

Musim berikutnya, pertahanan yang teruk memberi musibah besar kepada City apabila  mereka tewas 20 perlawanan dari 42 keseluruhannya, dan melepaskan 77 gol walaupun berjaya menjaringkan 80 gol, mengatasi juara liga musim tersebut, Arsenal!

Jarang ada pasukan yang mempunyai beza jarring yang surplus menduduki tangga terbawah.

Juventus – Serie A

Pasukan               :               Juventus

Liga                        :               Serie A

Juara                     :               Musim 2006-06

Tersingkir            :               Musim 2005-06

Tidak seperti kisah kelab-kelab di atas, Juventus tersingkir (disingkir) dari Serie A pada musim mereka memenangi Scudetto, dengan kata lain kejuaraan mereka telah ditarik semula dan diberikan kepada pasukan di tangga kedua, Inter Milan.

Pada musim tersebut, Juventus sangat cemerlang apabila memenangi 27 dari 38 perlawanan dan tewas hanya sekali sepanjang musim.

Namun, melalui siasatan ejensi bola sepak Itali, Gea World telah mendapati presiden Juventus ketika itu Luciano Moggi didapati telah membuat beberapa panggilan telefon kepada penggiat bola sepak Serie A untuk menentukan pengadil yang boleh ‘dibeli’ bagi perlawanan yang melibatkan Juventus.

Skandal yang lebih dikenali ‘Calciopoli’ ini telah menyebabkan Juventus diturunkan ke Serie B dan dipotong 30 mata pada mulanya. Namun setelah beberapa kali semakan dibuat, Juventus dipotong hanya 9 mata dan hebatnya, Juventus terus kembali ke Serie A pada musim berikutnya.

Beberapa pemain bintang mereka cukup setia bersama kelab walaupun bermain di divisyen 2 seperti Gigi Buffon dan Alesandro Del Piero.

Calciopoli juga menyebabkan kelab lain seperti Lazio, Reggina, AC Milan dan Fiorentina dikenakan tindakan.

Hanya Inter Milan yang terselamat. Pelik?

Baca Juga

Baca Juga