Senarai Pemain Yang Dibeli Semula Oleh Kelab Selepas Dijual

Paul Pogba pulang ke Old Trafford, setelah empat tahun meninggalkan kota Manchester dan berhijrah ke Juventus.

Di kota Turin, Pogba bersama Antonio Conte berjaya memenangi Scudetto pada setiap tahun dan prestasinya yang memuncak menjadikannya antara pemain tengah box-to-box terbaik dunia.

Walaupun prestasinya dalam perlawanan besar diragui, Pogba dilihat sangat cemerlang dalam perlawanan menentang kelab kecil dan ini boleh memberikan bonus kepada Manchester United untuk mengutip mata maksimum.

Kepulangan Pogba, memecahkan rekod dunia – GBP 89juta menerima pelbagai reaksi di kalangan peminat.

Ada yang menyokong dan tidak kurang juga yang mengeji. Kalau dilihat semula dalam rekod perpindahan akhir-akhir ini,

Pogba bukanlah pemain pertama yang dibeli semula setelah dijual kelab asalnya.

Berikut adalah beberapa perpindahan berprofil tinggi pemain yang dibeli semula oleh kelab asalnya.

Cesc Fabregas

Fabregas berhijrah ke Arsenal dari Barcelona ketika berusia 16 tahun, dan tujuan utama Wenger ketika itu ialah untuk menggantikan Patrick Vieira.

Fabregas sangat cemerlang bersama The Gunners sehinggakan dilantik sebagai kapten pasukan pada usia 21 tahun.

Walaubagaimanapun, selepas 8 tahun meninggalkan bumi Catalan, Fabregas kembali di bawah rejim Pep Guardiola dan memenagi pelbagai kejuaraan.

Gambar : ExpressUK
Gambar : ExpressUK

Perpindahan  :

Barcelona ke Arsenal – Percuma

Arsenal ke Barcelona – GBP 35 juta

Nemanja Matic

Perpindahan Matic ke Benfica ternyata merupakan langkah yang tepat di mana dia berjaya mendapatkan masa permainan yang banyak.

Selama tiga tahun di kota negara Portugal, Matic beraksi cemerlang dan menarik minat Jose Mourinho yang baru sahaja kembali ke Stamford Bridge ketika itu.

Lantas Matic terus dibeli pada harga GBP 25juta dan Matic berjaya merangkul kejuaraan liga pada musim pertama selepas kembali hasil gandingan mantap di tengah padang bersama Cesc Fabregas.

Gambar : Skysports
Gambar : Skysports

Perpindahan  :

Chelsea ke Benfica – Sebahagian dari GBP25juta yuran perpindahan untuk mendapatkan David Luiz

Benfica ke Chelsea – GBP25juta

Nicolas Anelka

Nicolas Anelka dibeli Arsene Wenger ketika berusia 17 tahun dan beraksi cemerlang bersama The Gunners membantu memenangi kejuaraan liga.

Dua musim kemudian, dia disambar Real Madrid sebelum dibeli semula PSG selepas semusim di kota Castille. Keuntungan buat Arsenal.

Gambar : DailyMail
Gambar : DailyMail

Perpindahan :

Paris Saint Germain ke Arsenal – GBp500,000

Real Madrid ke Paris Saint Germain – GBP 22juta

Dani Carvajal

Carvajal telah bersama Real Madrid semenjak berusia 10 tahun dan mempamerkan peningkatan sehingga dimasukkan ke pasukan Real Madrid B, Castilla.

Bagi pemain muda di kelab besar, agak sukar bagi mereka untuk mendapatkan tempat dan disebabkan itulah Carvajal dijual ke Bayern Munich dengan harga 5juta Eur.

Tetapi Real Madrid telah memasukkan klausa ‘beli-balik’ dalam perjanjian.

Klausa ini selalunya digunakan sekiranya pemain muda tersebut mempunyai potensi untuk berkembang. Selepas setahun di Jerman, Carvajal dipanggil semula ke Kota Madrid.

carvajal
Gambar : Mirror Football

Perpindahan :

Real Madrid ke Bayer Leverkusen – Euro 5juta

Bayer Leverkusen ke Real Madrid – Euro 6.5juta

Gerard Pique

Berpindah ke Manchester pada usia 17 tahun, Pique dilihat mempunyai potensi besar untuk menjadi seorang lagenda buat kelab England tersebut.

Namun, tahun demi tahun, peluang untuk Pique mendapatkan tempat dalam skuad utama The Red Devils tipis dek kecemerlangan gandingan Ferdinand-Vidic.

Guardiola akhirnya mendesak Barcelona membeli semula Pique dan dia telah memenangi semua piala dalam kejohanan yang disertai.

Antaranya – La Liga, Copa Del Rey, Europe Supercopa, Club World Cup, Euro dan Piala Dunia.

Gambar : ExpressUK
Gambar : ExpressUK

Perpindahan :

Barcelona ke Manchester United – percuma

Manchester United ke Barcelona – GBP 5juta

Alvaro Morata

Morata sememangnya seorang pemain bahagian serangan yang lincah, namun tidak mendapat tempat di Real Madrid.

Untuk pembangunan pemain ini, Real Madrid menjualnya kepada Juventus dan akibatnya, Morata menjaringkan gol ketika menentang Real Madrid ketika pertemuan separuh akhir Champions League.

Selepas dua musim  cemerlang di Turin, Morata kembali semula ke Real Madrid.

Gambar : Independent
Gambar : Independent

Perpindahan :

Real Madrid ke Juventus – Euro 20juta

Juventus ke Real Madrid – Euro30 juta

Baca Juga

Baca Juga