Senarai Pemilik Paling Kaya Dalam Saingan Premier League

Senarai pemilik pasukan terkaya dalam saingan premier league sudah berubah selepas Syarikat Konsortium Arab Saudi kini sah menjadi pemilik Newcastle United.

Newcastle United secara rasminya kini mempunyai pemilik paling kaya dalam dunia bola sepak, selepas Mohammed bin Salman akhirnya berjaya membeli The Magpies dari Mike Ashley.

Hari ditunggu-tunggu oleh penyokong Newcastle akhirnya tiba. Kelab mereka kini sah menjadi milik konsortium Arab Saudi, seterusnya menjadikan mereka sebagai kelab yang dimiliki oleh individu terkaya di dunia.

Sebelum ini, Syarikat Konsortium yang sama juga pernah cuba membida untuk membeli Newcastle dari Mike Ashley namun urusan pembelian tersebut berakhir dengan kegagalan.

Terbaru, dengan tiba-tiba mereka sekali lagi mencuba nasib untuk mengambil alih The Magpies, dan usaha mereka kali ini berjaya.

Putera Salman kini sah menjadi pemilik pasukan bola sepak terkaya di dunia. Dengan kekayaaan berlipat kali ganda lebih banyak berbanding pemilik Man City dan PSG.

Berikut adalah senarai kekayaan 20 pemilik pasukan di Premier League selepas Syarikat Konsortium Arab Saudi sah menjadi pemilik Newcastle.

Senarai Kekayaan Pemilik Pasukan Premier League:

20. Brentford- Matthew Benham (£3juta)

19. Norwich- Delia Smith and Michael Wynn Jones (£23 juta)

18. Burnley- Mike Garlick (£62 juta)

17. Watford- Gino Pozza (£93 juta)

16. Leeds United- Andrea Radrizzani (£344 juta)

15. Brighton- Tony Bloom (£765 juta)

14. West Ham United- David Sullivan and David Gold (£1.62 billion)

13. Everton- Farhad Moshiri (£1.9 billion)

12. Liverpool- John Henry (£2.14 billion)

11. Southampton- Gao Jisheng (£2.3 billion)

10. Leicester- Aiyawatt Srivaddhanaprabha (£2.9 billion)

9. Crystal Palace- Joshua Harris (£3.36 billion)

8- Manchester United- The Glazers (£3.5 billion)

7- Tottenham Hotspur- Joe Lewis (£3.6 billion)

6- Wolves- Guo Guangchang (£4.5 billion)

5- Aston Villa- Nassef Sawiris (£5.3 billion)

4- Arsenal- Stan Kroenke (£6.35 billion)

3- Chelsea- Roman Abramovich (£9.6 billion)

2- Manchester City- Sheikh Mansour (£22.9 billion)

1- Newcastle United- Saudi Public Investment Fund (£320 billion)

Melihat kepada senarai ini tentunya bakal menjadi berita paling menggembirakan untuk para penyokong Newcastle.

Ia jelas sekali kerana mereka bakal memiliki kemampuan untuk mendapatkan pemain-pemain handalan dalam dunia bola sepak, tanpa perlu memikirkan soal gaji.

Lihat saja bagaimana Manchester City mendominasi saingan bola sepak Inggeris selepas mereka dimiliki oleh pemilik yang kaya.

Mansour dan Abu Dhabi United Group telah membeli City pada tahun 2008 dan mereka telah membawa suasana berbeza di sana.

Mereka juga telah menaikkan taraf Manchester City sebagai salah sebuah pasukan gergasi dalam dunia bola sepak hari ini.

Penyokong Newcastle kini sudah boleh mula membayangkan bagaimana bintang-bintang mega dalam dunia bola sepak akan menyarung jersi belang hitam putih itu.

Mike Ashley sebelum ini sangat susah mengeluarkan dana untuk pembelian pemain, dan dengan mempunyai pemilik yang kaya raya, dan tidak ada masalah dengan FFP, sepertinya pemilik baru boleh berbelanja sakan pada jendela perpindahan Januari nanti.

Tambahan pula ramai pemain bintang yang kontrak mereka akan habis pada musim panas akan datang, maka tiada masalah untuk Newcastle berunding untuk mendapatkan khidmat mereka.

Tidak akan mengejutkan andai Newcastle bakal beraksi di pentas saingan Champions League dua musim dari sekarang, dan bakal menjadi kuasa besar di pentas dunia bola sepak.

Mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh sangat membantu kelangsungan sesebuah kelab dan dengan adanya sokongan dana yang besar, ia bakal memberi kelebihan serta kelegaan kepada pengurus kelab.

Perkara pertama yang tentunya akan dilakukan oleh Newcastle selepas ini adalah berbelanja untuk mendapatkan pemain dan pengurus terbaik dalam dunia bola sepak.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Lima Pemain Bola Sepak Yang Handal Dalam Sukan Lain