Dalam kontrak bola sepak, terma release clause atau klausa perlepasan merupakan terma yang lazim lagi-lagi dengan situasi bola sepak moden ketika ini.
Ia merupakan satu nilai yang diletakkan oleh sesebuah kelab dalam kontrak pemain mereka.
Tetapi apa itu klausa perpindahan?
Ia merupakan satu terma yang di mana sesebuah kelab akan menerima tawaran dari kelab lain.
Lazimnya, klausa perpindahan ini disertakan dengan nilai tertentu untuk bagi membolehkan kelab luar mengaktifkannya.
Ia juga akan aktif jika pemain tersebut boleh dilepaskan sekiranya kelab tersingkir ke liga bawahan atau gagal mara ke kejohanan benua.
João Félix ➡️ Atletico Madrid for 126M€
✅most expensive Benfica player ever
✅2nd most expensive teenager ever
✅most expensive Atletico Madrid transfer ever
✅most expensive player from Liga NOS ever
✅highest release clause in Atletico's history
Record-breaker. 🔴⚪️ pic.twitter.com/1I17G4ESTq
— FootballTalentScout – Jacek Kulig (@FTalentScout) July 3, 2019
Penyerang Real Madrid, Karim Benzema mempunyai klausa perlepasan tertinggi dalam bola sepak dunia hari ini, dengan Klausa perlepasan untuk pemain Perancis itu mencecah € 1 bilion (£ 846.7 juta).
Benzema telah menjaringkan 240 gol untuk Los Blancos sejak tiba dari Lyon pada tahun 2009 dan klausa pelepasannya yang sangat tinggi merupakan tanda yang jelas betapa pentingnya pemain No.9 itu untuk Real.
Klausa Antoine Griezmann berada dalam senarai tetinggi ditempat kedua selepas perpindahan musim panasnya dari Atletico Madrid musim panas lalu.
Ditandatangani dengan yuran perpindahan £ 107 juta, Barca memasukkan klausa pelepasan £ 677.2 juta ke dalam kontraknya.
Only one Barcelona player has a higher release clause than Lionel Messi.https://t.co/wm0ev6M7y4
— Squawka Football (@Squawka) July 14, 2019
Luka Modric dan Brahim Diaz menghampiri penghujung karier mereka berdua dengan Real Madrid tetapi kedua-duanya mempunyai klausa pelepasan £ 634.9 juta.
Sudah tentu tidak ada seorang pun yang akan membayar jumlah klausa pelepasan yang diletakkan itu baik pasukan dari Sepanyol mahupon negara kaya sekalipun.
Happy birth day "KAREM BENZEMA" .. I hope you nice (25) years. We all love you. °*°get well soon°*°. pic.twitter.com/3vPJJofG
— « Hmoody Magdy » (@HmoodyM7) December 19, 2012
Lionel Messi masuk ke senarai besar pemain yang mempunyai klausa pelepasan tertinggi di dunia dan beliau disenaraikan di tempat kelima. Barca meletakkan klausa pelepasan £ 592.5 juta di dalam kontraknya.
Walau bagaimanapun, dia lebih cenderung untuk meninggalkan pasukan Barcelona secara percuma.
Hal ini kerana pemenang enam kali Ballon d’Or itu mempunyai klausa khas dalam kontrak Barca yang membolehkannya menamatkan perjanjiannya pada akhir setiap musim.
The biggest release clauses in world football:
1-Benzema -€1 Billion 🤯
2-Griezmann -€800 M
3-Modric and B. Diaz -€750 M
4-Messi, Vinicius J., Isco and Asensio -€700 M
5-G. Pique, S. Roberto, Busquets, Bale, Kroos and Dani Ceballos- €500M
1/2
— GoalsTV⚽️ (@goalstv3) January 25, 2020
Perjanjian yang sama dimiliki oleh Andres Iniesta dan Carles Puyol ketika mereka berdua bersama di Nou Camp dahulu.
Trio Real Madrid, Isco, Marco Asensio dan Vinicius Jr semua berkongsi klausa pelepasan yang sama seperti Messi.
Sementara itu Gareth Bale dan Gerard Pique menyempurnakan senarai 10 pemain yang mempunyai klausa perlepasan tertinggi di dunia ketika ini.
Mereka berdua masuk ke senarai dengan kedudukan ke sembilan dan ke sepuluh dengan memiliki nilai klausa perlepasan yang sama £ 423 juta.
Berikut adalah senarai penuh, yang dikeluarkan oleh Daily Mail:
1. Karim Benzema (£ 846.7 juta)
2. Antoine Griezmann (£ 677.2 juta)
3. Luka Modric (£ 634.9 juta)
4. Brahim Diaz (£ 634.9 juta)
5. Lionel Messi (£ 592.5 juta)
6. Isco (£ 592.5 juta)
7. Vinicius Jr (£ 592.5 juta)
8. Marco Asensio (£ 592.5 juta)
9. Gareth Bale (£ 423 juta)
10. Gerard Pique (£ 423 juta)
Jika dilihat pada senarai 10 pemain yang mempunyai nilai klausa perlepasan tertinggi di dunia ini kita boleh lihat ia di dominasi oleh pemain dari pasukan yang bermain di La Liga.
Real Madrid paling gemar meletakkan Klausa perlepasan yang tidak masuk akal seperti ini.
Mungkin untuk menjaga pemain mereka agar tidak dibeli pasukan lain atau mereka ada tujuan mereka sendiri.
BREAKING: Real Madrid have officially listed Gareth Bale for sale. Florentino Perez no longer wants the Welshman to be part of the squad. Madrid want £92million for their star. 🏴 pic.twitter.com/dH7cNLtwZo
— 360Sources (@360Sources) February 20, 2019
Hal ini yang sebenarnya menyukarkan mereka untuk menjual pemain yang mereka tidak perlukan lagi.
Ini kerana tiada pasukan yang mampu dan mahu berunding dengan Klausa yang diletakkan.