Senarai Pendapatan Tertinggi Pemain Bola Sepak Tahun Ini

Menurut senarai laporan pendapatan pemain bola sepak yang dikeluarkan oleh Forbes, Cristiano Ronaldo merupakan pemain bola sepak yang memperoleh pendapatan tertinggi di dunia.

Syarikat perusahaan dari Amerika itu telah mengeluarkan senarai atlet lelaki terkaya dunia dengan legenda Tenis, Roger Federer menduduki kedudukan pertama senarai untuk pertama kalinya.

Bintang handalan tenis dunia itu memperoleh pendapatan bernilai $106.3 juta secara keseluruhannya.

Bintang pasukan Juventus dan Portugal, Cristiano Ronaldo berada dibelakang pemenang 20 kali Grand Slam itu tetapi masih lagi menjadi pemain bola sepak yang memperoleh pendapatan tertinggi di dunia.

Dengan memperoleh $105 juta secara keseluruhannya menjadikan beliau atlet lelaki kedua yang memperoleh pendapatan tertinggi di dunia.

Beliau memperoleh $45 juta dari endorsements dan baki $60 juta lagi dari gaji dan bonus kemenangannya.

Pemenang lima kali Ballon d’or itu memperoleh lebih $1 juta dari seteru utamanya Lionel Messi yang mengumpul $32 juta dari endorsements dan $72 juta dari gaji dan bonus kemenangannya.

Untuk tempat ketiga dalam senarai dari kalangan pemain bola sepak dan tempat keempat secara keseluruhannya adalah menjadi milik Neymar.

Nilai simpanan milik bintang Brazil itu naik mendadak selepas menerima $95.5 juta dari sumber pengiklanan dan pendapatan yang diterimanya di PSG.

Kedudukan keempat menjadi milik bintang Liverpool, Mo Salah, dengan the Egyptian king itu memperoleh $35.1 juta yang mana $23.1 juta hasil dari gajinya dan $12 juta melalui endorsements.

Kylian Mbappe merupakan antara pemain termuda yang masuk ke dalam senarai ini dengan menerima $33.8 juta pendapatan meletakkannya di kedudukan kelima.

Sementara ditempat keenam pula menjadi milik Andres Iniesta yang merupakan pemain yang sudah berada di penghujung kariernya.

Iniesta memperoleh $29.6 juta hasil dari usaha dan kerja keras beliau selama ini hingga di akhir karier begini masih menerima pendapatan yang sangat lumayan.

Senarai sepuluh pemain yang memperoleh pendapatan tertinggi di dunia dilengkap dengan nama seperti Mesut Ozil, bintang setan merah, Paul Pogba, bintang Shanghai SIPG, Oscar dan penyerang Barcelona, Antoine Griezmann.

Senarai 10 Pemain Memperoleh Pendapatan Tertinggi Di Dunia:

1. Cristiano Ronaldo – $105 juta (kedua secara keseluruhannya)

2. Lionel Messi – $104 juta (ketiga secara keseluruhannya)

3. Neymar – $95.5 juta (keempat secara keseluruhannya)

4. Mo Salah – $35.1 juta (ke 34 secara keseluruhannya)

5. Kylian Mbappe – $33.8 juta (ke 36 secara keseluruhannya)

6. Andres Iniesta – $29.6 juta (ke 46 secara keseluruhannya)

7. Mesut Ozil – $28.7 juta (ke 49 secara keseluruhannya)

8. Paul Pogba – $28.5 juta (ke 50 secara keseluruhannya)

9. Oscar – $27.5 juta (ke 56 secara keseluruhannya)

10. Antoine Griezmann – $26.7 juta (ke 60 secara keseluruhannya)

BACA:Β  20 Perseteruan Terhebat Dalam Dunia Bola Sepak