Senarai Pemain Terbaik Arsenal di Bawah Kendalian Arsene Wenger

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger telah secara rasminya telah menurunkan seramai 203 pemain sepanjang keriernya di Arsenal bermula 1996 sehingga artikel ini diterbitkan, dengan Alex Iwobi dan Glenn Kamara menjadi pemain ke 200 dan 201 yang diturunkan Wenger dalam perlawanan menentang Sheffield Wednesday tahun lepas.

Dari 203 orang pemain, ada pemain yang menjadi lagenda kelab dan ramai juga yang menjadi penumpang. Nama-nama seperti Thierry Henry, Patrick Vieira dan Andrei Arshavin cukup dikenali oleh peminat Arsenal. Tetapi siapakah yang terbaik?

Berikut adalah 20 pilihan pemain terbaik yang pernah diturunkan Arsene Wenger sejak 1996.

David Seaman

David-Seaman-of-Arsenal-kisses-the-FA-Cup

Penjaga gol tinggi lampai berbadan sasa dan mempunyai tangan yang besar – pakej lengkap untuk menjadi penjaga gol di liga Inggeris. Bersara dari bermain pada tahun 2004 dengan pelbagai koleksi kejuaraan bersama Arsenal. Seorang kapten dan cukup disegani baik lawan atau kawan.

Dia pernah menjadi penjaga gol termahal England apabila dibeli George Graham dari QPR pada harga 1.5 juta GBP.

Tony Adams

Tony-Adams

Seorang pemimpin. Dia adalah kapten bagi Arsenal dari usia 21 tahun sehingga 14 tahun berikutnya. Bermain di posisi pertahanan tengah, Adams cukup ditakuti penyerang lawan kerana terjahan keras tapi bersihnya dan juga fizikalnya umpama gergasi.

Dia juga antara one-clubman yang jarang-jarang dijumpai, di mana dia hanya bermain untuk Arsenal sepanjang hidupnya.

Lee Dixon

dixon

Bermain dengan Arsenal dari zaman George Graham dan bersara ketika era Wenger pada tahun 2004. Posisi pertahanan kanan Arsenal telah menjadi hak miliknya selama lebih sedekad.

Nigel Winterburn

zp_Winterburn_Nigel_Arsenal_19_9345

Bek kiri berganding bersama Adams dan Dixon. Juga telah memajak posisinya selama hampir sedekad.  Hampir 500 perlawanan untuk Arsenal menunjukkan pemain ini bukan calang-calang pemain.

Steve Bould

bould

Diwarisi dari skuad George Graham bersama-sama Adams, Dixon dan WInterburn, Bould bermain untuk Arsenal dari tahun 1988 sehinga ke 1999. Kini menjadi pembantu pengurus kepada Wenger.

Ian Wright

IanWright

Penjaring terbanyak Arsenal sepanjang zaman sebelum rekodnya dipecahkan Thierry Henry.  Berusia 33 tahun ketika Wenger tiba, Wright meneruskan prestasi cemerlangnya menjaringkan sebanyak 23 gol pada musim 1996-97. Musim berikutnya Wright banyak menghabiskan masa di meja rawatan.

Ray Parlour

Ray-Parlour1

Memulakan karier di Arsenal pada tahun 1992 menentang Liverpool, Parlour terus bermain dengan The Gunners sehingga 2004. Paling diingati ialah bila mana dia menjadi pemain terbaik perlawanan akhir Piala FA pada tahun 1997 menewaskan Newcastle United, dan dia telah membuat satu umpanan cantik kepada Nicolas Anelka yang menjaringkan gol pertama.

Dennis Bergkamp

bergkamp

Bergkamp menjadi titik fulcrum bagi taktikal Wenger sejurus dia menyertai Arsenal dari Jepun. Salah seorang pemain yang membarisi skuad ‘The Invincible’ pada tahun 2004 dan telah menjaringkan lebih dari 100 gol buat Arsenal. Digelar oleh penyokong Arsenal sebagai ‘Non-Flying Dutchman’ kerana dia takut untuk menaiki kapal terbang.

Freddie Ljunberg

ljunberg

Dibeli Wenger selepas dia menonton aksi Ljunberg bersama Sweden di kaca televisyen. Antara aksi terbaiknya adalah pada musim 2001-02 setelah membantu Arsenal memenangi kejuaraan berganda. Ljunberg adalah pemain yang mempunyai larian pantas dan kemahiran mengawal bola yang kemas. Dia juga memiliki tattoo yang banyak di anggota badan dan juga merupakan seorang model seluar dalam.

Thierry Henry

Blackburn, UNITED KINGDOM: Arsenal's Thierry Henry celebrates after scoring during their English Premiership football match against Blackburn Rovers 13 January 2007 at Ewood Park, Blackburn, North-west England. AFP PHOTO/ANDREW YATES Mobile and website use of domestic English football pictures subject to subscription of a license with Football Association Premier League (FAPL) tel : +44 207 298 1656. For newspapers where the football content of the printed and electronic versions are identical, no licence is necessary. (Photo credit should read ANDREW YATES/AFP/Getty Images)

Siapa tidak kenal pemain ini, penjaring terbanyak pasukan Arsenal memecahkan rekod Ian Wright. Henry adalah pemain yang cukup tajam di hadapan gol telah membantu membawa pulang banyak trofi dan kejuaraan ke Highbury dan Emirates. Meninggalkan Arsenal selepas musim 2004 untuk menyertai Barcelona.

Patrick Vieira

md

Musuh utama Roy Keane. Itulah yang boleh disimpulkan berkenaan pemain ini. Bermain sebagai box-to-box midfielder, Vieira banyak menyumbangkan tenaga untuk serangan dan juga pertahanan pasukan. Tanpa pemain ini, mustahil Arsenal akan mampu menjadi pasukan pertama menamatkan liga tanpa sebarang kekalahan.

Robert Pires

pires

Bermain selama enam musim bersama Gunners, Pires memukau penyokong dengan larian pantas dan kawalan bola yang cukup kemas. Dia juga merupakan salah seorang anggota pasukan ‘The Invincibles’ dan meninggalkan Arsenal setelah gagal memujuk Wenger untuk memberikannya kontrak selama 2 tahun pada usianya 30 tahun.

Jen Lehmann

lehmann

Penjaga gol Jerman yang diibaratkan seperti orang gasar. Tinggi, tegap dan kuat. Itulah kelebihan Jen Lehmann sehinggakan berjaya mengenepikan Oliver Kahn dari posisi penjaga gol nombor satu Jerman. Dalam perlawanan akhir UCL 2005, Lehmann dikenakan kad merah setelah mengasari Giuly dalam tempoh tidak sampai 20 minit perlawanan.

Ashley Cole

cole

Bermula dari akademi Arsenal, Cole terus meningkat sebagai antara pemain bek kiri yang terbaik di dunia. Larian pantas, kemampuan menggelecek dan mengumpan bola membuatkannya sukar dikekang oleh pihak lawan. Dia bagaimanapun dicemuh peminat apabila membuat keputusan untuk menyertai musuh setempat, Chelsea.

Edu

edu

Bermain untuk Arsenal dari 2001-2004, pemain Brazil ini tidak mendapat perhatian yang meluas dari media. Sebagai seorang pemain tengah bertahan, Edu dan Vieira telah mendominasi liga Inggeris dengan kepintaran mereka membaca perlawanan dan kemampuan untuk merampas bola dari kaki lawan. Sewaktu musim tanpa kalah Arsenal, Edu telah bermain sebanyak 49 perlawanan dan menjaringkan 1 gol.

William Gallas

William-Gallas-002

Dibeli dari Chelsea sebagai pemberat dalam transaksi penjualan Ashley Cole, Gallas tanpa membuang masa terus menjadikan posisi pertahanan tengah pasukan miliknya. Setelah dua musim bermain bersama The Gunners, Gallas dilantik menjadi kapten, menggantikan Henry yang berpindah ke Barcelona. Pelantikan ini agak mengejutkan kerana peminat beranggap Gilberto Silva lebih sesuai.

Matthew Flamini

flamini

Flamini yang dimaksudkan ialah Flamini yang bermain untuk Arsenal sebelum menyertai AC Milan. Sebagai holding midfielder, Flamini bermain sebagai ‘bad boy’ , iaitu lebih fokus untuk merampas bola dari lawan. Flamini mendominasi bahagian tengah Arsenal selama empat musim, Flamini membuat kesilapan terbesar kariernya dengan menyertai AC Milan sebelum kembali semula bersama Arsenal.

Robin Van Persie

Robin_Van_Persie_August_2007

Kapten Arsenal selama semusim dan kemudiannya dijual ke seteru liga, Manchester United. Bermain di Arsenal sebagai anak didik Henry, Persie telah berkembang sebagai pemain yang cukup tajam di hadapan gol dan menjadi penjaring terbanyak Arsenal dalam beberapa musim. Namun dia melihat Arsenal sebagai kelab yang tidak mempunyai cita-cita tinggi membuatkannya menyertai United dan memenangi medal liga perdana pertamanya.

Francesc Fabregas

fabregas

Walaupun prestasinya kini terumbang ambing, Fabregas pernah menggemparkan liga perdana suatu masa dahulu sebagai pemain perancang yang cukup cemerlang, sehinggakan dia dikatakan mempunyai mata di bahagian belakang kepalanya. Gandingannya bersama Hleb membuatkan pertahanan lawan mengalami kesukaran untuk mengekang serangan Arsenal.

Alexis Sanchez

sanchez

Perjalanan karier bola sepak pemain ini sampai ke England setelah bermain di Itali dan Sepanyol. Dalam musim pertamanya bersama Arsenal, Sanchez telah menjadi penjaring terbanyak pasukan dan pada musim ini, Sanchez sekali lagi meneruskan musim cemerlangnya bersama Arsenal. Andai hatinya tidak berubah, Sanchez bakal menjadi lagenda Arsenal di masa hadapan.

Lord Bendtner

Arsenal's Nicklas Bendtner celebrates scoring during the Barclays Premier League match at the Emirates Stadium, London.

Pemain terbaik dunia dalam sejarah bola peradaban bola sepak seantero dunia. Terkenal dengan panggilan Lord.

Ahmadu Oxlade Maslanmilano Perez

Ahmadu Oxlade Maslanmilano Perez atau nama manjanya Madu Lade merupakan seorang pemain yang invincibles dalam skuad The Invincibles Arsenal kerana itulah ramai tidak mengetahu kewujudan beliau.

Pemain yang boleh bermain di mana-mana posisi. Selepas bersara beliau kemudian menceburi bidang politik dan ada sumber yang mengatakan beliau juga pernah bergelar seorang pelawak.

Baca Juga

Baca Juga