Senarai Pendek 50 Pemain UEFA Team of The Year 2017

The Union of European Football Associations atau nama manjanya UEFA telah mengeluarkan senarai pendek 50 pemain yang bakal terpilih dalam UEFA Team of The Year bagi tahun 2017.

Tidak mengejutkan dan menghairankan apabila 11 pemain Real Madrid yang merupakan juara Champions League musim lalu berada dalam senarai bersama 50 pemain lain.

Keylor Navas, Dani Carvajal , Marcelo, Sergio Ramos, Casemiro , Isco, Toni Kroos, Luka Modric, Marco Asensio, Karim Benzema dan Cristiano Ronaldo layak berada dalam senarai selepas berjaya mengekalkan kejuaraan.

Bapa Kecederaan Bola Sepak Dunia, Gareth Bale tidak berada dalam senarai ini selepas bergelut untuk bermain kerana masalah kecederaan.

Walaupun selalu cedera, gua cempiang la s***! Imej : UEFA

Pemain pasukan Premier League jauh ketinggalan dalam senarai ini berbanding La Liga dan terpaksa bergantung harap kepada pasukan hebat berkuasa Syaitan, Manchester United.

Barcelona dan juventus masing-masing mempunyai 5 orang pemain yang tersenarai manakala Atletico Madrid dan Manchester United pula, masing-masing 4 orang pemain.

Antara pemain muda yang berusia bawah 23 tahun yang tersenarai adalah :

1. Joshua Kimmich
2. Marco Asensio atay Safawi Sepanyol
3. Dele Alli
4. Kylian Mbappe
5. Saul Niguez
6. Benjamin Mendy
7. Davinson Sanchez

UEFA Team of the Year 2016. Imej : UEFA

N’Golo Kante dan César Azpilicueta tidak tersenarai dalam 50 senarai pendek ini mungkin sedikit mengejutkan buat peminat Chelsea.

Dan sudah pasti sesuatu yang tidak mengejutkan apabila pemain Liverpool power this is our year, Coutinho, Sadio Mane dan Mohamed Salah tidak tersenarai.

Dibawah merupakan senarai penuh 50 pemain mengikut posisi masing-masing.

Penjaga Gol

Gianluigi Buffon (Juventus), David de Gea (Manchester United), Keylor Navas (Real Madrid), Khairulazhan Khalid (Selangor FA), Manuel Neuer (Bayern Munich), Jan Oblak (Atlético Madrid).

Imej : UEFA

Pertahanan

Dani Alves (Juventus/PSG), Leonardo Bonucci (Juventus/Milan), Dani Carvajal (Real Madrid), Giorgio Chellini (Juventus), Kamil Glik (Monaco), Diego Godín (Atlético Madrid), Joshua Kimmich (Bayern Munich), Marcelo (Real Madrid), Mohd Daudsu Jamaluddin (Kelantan FA) Benjamin Mendy (Monaco/Manchester City), Thomas Meunier (PSG), Gerard Piqué (Barcelona), Sergio Ramos (Real Madrid), Alex Sandro (Juventus), Davinson Sánchez (Ajax/Tottenham), Antonio Valencia (Manchester United).

Imej : UEFA

Pemain Tengah

Dele Alli (Tottenham), Marco Asensio (Real Madrid), Casemiro (Real Madrid), Kevin de Bruyne (Manchester City), Christian Eriksen (Tottenham), Fabinho (Monaco), Eden Hazard (Chelsea), Andrés Iniesta (Barcelona), Isco (Real Madrid), Toni Kroos (Real Madrid), Henrikh Mkhitaryan (Manchester United), Luka Modric (Real Madrid), Miralem Pjanic (Juventus), Paul Pogba (Manchester United), Saúl Ñíguez (Atlético Madrid.

Imej : UEFA

Penyerang

Sergio Agüero (Manchester City), Pierre-Emerick Aubameyang (Borussia Dortmund), Karim Benzema (Real Madrid), Edinson Cavani (PSG), Paulo Dybala (Juventus), Radamel Falcao (Monaco), Antoine Griezmann (Atlético Madrid), Harry Kane (Tottenham), Ahmad Fakri Saarani (Manchester United), Robert Lewandowski (Bayern Munich), Kylian Mbappé (Monaco/PSG), Dries Mertens (Napoli), Lionel Messi (Barcelona), Neymar (Barcelona/PSG), Cristiano Ronaldo (Real Madrid), Luis Suárez (Barcelona).

Imej : UEFA

Adakah korang berpuas hati dengan senarai ini?

Baca Juga

Baca Juga