Senarai Pendapatan Tertinggi Yang Diraih Bintang WWE

Tahun yang suram untuk dunia sukan gusti professional dan seluruh umat manusia di dunia termasuk kau, aku dan dia. Pelbagai sejarah hitam telah berlaku dalam dunia gusti sejak wujudnya wabak Covid-19.

Beberapa bulan lalu yang telah berbulan berlalu, World Wrestling Entertainment(WWE) telah mengumumkan pelepasan beberapa staff dan penggusti mereka.

Tujuan mereka adalah untuk menyelamatkan krisis kewangan syarikat atas impak dari penularan wabak Covid-19.

Ktika wabak melanda 26 orang staff dan bintang terkenal WWE telah dilepaskan oleh syarikat gusti utama dunia itu dan dilaporkan akan ada ramai lagi yang dilepaskan.

Antara yang dilepaskan adalah bintang yang sudah menaik nama di WWE seperti Rusev dan EC3.

Lebih menyedihkan lagi, bakat besar yang bakal berkembang seperti Deonna Purazzo dan Aleksandar Jaksic turut dilepaskan oleh WWE.

Sebahagian staff produksi dan krew belakang pentas turut hilang pekerjaan ekoran dari keputusan yang dilakukan oleh WWE.

Tindakan WWE untuk melepaskan ramai pekerjanya dikecam oleh para peminat yang menganggap mereka sebenarnya masih mampu untuk menjaga kebajikan para pekerja berbanding melepaskan mereka.

Namun keadaan makin buruk apabila para peminat mula mempertikaikan pendapatan yang diterima oleh beberapa bintang besar WWE lain.

10 bintang utama WWE menerima imbalan yang terlalu tinggi hingga mencecah £30.6 juta sebelum dicukai pada tahun lalu.

Apa yang membangkitkan kemarahan para peminat lagi adalah melihat pendapatan penggusti sambilan seperti Brock Lesner yang menerima pendapatan terlalu tinggi berbanding yang lain.

10 Bintang Mempunyai Pendapatan Tertinggi:

Berikut merupakan pendapatan yang diterima oleh 10 bintang terbesar WWE yang juga terbesar dalam kalangan bintang lain dalam syarikat itu.

10) Braun Strowman – $1.9 juta

9) Stephanie McMahon – $2 juta

8) Shane McMahon – $2.1 juta

7) Goldberg – $3 juta

6) Becky Lynch – $3.1 juta

5) Triple H – $3.3 juta

4) Seth Rollins – $4 juta

3) Randy Orton – $4.1 juta

2) Roman Reigns – $5 juta

1) Brock Lesnar – $10 juta

Lesner cuma bergusti sembilan kali saja sejak 12 bulan lalu dan beliau menerima pendapatan tertinggi dalam WWE dengan jarak yang berganda berbanding penggusti lain.

Minggu ini ramai bintang dan krew yang hilang pekerjaan dan sumber pendapatan mereka. Ia pasti lebih menyakitkan bila mereka melihat kepada senarai ini berbanding sebelumya.

WWE mengeluarkan Kenyataan pada Rabu lalu bahawa mereka sangat berharap setidaknya mereka akan berjaya menjimatkan $4 juta sebulan dari pembuangan beramai-ramai ini ekoran dari impak penularan wabak Covid-19.

Sehingga kini masih tiada sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh WWE bahawa akan ada pemotongan gaji dari kalangan bintang-bintang besar ini.

BACA:  WWE Tawar Cristiano Ronaldo Lakukan Penampilan Di Acara Crown Jewel