Senarai Pembuat Kesalahan Paling Kerap Untuk Setiap Pasukan Premier League

Satu kajian telah dijalankan untuk mencari dan mengenalpasti pemain manakah paling kerap melakukan kesalahan untuk setiap pasukan yang beraksi dalam saingan Premier League musim ini.

Dapatan daripada kajian ini telah berjaya mengeluarkan data statistik melibatkan pemain yang telah pun beraksi sekurang-kurangnya selama 90 minit musim ini.

Kriteria atau ciri-ciri kesalahan yang menjadi kayu pengukur kepada kajian ini berbeza bagi setiap pemain dan diukur berdasarkan posisi pemain tersebut.

Oleh yang demikian kriteria ini telah dipecahkan kepada 4 posisi iaitu penjaga gol, pertahanan, tengah dan penyerang yang melibatkan aspek disiplin dan kemahiran bermain bola sepak.

Penjaga gol – Bolos, kesilapan yang memberikan gol kepada lawan, kad kuning, kekasaran, gol sendiri, hilang bola, memberikan penalti kepada lawan

Pertahanan – bentesan gagal / kotor, gagal dalam duel, gagal dalam duel udara, hantaran lintang tak tepat, kesalahan yang memberikan gol kepada lawan, kad merah, kekasaran, gol sendiri, hilang bola, memberikan penalti kepada lawan

Tengah – Percubaan tak tepat, gagal dalam duel udara, hantaran lintang tak tepat, kesalahan yang memberikan gol kepada lawan, kad merah, kekasaran, gol sendiri, hilang bola, memberikan penalti kepada lawan

Penyerang – Percubaan tak tepat, mempersiakan peluang keemasan, kad merah, kekasaran, gol sendiri, hilang bola, memberikan penalti kepada lawan.

Senarai Mereka Yang Bersalah

Setelah selesai kajian dan pengiraan dilakukan mengikut kriteria yang ditetap mengikut kaedah kajian maka inilah senarai mereka yang bersalah bagi setiap pasukan Premier League musim ini.

Dalam senarai 20 pasukan Premier League ini, pemain tengah paling kerap melakukan kesalahang dengan 15 orang pemain, pemain pertahanan 4 orang dan hanya seorang penyerang yang berada dalam senarai ini.

Arsenal

Bukayo Saka – Pemain Tengah (114 kesalahan) – Satu kesalahan setiap 6 minit 21 saat

Vila Aston

TrΓ©zΓ©guet – Pemain Tengah (187 kesilapan) – Satu kesalahan setiap 3 minit 33 saat

Brighton

Solly March – Pemain Tengah (166 kesilapan) – Satu kesalahan setiap 5 minit 5 saat

Burnley

Matej Vydra – Penyerang (43 kesalahan) – Satu kesalahan setiap 3 minit 13 saat

Chelsea

Hakim Ziyech – Pemain Tengah (67 kesalahan) – Satu kesalahan setiap 5 minit 49 saat

Crystal Palace

Jeffrey Schlupp – Pemain Pertahanan (128 kesalahan) – Satu kesalahan setiap 4 minit 37 saat

Everton

Andre Gomes – Pemain Tengah (80 kesilapan) – Satu kesalahan setiap 5 minit 38 saat

Fulham

Neeskens Kebano – Pemain Tengah (30 kesalahan) – Satu kesalahan setiap 3 minit 52 saat

Leeds United

Jack Harrison – Pemain Tengah (181 kesilapan) – Satu kesalahan setiap 4 minit 41 saat

Leicester

Luke Thomas – Pemain Pertahanan (40 kesalahan) – Satu kesalahan setiap 4 minit 30 saat

Liverpool

James Milner – Pemain Tengah (50 kesalahan) – Satu kesalahan setiap 5 minit 10 saat

Manchester City

Kevin De Bruyne – Pemain Tengah (136 kesilapan) – Satu kesalahan setiap 5 minit 27 saat

Manchester United

Paul Pogba – Pemain Tengah (114 kesalahan) – Satu kesalahan setiap 4 minit 4 saat

Newcastle

Matt Ritchie – Pemain Tengah (19 kesilapan) – Satu kesalahan setiap 4 minit 51 saat

Sheffield United

Max Lowe – Pemain Pertahanan (94 kesalahan) – Satu kesalahan setiap 4 minit 25 saat

Southampton

Moussa Djenepo – Pemain Tengah (101 kesilapan) – Satu kesalahan setiap 5 minit

Tottenham Hotspur

Giovani Lo Celso – Pemain Tengah (79 kesilapan) – Satu kesalahan setiap 3 minit 53 saat

West Bromwich Albion

Matt Phillips – Pemain Tengah (45 kesilapan) – Satu kesalahan setiap 3 minit 52 saat

West Ham United

Tomas Soucek – Pemain Tengah (206 kesilapan) – Satu kesalahan setiap 4 minit 48 saat

Wolverhampton Wanderers

Rayan Ait-Nouri – Pemain Pertahanan (41 kesalahan) – Satu kesalahan setiap 6 minit 42 saat

Pemain tengah paling ramai melakukan kesilapan mungkin suatu perkara tidak pelik kerana mereka merupakan nadi pasukan dalam merencana gerakan untuk serangan dan juga terlibat dalam melindungi bahagian pertahanan.

Daripada jumlah kesilapan terbanyak pemain tengah West Ham United Tomas Soucek merupakan juara dengan 206 kesalahan namun dari segi nisbah kesalahan kepada masa permainan Matej Vydra adalah juara.

Penyerang Burnley, Matej Vydra satu-satunya pemain penyerang yang berada dalam senarai ini dengan kekarapan melakukan satu kesalahan dalam tempoh setiap 3 minit 13 saat.

Kevin De Bruyne dan Hakim Ziyech pemain kreatif untuk pasukan masing-masing adalah mereka yang paling banyak melakukan kesilapan, semakin banyak mencuba semakin tinggi kemungkinan membuat silap.

Rumusannya setiap manusia tidak mampu mengelak daripada melakukan kesilapan terutamanya dalam urusan seharian, jika tidak mahu buat silap maka sila jangan lakukan apa-apa.

BACA:Β  Kesebelasan Utama Terbaik Yang Pernah Dilatih Carlo Ancelotti