Senarai Pemain Bintang Yang Bakal Tamat Kontrak Penghujung Musim Nanti

Saingan Liga bola sepak musim 2019/20 bakal tiba ke penghujungnya tidak lama lagi.

Beberapa pemain bintang untuk pasukan seperti Chelsea, PSG, Liverpool dan pasukan gergasi lain bakal meninggalkan pasukan mereka musim panas nanti.

Penularan virus Covid-19 yang kini semakin memburuk menyukarkan beberapa liga utama Eropah untuk menamatkan saingan Liga mereka sebelum 30 Jun.

Pihak UEFA sendiri sudah menetapkan tarikh itu sebagai tarikh akhir untuk setiap persatuan menghabiskan baki musim mereka.

UEFA menggesa untuk menghabiskan baki perlawanan Liga sebelum 30 Jun kerana kebanyakkan pemain kontrak mereka akan tamat pada tarikh itu.

Pihak FA England sendiri sudah melanjutkan tarikh penggantungan Liga mereka dari 3 April kepada 30 April.

Namun masih bergantung kepada keadaan pada ketika itu. Apa yang pasti, pihak FA sedaya upaya akan cuba untuk menghabiskan baki perlawanan liga musim ini.

Sekiranya keadaan semakin memburuk mungkin saingan liga musim ini terpaksa dibatalkan.

Jadi segala perancangan dan keputusan akan dimaklumkan oleh pihak FA sendiri dalam masa terdekat.

Jadi siapakah pemain bintang yang bakal tamat kontrak bersama pasukan mereka pada musim panas nanti?

Berikut data melalui Transfermarkt menyenaraikan para pemain yang bakal meninggalkan pasukan mereka musim panas nanti.

Pemain midfield pasukan Liverpool, Adam Lallana antara pemain yang bakal meninggalkan pasukannya penghujung musim ini.

Dries Mertens dan Ryan Fraser merupakan tonggak penting untuk pasukan masing-masing Tetapi mereka juga tidak menyambung kontrak sedia ada yang bakal berakhir penghujung musim nanti.

Sama ada pasukan mereka kembali melanjutkan kontrak para pemain-pemain ini atau mereka mungkin akan dipancing untuk menyertai pasukan lain.

Manchester United sangat berminat untuk mendapatkan khidmat pemain penyerang Belgium, Mertens.

Sekiranya Napoli tidak menyambung kontrak pemain ini, setan merah berpeluang untuk mendapatkan Mertens pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Walaupun usia Mertens sudah menjangkau 32 tahun, tetapi mendapatkannya secara percuma adalah sangat berbaloi untuk pasukan setan merah.

Berikut adalah senarai pemain yang akan dibebaskan pada penghujung musim ini berserta nilai mereka.

Senarai pemain yang tamat kontrak penghujung musim ini.

1. Thomas Meunier (PSG), £27juta

2. Willian (Chelsea), £25.2juta

3. Dries Mertens (Napoli), £22.5juta

4. Edinson Cavani (PSG), £22.5juta

5. Ryan Fraser (Bournemouth), £19.8juta

6. Jan Vertonghen (Tottenham), £16.2juta

7. Artem Dzyuba (Zenit), £14.4juta

8. Layvin Kurzawa (PSG), £13.5juta

9. David Silva (Man City), £13.5juta

10. Charles Aranguiz (Bayer Leverkusen), £13.5juta

11. Mario Gotze (Borussia Dortmund), £11.7juta

12. Jose Callejon (Napoli), £10.8juta

13. Giacomo Bonaventura (AC Milan), £10.8juta

14. Tanguy Kouassi (PSG), £10.8juta

15. Adam Lallana (Liverpool), £10.8juta

16. Benjamin Stambouli (Schalke), £10.8juta

17. Pedro (Chelsea), £10.8juta

18. Jeff Hendrick (Burnley), £9.9juta

19. John Lundstram (Sheffield United), £9juta

20. Walter Benitez (Nice), £9juta

21. Nathaniel Clyne (Liverpool), £9juta

22. Daler Kuzyaev (Zenit), £9juta

23. Janik Haberer (Freiburg), £9juta

24. Jose Luis Palomino (Atalanta), £9juta

25. Olivier Giroud (Chelsea), £8.1juta

Hebat-hebat juga pemain yang bakal menjadi free agent ini nanti. Boleh dah mana-mana pasukan yang mahukan khidmat mereka memulakan langkah untuk masuk meminang.

BACA:  Man Utd Didenda Kerana Didapati Langgar FFP