Senarai Pemenang Anugerah FIFA BEST 2019

Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi sekali lagi tersenarai untuk anugerah The Best FIFA Men’s Player disamping pendatang baharu, Virgil van Dijk yang dijangka akan memenangi anugerah tersebut selepas menjadi pemain terbaik Eropah.

Namun itu semua tidak berlaku dan menyentap kemarahan penyokong Liverpool lalu menyerang penyokong Manchester United atas kekecewaan mereka yang berpendapat Virgil van Dijk pemain terbaik dunia.

Van Dijk djangka akan menambahkan lagi kemarau Ronaldo-Messi daripada bergelar yang terbaik buat tahun kedua berturut-turut namun itu tidak terjadi.

Selepas selesai sesi pencalonan dan pemilihan maka senarai akhir untuk anugerah The Best FIFA Football telah diumumkan dan tumpuan sudah pasti terarah kepada anugerah The Best FIFA Men’s Player dan para pemenang kini sudah diketahui.

Tahun lalu, Luka Modric telah memecahkan penguasaan dan duopoly Ronaldo-Messi selepas 10 tahun apabila dinobatkan sebagai pemain terbaik FIFA selepas cemerlang membawa Croatia ke final Piala Dunia 2018.

Sebanyak 8 anugerah utama dipertandingkan bagi kategori lelaki dan wanita. Kategori wanita dilihat sangat sengit selepas berakhirnya Piala Dunia Wanita 2019 beberapa bulan lalu.

Para calon akhir ini akan diundi oleh Ketua pasukan kebangsaan jurulatih, peminat dan media mengikut anugerah yang dipertandingkan dan majlis anugerah The Best FIFA Football Awards telah diadakan di Teatro all Scala di Milan, Italy pada 23 September 2019.

Berikut merupakan senarai penuh calon akhir dan pemenang bagi Anugerah FIFA Best 2019.

The Best FIFA Men’s Player

Lionel Messi dipilih sebagai pemenanga menyentap ego peminat Cristiano Ronaldo dan membuatkan penyokong Liverpool yang merasakan mereka hebat meroyan tak tentu hala.

Cristiano Ronaldo (POR) – Juventus
Lionel Messi (ARG) – FC Barcelona
Virgil van Dijk (NED) – Liverpool
Hazwan Bakri (MAS) – JDT

The Best FIFA Women’s Player

Megan Rapinoe muka baru sebagai pemenang The Best FIFA Women bagi tahun ini.

Lucy Bronze (ENG) – Olympique Lyonnais
Alex Morgan (USA) – Orlando Pride
Megan Rapinoe (USA) – Reign FC
Hazwan Bakri (MAS) – JDT

The Best FIFA Men’s Coach

Jurgen Klopp sememangnya layak menjadi pemenang apabila membawa Liverpool menjuarai Champions League dan menjadi naib juara Premier League dengan perbezaan mata yang tipis.

Pep Guardiola (ESP) – Manchester City
Jurgen Klopp (GER) – Liverpool
Mauricio Pochettino (ARG) – Tottenham Hotspur
Hazwan Bakri (MAS) – JDT

The Best FIFA Women’s Coach

Jilis Ellis membawa USA menjulang Piala Dunia wanita telah dipilih sebagai jurulatih terbaik bagi kategori wanita.

Jill Ellis (USA) – USA national team
Phil Neville (ENG) – England national team
Sarina Wiegman (NED) – Netherlands national team
Hazwan Bakri (MAS) – JDT

FIFA Fan Award

Silvia Grecco (BRA)
Netherlands Fans at the Women’s World Cup (NED)
Justo Sánchez (URU)

The Best FIFA Men’s Goalkeeper

Tiada pertikaian lagi Alisson Becker yang bertangan emas ini memenangi anugerah penjaga gol terbaik apabila dipilih sebagai penjaga terbaik di Premier League, Champions League dan Copa America.

Alisson (BRA) – Liverpool
Ederson (BRA) – Manchester City
Marc-André ter Stegen (GER) – FC Barcelona
Hazwan Bakri (MAS) – JDT

The Best FIFA Women’s Goalkeeper

Penjaga gol wanita Belanda yang beraksi bersama Atletico Madrid ini telah dipilih sebagai penjaga gol terbaik wanita.

Christiane Endler (CHI) – Paris Saint-Germain
Hedvig Lindahl (SWE) – Chelsea / Wolfsburg
Sari van Veenendaal (NED) – Arsenal / Atletico Madrid
Hazwan Bakri (MAS) – JDT

FIFA Puskás Award

Herold Goulon sepatutnya menjadi pemenang namun sayang tidak tersenarai dalam senarai 10 terakhir pun./

Lionel Messi (ARG) – Real Betis v FC Barcelona [La Liga] (17 March 2019)
Juan Fernando Quintero (COL) – River Plate v Racing Club [Argentinian Superliga] (10 February 2019)
Dániel Zsóri (HUN) – Debrecen FC v Ferencváros TC [Nemzeti Bajnoskag I] (16 February 2019)

Baca Juga

Baca Juga