Senarai Pemain Terbaik Sepanjang Zaman Barcelona

Diego Maradona telah diundi sebagai pemain terbaik sepanjang zaman untuk pasukan Barcelona.

Undian yang dilakukan oleh para peminat pasukan Barcelona turut meletakkan Messi di tangga ketiga dalam senarai.

Maradona mendahului undian dengan menerima lebih dari 582 undi. Beliau meninggalkan Ronaldinho ditempat kedua dengan memperoleh 440 undi.

Rakan senegara Maradona, Lionel Messi berada dikedudukan ketiga dengan memperoleh 337 undi.

Dengan keputusan muktamad meletakkan tiga pemain ini sebagai pemain terbaik sepanjang zaman untuk pasukan Barcelona.

Seperti yang dilakukan oleh beberapa pasukan sebelum ini, Barcelona turut melakukan undian untuk menentukan pemain terbaik sepanjang zaman pasukan mereka.

25 pemain diletakkan dalam senarai tertinggi yang mana kesemua mereka menerima undian terbanyak dari para peminat.

Senarai pemain terbaik sepanjang zaman Barcelona:

25. Patrick Kluivert (1998-2004)

24. Gheorghe Hagi (1994-1996)

23. Laszlo Kubala (1950-1961)

22. Deco (2004-2008)

21. Michael Laudrup (1989-1994)

20. Victor Valdes (2002-2014)

19. Hristo Stoichkov (1990-1995, 1996-1998)

18. Romario (1993-1995)

17. Ronald Koeman (1989-1995)

16. David Villa (2010-2013)

15. Rivaldo (1997-2002)

14. Samuel Eto’o (2004-2009)

13. Sergio Busquets (2008- Kini)

12. Dani Alves (2008-2016)

11. Luis Suarez (2014- Kini)

10. Gerard Pique (2008- Kini)

9. Neymar (2013-2017)

8. Ronaldo Nazario (1996-1997)

7. Carles Puyol (1999-2014)

6. Xavi (1998-2015)

5. Andres Iniesta (2002-2018)

4. Johan Cruyff (1973-1978)

3. Lionel Messi (2004- Kini)

2. Ronaldinho (2003-2008)

1. Diego Maradona (1982-1984)

Sememangnya tidak boleh dipertikaikan kehebatan Maradona ketika era kegemilangan beliau.

Walau hanya beraksi dua musim bersama Barcelona tetapi beliau tetap dikenang sebagai salah seorang legenda terbaik pasukan.

Beliau menyertai gergasi Catalan itu dengan rekod perpindahan tertinggi ketika itu dengan nilai £5 juta dari Boca Juniors.

Tetapi dalam dua musim bersama pasukan Barcelona, Maradona sering ditimpa kecederaan lalu meninggalkan Nou Camp pada tahun 1984.

Selepas menghabiskan dua musim bersama Barcelona, Maradona kemudiannya menyertai Napoli dan menjadi salah seorang bintang besar disana.

Mungkin ramai akan pertikaikan mengapa Lionel Messi hanya berada dikedudukan ketiga sedangkan beliau layak berada dikedudukan pertama atas segala sumbangannya.

Pemain berusia 32 tahun itu telah memecahkan pelbagai rekod selama 16 tahun bersama Barcelona. Beliau turut memenangi enam kali gelaran Ballon d’or sepanjang bersama Barca.

Messi turut memenangi 10 gelaran La Liga dan empat kejuaraan Liga Juara-juara bersama beberapa pemain terbaik dunia.

Xavi dan Andres Iniesta merupakan dua gandingan terbaik Lionel Messi dalam pasukan Barca dan kedua mereka turut berada di kedudukan kelima dan enam dalam senarai ini.

Gandingan ‘MSN’ antara Messi, Suarez dan Neymar turut menjadi gandingan terbaik pasukan ketika era 2014 hingga 2017.

Gandingan mereka bertiga boleh dikatakan trio serangan terhebat dunia pada ketika itu. Mungkin kerana itu nama Neymar dan Suarez turut berada dalam senarai 25 pemain terbaik sepanjang zaman Barcelona.

Neymar dilaporkan masih berminat untuk kembali bersama pasukan Barcelona selepas perpindahan kontroversinya pada tahun 2017.

BACA:  Sedih Melihat Barca, Iniesta Mahu Menyusul Xavi Dan Alves Untuk Membuat Kepulangan Semula