Senarai Pemain Terbaik Sepanjang Zaman Arsenal

Thierry Henry merupakan seorang pemain yang sangat disayangi di Arsenal. Beliau juga dinamakan sebagai pemain terbaik sepanjang zaman untuk pasukan itu.

Henry bukan saja dikenali sebagai salah seorang pemain terbaik Arsenal, beliau turut dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman dalam saingan Liga perdana.

Beliau adalah nadi yang membantu Arsenal menjuarai Liga Perdana musim 2003/04 dengan tidak terkalahkan.

Atas segala aksi mantap dan pencapaian cemerlangnya, tidak hairanlah mengapa Henry menjadi pemain paling disayangi di Arsenal.

Baru-baru ini Arsenal membuat undian secara atas talian untuk menentukan pemain terbaik sepanjang zaman pasukan mereka.

Penyerang Perancis, Thierry Henry mendapat undian tertinggi dari peminat. Beliau mengatasi saingan terdekatnya Dennis Bergkamp dengan kelebihan 500 undi.

Patrick Viera, Ian Wright dan Tony Adams termasuk dalam calon Lima teratas sebagai pemain terbaik sepanjang zaman untuk Gunners.

Mesut Ozil pemain yang masih bermain untuk pasukan Arsenal diundi di kedudukan ke-16 dalam senarai.

Pierre Emerick Aubameyang dan Alexandre Lacazette turut ada dalam senarai besar 25 pemain terbaik sepanjang zaman Arsenal.

Senarai 25 pemain terbaik sepanjang zaman Arsenal

25. Alexandre Lacazette (2017- kini)

24. Tomas Rosicky (2006-2016)

23. Kolo Toure (2002-2009)

22. Robin van Persie (2004-2012)

21. Gilberto Silva (2002-2008)

20. Ray Parlour (1992-2004)

19. Liam Brady (1973-1980)

18. Pierre-Emerick Aubameyang (2018-kini)

17. Martin Keown (1984-1986, 1993-2004)

16. Mesut Ozil (2013-kini)

15. Lee Dixon (1988-2002)

14. Emmanuel Petit (1997-2000)

13. Aaron Ramsey (2008-2019)

12. Cesc Fabregas (2003-2011)

11. Santi Cazorla (2012-2018)

10. Marc Overmars (1997-2000)

9. Sol Campbell (2001-2006)

8. Freddie Ljungberg (1998-2007)

7. David Seaman (1990-2003)

6. Robert Pires (2000-2006)

5. Tony Adams (1983-2002)

4. Ian Wright (1991-1998)

3. Patrick Vieira (1996-2005)

2. Dennis Bergkamp (1995-2006)

1. Thierry Henry (1999-2007, 2012)

Ada beberapa nama yang sepatutnya layak memasuki carta 25 terbaik ini tetapi mereka tidak mendapat undian yang tinggi dari para peminat.

Antaranya seperti penjaga gol terhebat mereka Jens Lehmann dan Ashley Cole yang berada di kedudukan ke 32 dan ke 36 senarai besar.

Pengurus pasukan Arsenal, Mikel Arteta gagal untuk berada dalam senarai 50 terbaik dan hanya sekadar menduduki tangga ke 57 dalam undian.

Tidak mustahil sekiranya selepas beliau berjaya membantu pasukan Arsenal menjurai kejuaraan besar, namanya akan berada di kedudukan 5 terbaik.

Tetapi apa yang jelas, tidak akan ada sesiapa yang boleh mempertikaikan pemilihan Thierry Henry sebagai pemain terbaik sepanjang zaman pasukan Arsenal.

Ini bukan kali pertama Henry mendapat undian tertinggi dari peminat, sebelum ini beliau turut diundi sebagai pemain terbaik sepanjang zaman dalam saingan Premier League.

250,000 peminat telah mengambil bahagian dalam sesi undian untuk pemain berusia 42 tahun itu dalam sesi undian yang diadakan oleh Sky Sports.

Pundit seperti Alam Shearer, Alan Smith dan Chris Sutton turut bersetuju dengan keputusan dari undian itu.

“Untuk jangka yang agak panjang di premier league dan penampilan yang banyak beliau mempamerkan aksi mantap dan selalu menjaringkan gol, Henry sememangnya layak.”

Kata Alan Shearer.

“Henry memiliki segalanya, beliau berhak mendapat penghargaan. Saya yakin ramai peminat diluar sana menonton Premier League kerana Henry. Beliau pemain yang lengkap, beliau pemain bola sepak yang menakjubkan.”

Tambah Alan Smith.

“Henry adalah pemain terbaik sepanjang zaman di premier league, beliau sentiasa mempamerkan aksi mantap dan memuaskan hati peminat yang menyaksikannya. Beliau pemain yang sungguh luar biasa.”

Jelas Sutton.

BACA:  Pembantu Jurgen Klopp Dilaporkan Bakal Menjadi Pengurus Arsenal Yang Seterusnya