Senarai Pemain Yang Dikatakan Bakal Menjadi “The Next Messi”, Dimana Mereka Sekarang?

Selepas lebih sedekad Messi menjadi sensasi bolasepak dunia. Aksi memukau Messi menjadi igauan ramai, maka banyaklah bakat-bakat baru yang mula dikatakan bakal menjadi “The Next Messi”.

Kebanyakkan negara mempunyai “The Next Messi” mereka sendiri antaranya Take Kubo, “the (first) Japanese Messi”, Sardar Azmoun “the Iranian Messi”, Christian Atsu “the African Messi”, Zak Gilsenan “the Australian/Irish Messi”, Safee Sali “The Malaysian Messi”, Fakri Saarani “The Powerful Messi” dan banyak lagi.

Malah Karamoko Dembele ketika berusia 13 tahun juga dibanding dengan Messi kerana gaya permainannya. Kini Karmoko Dembele sudah berusia 17 tahun.

Dibawah merupakan antara “The Next Messi” yang sedang cuba menjadi power.

Baca : Perkara Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Pemain Celtic Yang Berusia 14 Tahun Karamoko Dembele.

Juan Iturbe – The Paraguayan Messi

Lahir di Buenos Aires. Dilabel Paraguayan Messi kerana memulakan karier bersama Cerro Porteño kelab dari Paraguay tetapi memilih untuk beraksi untuk negara kelahirannya Argentina.

Merupakan salah seorang pemain yang jarang dikasari kerana kepantasan beliau.

Pada umur 18 Iturbe berpindah ke Eropah dengan menyertai Porto, bagaimanapun beliau di pinjamkan ke Hellas Verona dan aksinya menarik perhatian ramai dan Ituber diikat Roma pada tanda harga €31 juta tetapi beraksi hambar.

juan-iturbe-the-paraguayan-messi

Untuk memulihkan Iturbe, Roma telah meminjamkan pemain yang bakal menjadi Messi ini ke Bournemouth dan hanya membuat satu penampilan sahaja.

Kemudian Iturbe dipinjamkan ke Torino dan Tijuana. Pada 2018, Iturbe dilepaskan ke Tijuana secara tetap namun tidak lama.

Iturbe telah menjadi barang tukaran dalam perjanjian suka sama suka dan menjadi milik Pumas UNAM.

Kini Iturbe meneruskan karier bersama C.F. Pachuca.

Umur : 26 Tahun
Kelab Semasa : C.F. Pachuca

Mohamed Salah – The Egyptian Messi

Salah menjadi sebutan apabila membantu Basel menewaskan Chelsea dua kali di peringkat kumpulan Liga Juara Eropah. Perkara ini menarik minat Chelsea dan terus mendapatkan Salah pada harga £11m pada musim perpindahan Januari.

Salah mempamerkan aksi yang memberangsangkan tetapi menghadapi masalah untuk mendapatkan tempat di kesebelasan utama. Beliau dipinjamkan ke Fiorentina dan kembali berbisa.

Oleh kerana Willian dan Hazard menjadi pilihan, Salah dibenarkan untuk berpindah ke Roma.

mohamed-salah-the-egyptian-messi

Dua musim di Roma, Mo Salah disambar oleh kelab prasejarah Premier League, Liverpool power This Is Our Year!

Walaupun tidak segah Messi yang menjadi sanjungan ramai dan menjadi antara pemain terbaik sepanjang zaman. Salah merintis karier gemilang bersama Liverpool.

Beberapa trofi dan kejayaan yang pernah diraih Messi telah pun dikecap oleh Salah dan menjadi mesin gol Liverpoo dengan purata 20 gol semusim. Paling sikit.

Salah telah memenangi anugerah Puskas, tercalon untuk Ballon d’Or dan anugerah pemain terbaik FIFA saban tahun membuktikan kehebatan Salah yang tak salah.

Menjulang trofi Champions League dalam percubaan kedua, UEFA Super Cup dan FIFA Club World Cup. Kini Premier League menanti detik.

Umur : 27 Tahun
Kelab Semasa : Liverpool

Lorenzo Insigne – The Italian Messi

Mempunyai fizikal yang hampir cocok dengan Messi dari segi ketinggian, boleh mengelecek dengan baik dan pantas. Titik pusat graviti yang rendah memberi ingauan ngeri kepada pemain pertahanan.

Bekas rakan sepasukan beliau Goran Pandev memberi gelaran Italian Messi kepada Insigne.

Meningkat naik bersama skuad remaja Napoli sebelum membuat kemunculan bersama Skuad Utama Napoli pada musim 2012/13 ddengan menjaringkan 5 gol dan 7 bantuan gol.

lorenzo-insigne-the-italian-messi

Persembahan yang padu dari pemain muda berusia 21 tahun pada ketika itu.

Sehingga kini masih lagi setia bersama Napoli.

Umur : 28 Tahun
Kelab Semasa : Napoli

Maxi Romero – The New Messi

Berdasarkan kepada aksinya bersama skuad remaja, Maxi Romero sudah layak digelar “The New Messi” dan mula dipromosi ke pasukan utama Velez Sarsfield.

Arsenal dilaporkan sudah menandatangi pemain ini pada 2015 tetapi hanya boleh di bawa ke Utara London apabila beliau berumur 18 tahun.

Usaha Arsenal untuk mendapatkan pemain ini menghadapi masalah yang selalu terjadi di Amerika Selatan iaitu hak pemilikan pemain.

Pada tahun 2018, PSV telah mengikat The New Messi ini dan hanya sempat membuat dua penampilan sebelum dihantar beraksi bersama Jong PSV yang merupakan pasukan simpanan.

maxi-romero-the-new-messi

Sejak 2019, Maxi Romero telah dipinjamkan kembali ke kelab lamanya, Velez Sarsfield.

Kini berusia 21 tahun, berita Maxi Romero ke Arsenal tidak menjadi kenyataan.

Hanya masa akan menjadi penentu nasib dan apa yang akan terjadi dengan pemain muda ini.

Umur : 21 Tahun
Kelab Semasa : Velez Sarsfield

Baca: Apa Itu ‘Third Party Ownership’ dalam Perpindahan Pemain?

Alan Dzagoev – The Russian Messi

Pemain yang mempunyai ketinggian 3 inci lebih dari Messi ini setia bersama CSKA Moscow sejak 2008 ketika masih berumur 17 tahun.

Pada musim 2008, musim pertamanya yang selalu diingati apabila dinobatkan Pemain Muda Terbaik dengan 13 gol dan 10 bantuan gol.

Pada EURO 2012 Alan Dzagoev menjaringkan 3 gol untuk Russia di peringkat kumpulan walaupun Rusia tidak layak ke pusingan kalah mati.

LaPresse08-06-2012 Wroclaw, PoloniasportcalcioEuro 2012 - Russia vs Repubblica CecaNella foto: esultanza di Alan Dzagoyev

Walaupun banyak tawaran dari kelab Eropah beliau setia bersama CSKA Moscow.

Real Madrid pernah membuat tawaran tetapi beliau menolak kerana beliau hanya akan berhijrah jika Chelsea membuat tawaran.

Pemain ini mempunyai penyudah dan hantaran yang baik tetapi sayang beliau tidak mahu keluar dari Russia untuk meningkatkan mutu permainan dan mecari pengalaman baru.

Kini masih setia bersama CSKA Moscow dan menjadi tonggak pasukan Russia.

Umur : 29 Tahun
Kelab Semasa : CSKA Moscow

Faiz Nasir Dulu Messi Kelantan, Terenganu dan Selangor Kini Messi Terengganu

Faiz Nasir merupakan pemain Skuad Piala Presiden Kelantan pada musim 2013. Dengan ketinggian 1.52 dan kelincahannya memperdaya serta menggelecek lawan Faiz Nasir telah digelar Messi Kelantan oleh peminat The Red Warriors.

Kemudian Faiz Nasir meneruskan karier seniornya bersama PBAPP pada tahun 2014 dan 2015 sebelum menyertai FELCRA.

Ketika bersama PBAPP dan FELCRA tidak pula kedengaran gelaran Messi PBAPP atau Messi FELCRA.

Selepas itu Faiz Nasir beraksi bersama pasukan Terengganu di bawah bimbingan Irfan Bakti dan berjaya membantu Skuad Penyu kembali ke Liga Super musim 2018.

Sejajar dengan pasukan barunya, Faiz Nasir akan bertukar gelaran dan dikenali sebagai Messi Terengganu.

Kelicikan dan aksi genit Faiz Nasir telah menarik minat Selangor pada musim 2019 dan bertukar lagi menjadi Messi Selangor.

Satu kerugian buat Kelantan kerana tidak menjaga ubi dengan baik.

Umur : 27 Tahun
Kelab Semasa : Terengganu

Baca Juga

Baca Juga