Senarai Pemenang Anugerah Utama Sekiranya Liga Bola Sepak 2020 Dibatalkan

Sejak semua liga bola sepak ditangguhkan, hari-hari untuk para peminat bola sepak sentiasa sepi.

Para pemain turut sama merasa kosong kerana tidak dapat untuk beraksi mahupun turun berlatih bersama rakan sepasukan.

Diwaktu begini banyak undian untuk menentukan siapa pemain terbaik atau siapa pengurus terbaik dilakukan oleh peminat untuk mengisi kelapangan.

Ada liga yang sudah dibatalkan dan ada liga yang masih dalam penggantungan. Hal ini terjadi kerana penularan virus Covid-19 yang sepertinya semakin parah.

Liga Perdana Inggeris sendiri telah mengumumkan bahawa pihak FA sedaya upaya berusaha untuk menghabiskan juga baki liga musim ini tanpa membatalkannya.

Memandangkan situasi penularan wabak Covid-19 kini semakin parah dan sukar untuk dikawal dalam masa terdekat.

Sekiranya semua liga terpaksa dibatalkan, segala Anugerah bakal tetap akan dianugerahkan kepada para pemain.

Mungkin mudah untuk memilih pemenang PFA player of the year memandangkan liga perdana sendiri sudah hampir kepenghujungnya.

Untuk pemilihan pemenang Ballon d’or 2020 mungkin agar susah untuk dipilih, memandangkan liga Juara-juara tidak dihabiskan dan sukar untuk menilai tahap sebenar para pemain.

Tetapi itu tidak menghalang untuk memilih pemain yang telah mempamerkan aksi terbaik mereka setakat ini.

Berikut senarai pemain yang layak menerima Anugerah utama bola sepak untuk tahun 2020 sekiranya kesemua liga dibatalkan setakat ini sahaja.

PFA Pemain Terbaik Tahunan: Kevin De Bruyne

Manchester City mempamerkan keputusan memberangsangkan untuk dua musim terakhir ini dengan berjaya memenangi gelaran premier league.

Dengan mengumpul 198 mata bagi musim 2018/19 dan 2017/18. Tiada pemain dari pasukan City yang memenangi PFA.

Kedua-dua musim itu dimenangi oleh pemain dari pasukan Liverpool, untuk musim ini mungkin sebaliknya boleh berlaku.

Liverpool kini selesa menerajui premier league dan mungkin akan ditabalkan sebagai Juara.

Memandangkan Kevin De Bruyne telah mempamerkan aksi mantap musim ini. Beliau sememangnya layak untuk ditabalkan sebagai PFA.

Jordan Henderson dan Sadio Mane juga sepatutnya layak untuk menang. Tetapi De Bruyne mungkin lebih layak dengan 16 assist dan lapan jaringannya dari 26 perlawanan liga.

Turut tercalon : Jamie Vardy, Virgil Van Dijk, Trent Alexander Arnold.

PFA Pemain Muda Terbaik Tahunan: Trent Alexander-Arnold

Pemain pertahanan sebelah kanan pasukan Liverpool, Trent Alexander Arnold selayaknya ditabalkan anugerah ini.

Mesin assist dari pasukan Liverpool ini bukan sahaja pemain muda terbaik dalam saingan premier league, beliau turut dianggap pemain muda terbaik dunia ketika ini.

Trent kini berusia 21 tidak boleh dinafikan kelayakkan beliau memenangi anugerah itu musim ini.

Musim lalu pemenang anugerah ini adalah Raheem Sterling yang sudah berusia 24 tahun. Lucu bukan?

Jack Grealish antara saingan terhebat untuk Trent musim ini, namun beliau belum cukup hebat untuk menandingi Trent dari pelbagai aspek.

Turut tercalon : Dean Henderson, James Maddison, Tammy Abraham dan Mason Mount.

LMA Pengurus Terbaik Tahunan: Jurgen Klopp

Klopp sememangnya layak memenangi Anugerah ini dengan apa yang telah beliau persembahkan.

Musim ini Liverpool hanya kalah satu perlawanan sahaja kepada Watford dalam saingan Premier League.

Cara pengurus hebat ini mengurus dan membawa pasukan Liverpool ke tahap ini membuktikan beliau luar biasa hebat.

Ballon d’Or: Josip Ilicic

Seperti dimaklumkan, sukar untuk memilih pemenang Ballon d’or tahun 2020 memandangkan tahun ini, hanya 10 minggu sahaja yang menyajikan aksi bola sepak sebelum semuanya digantung.

Tetapi dalam tempoh 10 minggu itu, IIicic telah berjaya menjaringkan 13 gol untuk Atalanta termasuk menjaringkan empat gol dalam perlawanan Liga Juara-juara ketika menewaskan Valencia 4-3.

Beliau turut mempamerkan peningkatan dalam aksi yang dipersembahkan pada musim ini.

Erling Haaland dan Cristiano Ronaldo turut mempamerkan aksi mantap dalam tempoh 10 minggu tahun 2020 ini dengan masing-masing berjaya menjaringkan 11 gol.

Bruno Fernandes turut boleh dicalonkan dalam senarai pemenang kerana aksi mantapnya bersama setan merah dalam tempoh 10 minggu tahun 2020 ini.

Namun untuk lebih adil, Ballon d’or lebih layak dianugerahkan kepada IIilic untuk tahun 2020 ini.

Anugerah Puskas: Kylian Mbappe

Terlalu banyak jaringan cantik yang boleh dicalonkan ke Puskas tahun 2020 ini antaranya jaringan Jordan Flores untuk Dundalk, jaringan Odion Ighalo ketika menewaskan LASK dan jaringan cantik Emre Can untuk Dortmund.

Tetapi jaringan ketika Mbappe membuat larian solo dari tengah padang untuk pasukan PSG lebih menarik untuk dianugerahkan sebagai pemenang puskas.

Hatrick kedua beliau berhadapan Lyon. Kombinasi dari segala segi yang cukup hebat untuk menghasilkan jaringan itu.

Pemain Terbaik Afrika : Odion Ighalo

Memandangkan jaringan beliau tidak diberikan Anugerah Puskas, untuk Anugerah pemain Afrika terbaik ini sememangnya layak untuk Ighalo.

Ketika ditandatangani oleh setan merah pada Januari lalu, beliau menjadi bahan ketawa seluruh peminat bola sepak.

Namun beliau telah mempamerkan aksi cukup hebat sepanjang bersama setan merah. Empat gol dari tiga perlawanan yang beliau diturunkan sebagai kesebelasan utama.

Salah satu golnya layak dicalonkan kedalam senarai jaringan puskas. Dengan aksi yang begitu meyakinkan kini beliau menjadi antara pemain paling disayangi oleh peminat setan merah.

Terbaru beliau turut ditawarkan kontrak baru bersaka pasukan asalnya dari China dengan kenaikkan gaji €400,000 seminggu.

Turut layak untuk dicalonkan : Jordan Ayew, Pierre Emerick Aubameyang, Mo Salah dan Sadio Mane.

Ballon d’Or Kategori Wanita: Alexia Putellas

Dengan berjaya menamatkan aksi Piala Antarabangsa SheBelieves, setidaknya aksi bola sepak wanita lebih mudah untuk dinilai berbanding lelaki.

Christen Press beraksi bersama pasukan Amerika Syarikat turut mempamerkan aksi menarik sehingga berjaya membantu pasukan US menjuarai pertandingan tersebut.

Tetapi jika dinilai secara keseluruhannya bintang Barcelona dan Sepanyol, Alexia Putellas lebih layak untuk memenangi Anugerah Ballon d’or kategori wanita ini.

BACA:  Premier League 2020/21: Manchester City 2-5 Leicester City