Senarai Pemain Yang Bakal Sertai Newcastle

Berita pertukaran hak milik pasukan Newcastle dari Mike Ashley kepada konsortium dari Arab Saudi semakin pasti untuk berlaku.

Sejak berita itu tersebar, Newcastle telah dikaitkan dengan ramai pemain berprofil tinggi yang bakal sertai mereka dalam jendela perpindahan musim panas ini.

Sekiranya Newcastle dapat menandatangani pemain-pemain yang mereka buru itu, sudah pasti mereka akan menjadi salah sebuah pasukan terhebat di premier league musim hadapan.

The Magpies kini dalam fasa akhir untuk diserahkan kepada pemilik baru mereka, sebuah syarikat Konsortium dari Arab Saudi.

Newcastle akan menjadi salah sebuah pasukan terkaya dunia selepas pengambilalihan ini berakhir, bahkan mereka bakal menjadi lebih kaya dari pasukan seperti Manchester City dan PSG.

Dengan situasi ekonomi semua kelab bola sepak kini terkesan dengan penularan wabak Covid-19, banyak kelab yang tidak mampu untuk berbelanja ketika jendela perpindahan musim panas dibuka nanti.

Newcastle mungkin menjadi satu dari lima kelab di premier league yang mampu untuk berbelanja besar pada musim panas nanti.

Ada pemain yang menunjukkan minat untuk sertai Newcastle dan ada juga pemain yang sudah dirisik oleh mereka untuk pembelian pada musim panas nanti.

BBC Sport telah menyenaraikan kesemua pemain handalan yang hangat dikaitkan dengan Newcastle.

Newcastle mempunyai peluang yang agak tinggi untuk menandatangani ketujuh-tujuh pemain itu untuk memperkuatkan jentera pasukan mereka musim hadapan.

Namun urusan untuk mereka mengikat terus Danny Rose’s agak sukar untuk dilakukan namun barisan yang mungkin menjadi kesebelasan Newcastle musim hadapan sudah cukup hebat untuk memberi saingan kepada pasukan lain musim hadapan.

Selain barisan pemain yang handal, Newcastle juga kini dalam usaha untuk menggantikan Steve Bruce dengan Max Allegri dan Mauricio Pochettino.

Bekas pengurus Sunderland itu sudah memberikan yang terbaik untuk Newcastle musim ini dengan barisan pemain yang dikategorikan sederhana.

Namun bakal pemilik baru The Magpies tetap mahu mendapatkan pengurus baru untuk menggantikannya musim hadapan.

Laporan terbaru turut menyatakan bahawa Newcastle kini sedang dalam perundingan untuk membawa masuk Kalidou Koulibaly untuk memperkuat barisan pertahanan mereka.

Pertahanan Napoli itu merupakan antara pertahanan terbaik dunia kini dan beliau sebelum ini sering dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United.

Newcastle bakal menjadi pasukan digeruni sekiranya berjaya menandatangani pemain kebangsaan Senegal itu musim hadapan.

Bahagian midfield merupakan posisi yang penting dimana Newcastle tidak mempunyai bintang dipasukan mereka yang bermain di posisi itu.

Mereka mungkin akan merombak bahagian tengah sepenuhnya dengan menandatangani empat pemain baru musim panas nanti.

Arturo Vidal sepertinya pilihan terbaik untuk Newcastle dengan kehebatan yang beliau miliki dan harganya yang murah, memandangkan pemain berusia 32 tahun itu cuma ada baki satu tahun sahaja kontrak bersama Barcelona.

Barcelona setakat ini mahu melepaskan Philippe Coutinho dan tidak berniat untuk menjual Vidal, namun beliau sendiri yang meminta untuk dilepaskan dan mahu menyertai era baru Newcastle.

Nabil Fekir sebelum ini kerap dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool, namun pada musim panas yang lalu, beliau telah menandatangani perjanjian bersama Real Betis.

Pemain berusia 26 tahun itu telah menjaringkan tujuh gol dan tiga assist sepanjang musim ini. Real Betis juga musim ini agak suram dengan menduduki tangga ke-12 dalam liga.

Pemain midfield Ajax, Donny Van Der Beek adalah antara pemain yang sering dikaitkan dengan pasukan-pasukan gergasi Eropah termasuk Real Madrid.

Untuk jentera serangan, Edinson Cavani nampaknya sudah bersedia untuk meninggalkan PSG dan sertai Newcastle memandangkan kontraknya sudah hampir tamat.

Penyerang kebangsaan Uruguay itu juga dilaporkan sedang dipancing oleh Atletico Madrid yang berminat untuk mendapatkannya sejak beberapa musim sebelum ini.

Apa yang aneh dengan pemain buruan dari Newcast ini adalah mereka turut cuba untuk mendapatkan bekas penyerang Sunderland, Fabio Borini.

Pemain berusia 29 tahun itu tidak berada di tahap yang sama dengan barisan pemain lain yang diburu Newcastle.

Beliau musim ini hanya menjaringkan dua gol sahaja dalam saingan Serie A. Mungkin the Magpies boleh berfikir-fikir untuk menggantikan beliau dengan pemain lebih sesuai.

BACA:  Eddie Howe Cuba belajar Dari Pep Guardiola Tetapi Dia Masih Belum Mampu Menewaskannya