Senarai Pemain Bolasepak Yang Merokok

Merokok merbahayakan kesihatan tetapi terdapat beberapa orang pemain bolasepak yang merupakan penghisap rokok tegar dan diketahui umum. Walaupun merokok bukanlah satu perkara yang baik tetapi kalau dah hisap susah nak berenti. Tak Percaya? Boleh cuba.

Rokok merupakan objek yang berbentuk silinder yang diisi dengan tembakau yang telah dicampur lebih 4000 bahan kimia. Rokok dihisap mampu memberi kesan tertentu kepada penggunanya. Ukuran dan diameter rokok bergantung kepada jenis dan juga negara di mana rokok dihasilkan.

Kebiasaannya rokok berukuran panjang sekitar 10cm hingga 12cm dengan diameter sekitar 0.7cm sehingga 1cm. Mengikut amaran yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia, merokok merbahayakan kesihatan!

Rokok berdaging bukanlah untuk lelaki normal macam kau. Berikut merupakan antara pemain yang merokok.

Jack Wilshere

Berita mengenai Wilshere selalu keluar didada akhbar jika bukan kerana kecederaan yang serius, isu disiplin dan gaya hidup beliau menjadi sebutan. Selain menghisap rokok, Wilshere juga menghisap Shisha (perisa Apple+Sugus+Mint).

jack-wilshere-smoking-main
Pesta rokok daging

Walaupun bekali-kali ditegur bekas pemain dan pengurus, Wilshere dengan tabahnya memekakkan telinga sambil menghisap rokok.

Kemungkinan rokok dihisap : Pine Hijau

Mesut Ozil

Pemain tengah Arsenal ini antara pemain yang kisah peribadi jarang didendang apabila diluar padang tetapi tabiat merokok Ozil tidak dapat disembunyikan apabila gambarnya sedang merokok berjaya diambil oleh Paparazzi.

ozil-smoking
Patut selalu nampak semput

Mungkin sebab inilah Ozil selalu kelihatan tercungap-cungap tak cukup nafas ketika beraksi tetapi sentuhan Ozil di padang tidak boleh dipertikaikan lagi.

Kemungkinan rokok dihisap : John Hitam

Radja Nainggolan

Tidak dapat dipastikan jenama rokok yang digemari Radja, yang berdarah Indonesia, mungkin Surya merah 12. Bukan rahsia lagi Pak Radja perokok tegar malah suatu ketika dulu ketika bersama Belgium, Pak Radja meminta bilik yang berbalkoni bagi memudahkan beliau merokok.

Pak Radja berbangga dengan rokok.

“Saya tak akan menghalangnya (dari merokok) jika itu adalah keperluannya. Saya fleksibel dalam hal ini, kerana itu ialah badannya” Jelas Wilmots jurulatih Belgium.

Kemungkinan rokok dihisap : Malboro Lights

Mario Balotelli

Pemain yang penuh karakter samada di dalam atau diluar padang. Merokok melengkapkan status Balotelli sebagai budak nakal. Kalau google bersepah gambar Balotelli merokok dengan penuh gaya, nikmat dan gurih.

balotelli-smoking
Santai bergaya

Balotelli pernah didenda oleh AC Milan kerana merokok di dalam tandas keretapi.

Kemungkinan rokok dihisap : Canyon

Dimitar Berbatov

Berbatov terkenal sebagai penghisap tegar Curut dan jugak rokok selain terkenal dengan sentuhan pertamanya yang kemas. Gaya Berbatov hisap curut persis Vito Andolini Corleone a.k.a Don Corleone dalam filem The Godfather.

berbatov-smoking
Berbatov dan curut

Kemungkinan rokok dihisap : Nusantara Merah

Roberto Carlos dan Ronaldo Tembam

Entahlah dua pemain lagenda ini perokok tegar atau sekadar perokok sosial sahaja.

Poser?

Kemungkinan rokok dihisap : Rokok Samsu

Fabian Barthez

Bekas penjaga Perancis dan Setan merah ini hobinya selain mengumpul setem adalah menghisap rokok.

Hisap sampai botak

Kemungkinan rokok dihisap : Rokok Daun Tembakau Bang Leh

Zinedine Zidane

Gambar ini diambil ketika Zidane sedang merokok sebelum perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2006.

Merokok dan menetek

Kemungkinan rokok dihisap : U2

Johan Cruyff

Mendiang Cruyff pernah mendedahkan bahawa semasa zaman kemuncaknya di arena bola sepak sebagai pemain beliau menghisap 40 batang rokok sehari.

Lejen

Kemungkinan rokok dihisap : D-Blend

Ashley Cole

Cole sememangnya dikenali sebagai pemain yang mempunyai tabiat merokok kerana sentiasa dilihat merokok disekitar Kelab Malam di kota London.

ashley_cole_right_was_pictured_smoking_a_cigarette
Tegar

Kemungkinan rokok dihisap : Malboro Light

Carlo Ancelotti

Gambar pengurus Bayern Munich ini diambil ketika masih menjadi pengurus Real Madrid semasa perlawanan berlangsung tetapi beliau tidak berada di tepi padang.

Merokok kerana selalu dipecat?

Kemungkinan rokok dihisap : Pau rokok member

Wojciech Szczesny

Penjaga gol Poland ini pernah didenda oleh Arsenal sebanyak £20,000 kerana merokok dibilik mandi selepas tewas kepada Southampton 2-0.

arsenal-fine-wojciech-szczesny-smoking
Punah

Kemungkinan rokok dihisap : Saat

Wayne Rooney

Bukan rahsia lagi bahawa Rooney merupakan seorang perokok tegar. Ferguson membenarkan Rooney merokok selagi tidak mengganggu permainannya di padang. Sekarang prestasi Rooney agak teruk mungkin kesan dari merokok?

wayne-rooney-smoking
Rooney merokok hingga rambut tumbuh kembali

Kemungkinan rokok dihisap : Luffman Hitam

Wesley Sneijder

Pernah dikaitkan dengan Manchester United dan perpindahan tersebut tidak menjadi kenyataan beberapa tahun lepas kisah peribadi Sneijder menjadi perbualan. Selepas beberapa siri kecederaan dan kemudian berhijrah ke Turki, pemain kebangsaan Belanda ini sering dilihat merokok tanpa berselindung lagi.

senijderr-smoking
Cantik puting

Kemungkinan rokok dihisap : John Putih

Arsene Wenger

Wenger pernah berkata merokok tidak menjejaskan prestasi pemain selagi pemain itu membuat hantaran yang bagus kerana itulah yang mahu dilihat oleh penonton walaupun merokok bukanlah satu contoh yang baik.

Walaupun Wenger pernah mengeluarkan kata-kata berbau politik, beliau pernah dilihat merokok di bangku simpanan semasa zaman pensabunan.

wenger-smoking
Wenger di zaman muda remaja.

Sekarang dah berenti kot.

Kemungkinan rokok dihisap : Lucky Strike

Slaven Bilic

Bekas Pengurus West Ham ini merupakan perokok tegar. Bilic dikatakan menghisap rokok dua kotak sehari.

bilic-smoking
Bilic entah ke mana sekarang.

Kemungkinan rokok dihisap : Rotthmans

Safee Sali

Bukan rahsia lagi Safee merupakan seorang perokok. Safee kantoi merokok ketika Piala Suzuki 2014 apabila gambarnya ketika asyik merokok diambil dan dimuatnaik ke laman sosial.

safee-sali-isap-rokok-3
Sekadar hiasan

Kemungkinan rokok dihisap : Dunhill Merah

Cik Man

Pengurus Rimba Bara ini merupakan perokok tegar yang penuh bergaya.

che-man-smoking
Che Man

Baca Juga

Baca Juga