Senarai Pemain Yang Bakal Memecahkan Rekod Jaringan Terbanyak Alan Shearer

Rekod jaringan Alan Shearer merupakan satu rekod yang tidak lagi mampu dipecahkan oleh mana-mana pemain di Liga Perdana Inggeris. Shearer telah menjaringkan 260 gol semasa beliau beraksi bersama Blackburn dan Newcastle United antara tahun 1992 sehingga 2006.

Shearer dengan bangganya mencatatkan rekod sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman dan rekod itu masih lagi miliknya walaupun selepas 10 tahun bersara. Super Al sudah semestinya tidak akan terus memegang rekod tersebut buat selamanya dan calon-calon yang bakal memecahkan rekod tersebut sudah ditemui.

alan-shearer-scores-goal-premier-league-season-19961997
Gambar : Stu Forster /Allsport

Shearer juga pernah memenangi kejuaraan liga bersama bekas kelabnya Blackburn yang memecah dominasi Manchester United pada 1995.

Antara faktor yang diambil kira untuk memungkinkan para pemain ini memecahkan rekod tersebut adalah kadar jaringan gol semasa dan konsistensi serta juga faktor umur.

Romelu Lukaku

Setakat artikel ini ditulis Lukaku telah menjaring 91 gol sepanjang kariernya di Liga Perdana dan umurnya ketika ini baru sahaja 23 tahun. Kadar jaringan Lukaku sekarang 0.7 gol per perlawanan.

Jika Lukaku dapat mengekalkan kadar jaringannya sebanyak 7 gol dalam 10 penampilan, pemain Belgium ini bakal menamatkan musim ini dengan 85 gol secara keseluruhan sekaligus meletakkan beliau di tangga ke-37 penjaring terbanyak sepanjang zaman.

Buat masa sekarang, mengikut perkiraan Lukaku memerlukan lebih kurang 250 perlawanan lagi untuk mendapat baki 169 gol. Ini bermakna Lukaku bakal berusia 30 tahun atau lebih kurang 6 tahun lagi.

Andai segalanya berlaku mengikut perkiraan, musim 2022/23 merupakan musim yang dijangka untuk Lukaku memecahkan rekod.

Gambar : Holler Online
Gambar : Holler Online

Harry Kane

Penyerang handalan Tottenham Hotspur, Harry Kane berpeluang cerah untuk menjadi penjaring terbanyak di Premier League menggantikan Alan Shearer kini telah menjaringkan 82 gol dalam 122 perlawanan bersama Spurs.

Pemenang kasut emas musim 2016/17 ini mempunyai kadar jaringan 0.7 gol per perlawanan dan memerlukan 178 lagi gol untuk menyamai rekod Shearer serta Kane memerlukan 254 perlawanan lagi.

Kane yang kini berusia 24 tahun memerlukan 6 hingga 7 tahun lagi untuk memecahkan rekod tersebut.

Sergio Aguero

Sergio Aguero yang berumur 29 tahun dilihat mampu untuk memecahkan rekod tersebut pada umur 33 tahun jika Aguero mampu mengekalkan tahap kadar jaringan iaitu 0.7 gol per perlawanan seperti yang dilakukan sekarang.

Aguero memerlukan lebih kurang 186 perlawanan lagi bagi mengatasi rekod yang dipegang Shearer. Sekiranya semuanya berjalan seperti perkiraan rekod Shearer bakal dileburkan oleh Aguero pada tahun 2021.

Kini Aguero telah menjaringkan 128 gol dan mungkin mampu masuk ke kelab 200 gol untuk bersama Shearer dan Rooney.

Gambar : The Independent
Gambar : The Independent

Diego Costa

Kadar jaringan Diego Costa sekarang adalah 0.8 gol per perlawanan. Costa memerlukan 276 perlawanan lagi untuk memintas Shearer. Jika Costa konsisten bermain seperti sekarang pada tahun 2022 rekod tersebut bakal dileburkan. Ketika itu Costa berusia 34 tahun.

Tetapi kini Costa hanya tinggal kenangan dan entah mengapa masih ada dalam senarai.

Gambar : Muzul
Gambar : Muzul

Eden Hazard

Kadar jaringan Hazard 0.5 gol per perlawanan dan Hazard memerlukan 430 perlawanan lagi untuk dicapai. Pada tahun 2026 diusia 36 tahun hasrat itu bakal tercapai.

Jaringan Hazard ketika kau membaca artikel ini baru sahaja 57 gol.

Eden Hazard
Gambar : Muzul

Rahim Sterling

Sekiranya diukur pada kadar jaringan sekarang 0.4 gol per perlawanan, pada tahun 2030 Sterling bakal memotong jaringan Shearer di usia 36 tahun. Sterling perlu bermain 583 perlawanan untuk menuju kesitu.

Agak sukar untuk Sterling memecahkan rekod.

Gambar : The Independent
Gambar : The Independent

Kesimpulan

Andai difikirkan secara berakal, hanya Lukaku dan Harry Kane pemain muda di Liga Perdana yang berpotensi dan mampu memecahkan rekod Alan Shearer setakat ini. Setiap musim setiap pasukan akan bermain 38 perlawanan.

Mengikut perkiraan dan faktor yang menjadi penanda aras dengan syarat Lukaku dan Kane terus bermain di Liga Perdana serta terus mengekalkan atau meningkatkan kadar jaringan serta tidak meninggal dunia.

Hazard, Sterling, Costa dan Aguero jika dilihat pada faktor usia bakal melepasi tahap kemuncak prestasi dalam tempoh 3-4 tahun lagi atau mungkin lebih awal dan dimasukkan kedalam senarai ini untuk menambah minat membaca korang.

Segalanya mungkin dan ini hanya satu perkiraan yang mungkin tidak berapa tepat kerana dibuat dalam situasi mengantuk.

Baca Juga

Baca Juga