Senarai Pemain Bola Sepak Bersara Pada Tahun 2016

Tahun 2016 telah berlalu dan meniggalkan banyak kenangan untuk dibawa ke tahun 2017 antaranya ialah pemain berkelas dunia(atau hampir kelas dunia) telah menggantung but buat selama-lamanya. Ada antara pemain ini telah memenangi Piala Dunia, Kejohanan Eropah, Liga Juara-juara, liga domestik, piala FAM dan banyak lagi.

Berikut adalah senarai nama 12 pemain yang telah bersara pada 2016.

Adrian Mutu

Usia : 37
Penampilan dalam karier : 603
Kejuaraan utama : 1

Mutu adalah antara pemain yang terawal menyertai revolusi Russia di Chelsea dan dia adalah antara penyerang terbaik pernah dihasilkan Romania selepas Georghe Hagi. Karier Mutu di Chelsea ditamatkan selepas dia dikatakan terjebak dalam menghisap ganja.

John Heitinga

Usia : 33
Penampilan dalam karier : 510
Kejuaraan utama : 9

Heitinga pernah bermain di Belanda, Englnad, Sepanyol dan Jerman sepanjang kariernya. Dia bersara setelah tidak lagi mendapat tempat dalam skuad Ajax pada usia 32 tahun. Dia juga antara anggota skuad Belanda yang muncul naib juara Piala Dunia 2010.

Carlo Marchena

Usia : 37
Penampilan dalam karier : 595
Kejuaraan utama : 7

Marchena merupakan tonggak utama Valencia yang memenangi La Liga pada musim 2003-04. Selain La Liga, Marchena juga merupakan tonggak dalam skuad La Roja yang memenangi Kejohanan Eropah 2008 dan Piala Dunia 2010.

Antonio Di Natale

Usia : 39
Penampilan dalam karier : 728
Kejuaraan utama : 0

Memulakan karier pada tahun 1996 di Empoli, Di Natale lebih diingati ketika kariernya bersama Udinese selama 12 tahun di mana dia telah tersenarai kesebelasan terbaik tahuna sebanyak tiga kali dan kasut emas dua kali.

Nemanja Vidic

Usia : 35
Penampilan dalam karier : 547
Kejuaraan utama : 18

Peminat Manchester United pasti merindui kereta kebal ini ketika gandingannya bersama Rio Ferdinand telah memberikan kejuaraan demi kejuaraan kepada Manchester United. Pasca Manchester United, Vidic menyertai Inter Milan dan bergelut dengan kecederaan sebelum bersara.

Miroslave Klose

Usia : 37
Penampilan dalam karier : 735
Kejuaraan utama : 9

Penjaring terbanyak Jerman sepanjang zaman ini telah memenangi Piala Dunia 2014 di Brazil, selain naib juara Kejohanan Eropah 2008. Lagenda ini telah bersara bersama Lazio dan kini adalah antara jurulatih dalam skuad Jerman.

John Arne Riise

Usia : 36
Penampilan dalam karier : 818
Kejuaraan utama : 11

Ingat Riise, ingat bola yang deras bagaikan peluru. Riise adalah anggota pasukan Liverpool yang memenangi Liga Juara-juara di Istanbul pada 2005. Selepas Liverpool, Riise menyertai Roma, Fulham dan beberapa kelab sebelum bersara bersama Chennaiyin di Liga India.

Daniel Agger

Usia : 32
Penampilan dalam karier : 374
Kejuaraan utama : 4

Tidak keterlaluan dikatakan Agger adalah antara pemain kesayangan peminat Liverpool sepanjang zaman. Dek cinta yang mendalam terhadap Liverpool, Agger menyertai Brondby di Denmark kerana tidak mahu menyertai pasukan yang berpotensi menentang Liverpool. Dia terpaksa bersara pada usia muda kerana kecederaan yang berterusan.

Luca Toni

Usia : 39
Penampilan dalam karier : 705
Kejuaraan utama : 5

Toni adalah penyerang yang sangat prolifik dan telah bermain untuk 15 kelab, antaranya ialah Jerman. Kemuncak kariernya adalah memenangi Piala Dunia pada 2006 bersama Itali.

Steven Gerrard

Usia : 36
Penampilan dalam karier : 862
Kejuaraan utama : 9

Tidak dapat dinafikan bahawa Gerrard adalah pemain yang paling bernilai pernah dihasilkan Liverpool. Kapten England ini mengakhiri kariernya di LA Galaxy. Gerrard pasti diingati sebagai pencetus kebangkitan Liverpool pada malam magis di Istanbul pada 2005.

Diego Milito

Usia : 37
Penampilan dalam karier : 622
Kejuaraan utama : 8

Milito memulakan kariernya di Racing Club dan mengakhirinya di kelab yang sama setelah berbelas tahun mengembara di eropah. Detik terindah pemain Argentina ini adalah menjaringkan dua gol dalam perlawanan akhir liga Juara-juara bersama Inter Milan pada tahun 2010.

Mikel Arteta

Usia : 34
Penampilan dalam karier : 546
Kejuaraan utama : 7

Pemain tengah ini mempunyai kawalan bola yang sangat baik dan terbukti dalam kariernya bersama Rangers, Everton dan Arsenal. Andai Arteta berbangsa Inggeris, pastinya dia akan menjadi gandingan Gerrard dan Lampard di bahagian tengah skuad Tiga Singa itu. Kini Arteta adalah jurulatih di Manchester City, pembantu kepada Pep Guardiola.

Baca Juga

Baca Juga