Senarai Pemain Yang Pernah Menyarung Jersi Ikonik No.10 Brazil

Pada suatu ketika dahulu kebanyakkan pemain bola sepak yang memakai jersi bernombor 10 sudah pasti akan mengakhiri karier sebagai seorang legenda kelab atau negara kini semua itu sudah berubah.

Jika bercakap mengenai bola sepak, tidak ada negara lain yang lebih sinonim dengan pemain penyerang berbabat selain daripada Brazil.

Pasukan Brazil yang terkenal dengan aksi samba mereka merupakan pasukan bola sepak kebangsaan paling popular dan pemain yang memakai nombor 10 untuk Brazil pasti menggegar dunia.

Negara Amerika Selatan itu terus menerus menghasilkan bakat baru bola sepak yang hebat, dan turut sinonim dengan jersi ikonik No.10.

Jersi No.10 Brazil telah disarung oleh ramai pemenang Piala Dunia dan juga penerima anugerah Ballon d’Or.

Kami tidak gemar membandingkan siapakah yang terhebat di kalangan mereka. Tetapi ini adalah antara pemain terhebat yang pernah memakai jersi No.10 Brazil satu ketika dahulu.

10. Juninho Paulista

Juninho Paulista adalah produk akademi bola sepak Sao Paulo dan memilih untuk ke Middlesbrough selepas meninggalkan Brazil.

Beliau masih dijulang sebagai wira dan legenda di kelab Inggeris tersebut pada hari ini, dan amat diingati kerana menyertai kelab tersebut sebanyak tiga kali sepanjang kariernya.

Ini termasuklah selepas tempoh serba tidak menjadi bersama Atletico Madrid.

Juninho memiliki susuk tubuh yang kecil. Tetapi kelebihan utama pemain ini adalah skil dan kelicikan beliau melepasi kawalan dan hadangan pemain lawan. Aset lain yang dimilikinya adalah kemampuan menyempurnakan sepakan percuma.

Sepanjang lapan tahun menyarung jersi No.10 Brazil, beliau tidak pernah mengecewakan.

9. Rai

Tidak ramai yang mengingati nama ini pada hari ini, Rai menyarung jersi No.10 ikonik Brazil pada awal 1990 an.

Merupakan anggota skuad berbakat Sao Paulo di bawah kendalian jurulatih legenda Tele Santana, Rai menunjukkan bakatnya di Piala Intercontinental 1992, dengan membenam Barcelona kendalian seorang lagi legenda bola sepak dunia, Johan Cruyff.

Hasilnya, Rai kemudiannya dipancing oleh Paris Saint-Germain (PSG), di mana pemain ini terus menjadi wira bandar Paris pada ketika itu.

Di peringkat antarabangsa, Rai sentiasa dibayangi oleh abangnya, Socrates. Namun dengan 40 caps dan 17 gol bersama Brazil, Rai paling diingati membantu negaranya muncul Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat.

8. Jair

Sukar untuk membayangkan betapa hebatnya Brazil sebelum mereka bergelar juara dunia buat pertama kali pada 1958.

Sebelum itu, pada 1949, Brazil adalah juara Amerika Selatan. Bintang utama mereka pada era tersebut adalah Jair Rosa Pinto. Beliau menjaringkan 9 gol di kejohanan tersebut, dan muncul penjaring terbanyak kejohanan.

Pada 1950 Brazil yang merupakan tuan rumah Piala Dunia turut berjayamara ke perlawanan akhir.

Ramai bertanggapan Jair mampu menjulang Brazil di tempat sendiri, namun Uruguay menafikan Brazil bersama impian Jair di kejohanan edisi tersebut.

7. Rivellino

Pele pernah menganggap bola sepak sebagai ‘permainan yang indah’ dan tidak ada pemain yang boleh memberikan justifikasi tersebut sepertimana yang pernah dilakukan oleh bekas rakan sepasukannya, Rivellino satu ketika dahulu.

Rivellino bukan pemain yang mencipta gerakan “flip-flap”, tetapi semua orang bersetuju beliau telah menyempurnakannya sehingga gerakan tersebut amat sinonim dengan dirinya.

Rivellino adalah sebahagian daripada pemain skuad Piala Dunia 1970 Brazil. Skuad tersebut dikenang sebagai antara pasukan terhebat dalam sejarah bola sepak yang tidak pernah menjulang Piala Dunia.

6. Kaká

Kaka adalah contoh pemain tengah terbaik yang pernah mendomnasi satu-satu era, sebelum ia diambil alih oleh duo dari Argentina dan Portugal.

Corak permainan tidak pernah mengenal penat lelah menyebabkan beliau digemari ramai, sehingga dianugerahkan dengan Ballon d’Or pada 2007.

Kaka boleh dianggap sebagai pemain klasik trequartita terakhir yang pernah dilahirkan oleh Brazil sehingga kini.

5. Neymar

Jika pencapaian yang diambil kira, maka anda harus kagum dengan Neymar. Beliau telah memenangi banyak kejuaraan dalam tempoh yang singkat, dan berpotensi tampil sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk negaranya.

Selepas 101 penampilan bersama skuad senior, Neymar telah menjaringkan 61 gol. Hanya Ronaldo (62 gol) dan Pele (77 gol) berada di hadapan Neymar sekarang ini.

https://twitter.com/NeymarStuff__/status/1217504971106598913

Namun jika dibandingkan dengan dua pemain dinyatakan di atas, Neymar belum lagi pernah menyerlah dalam mana-mana kejohanan antarabangsa.

4. Rivaldo

Rivaldo berkemungkinan adalah pemakai jersi No.10 Brazil yang paling underrated di dalams senarai ini. Pada ketika Rivaldo berada di kemuncak prestasi, tidak ada lawan yang sanggup berhadapan dengannya.

Selain kemampuan luar biasa menewaskan mana-mana pertahanan terbaik dunia, kemampuan pemain ini menjaringkan gol juga harus diberikan perhatian.

Copa America 1999 mungkin adalah tempoh terbaik beliau bersama Brazil apabila Rivaldo berkongi kasut emas dengan Ronaldo – masing-masing menghasilkan lima gol di kejohanan tersebut.

Tahun tersebut turut menyaksikan Rivaldo memenangi gelaran Ballon d’Or. Gandingan Rivaldo bersama Ronaldo dan Ronaldinho bersama Brazil pada ketika itu amat digeruni ramai.

3. Ronaldinho

Nama Ronaldinho tidak perlu diperkenalkan lagi. Magis yang beliau tampilkan pada kemuncak prestasinya sepertinya tidak pernah dilihat selama ini.

Ketibaan beliau di Nou Camp pada 2003 membuka lembaran baharu buat Barcelona, dan beliau menakluk bola sepak eropah dengan jayanya selepas itu.

Memang benar ada beberapa kisah lain yang boleh dikisahkan mengenai Ronaldinho, tetapi kami memilih untuk menulis yang positif sahaha.

Tidak akan siapa akan melupakan senyuman pembunuh atau sepakan percuma nakalnya yang memerangkap David Seaman untuk menyingkirkan England di Piala Dunia 2002.

Karier yang dilalui Ronaldinho masih menjadi karier impian setiap pemain dan peminat yang pernah mengidolakannya.

2. Zico

Sebelum adanya Ronaldinho atau pun Kaka, tidak ramai pemain Brazil yang begitu digemari oleh seluruh dunia seperti Zico.

Malah sebelum Wayne Rooney, Zico terlebih dahulu mendapat gelaran “the white Pele”.

Di dalam sistem Brazil, Zico diberikan ‘free role’ membenarkan beliau berlari ke mana saja.

Tanyakan saja kepada legenda Liverpool, Grame Souness bagaimana kelab Meseyside di bawah bimbingannya pada ketika itu diperkotak-katikkan oleh Zico dan Flamengo di Piala Intercontinental 1981.

Zico juga adalah antara bintang bola sepak dunia yang tidak pernah memenangi Piala Dunia.

Namun bagi yang pernah menyaksikan kelibat pemain ini di atas apdang, sentuhan jaringan, dan kebijaksanaan beliau mencipta ruang membantu pasukannya masih boleh dibayangkan sehingga ke hari ini.

1. Pele

Edson Arantes do Nascimento atau dikenali juga sebagai Pele merupakan penjaring gol terbanyak dalam sejarah bolasepak, beliau juga lagenda yang dinobatkan sebagai pemain bolasepak terbaik sepanjang zaman.

Pele dilahirkan pada 23 Oktober 1940 di Três Corações, Minas Gerais, Brazil, anak kepada pemain Fluminense, Dondinho. Dinamakan Edson sempena nama Thomas Edison dan panggilan manja keluarganya Dico.

Edson Arantes do Nascimento mendapat gelaran Pele semasa di bangku sekolah apabila beliau tersalah semasa menyebut nama penjaga gol Vasco da Gama yang merupakan pemain kesayangannya, Bile.

Dalam autobiographinya Pele menyatakan bahawa beliau dan rakan-rakan tidak makna di sebalik nama Pele.

Pele memulakan karier remaja beliau bersama kelab Bauru Athletic Club dari tahun 1953–1956, kemudian memulakan karier senior bersama Santos dari tahun 1956 hingga 1974 sebelum berpindah ke New York Cosmos pada tahun 1975 sebelum bersara pada 1977.

Hanya ada satu Pele, dan beliau mungkin adalah yang terhebat pernah disaksikan. Impak kehadiran Pele bersama di Piala Dunia 1958 masih lagi dianggap sebagai perkara yang menakjubkan.

Pele mulai mewarnai saingan pentas antarabangsa sebagai remaja berusia 17 tahun di Piala Dunia 1958. Beliau dinobatkan sebagai Pemain Muda Terbaik dan merupakan penjaring kedua terbanyak kejohanan dengan enam gol dari  empat perlawanan.

Bagaianapun kemunculan Pele di dua edisi Piala Dunia seterusnya dibayangi dengan kecederaan. Pele hanya tampil dalam satu perlawanan di Piala Dunia 1962 ketika Brazil bergelar juara.

Pada 1966 pula Pele dan Brazil gagal melepasi saingan peringkat kumpulan.

Pada usia 29 tahun, Pele kembali menebus kehampaan bersama Brazil untuk muncul juara Piala Dunia 1970. Beliau turut menyumbang beberapa bantuan gol untuk rakan sepasukannya.

Sumber: Grandstand KITA

BACA:  Lima Calon Pengurus Yang Bakal Mengurus Newcastle United