Senarai Penuh 32 Pasukan Yang Layak ke Piala Dunia Russia 2018

Kempen kelayakan Piada Dunia FIFA 2018 sudah berakhir, 32 pasukan dari pelbagai benua sudah mengesahkan tempat dan akan bertanding di kejohanan bola sepak paling berprestij di muka bumi yang hanya pinjaman sementara ini.

Piala Dunia edisi 2018 akan diadakan di Russia, sebagai tuan rumah Russia secara automatiknya telah layak dan 31 pasukan dari pelbagai benua juga telah mengesahkan tempat masing-masing untuk merebut Piala.

Semua slot menjadi rebutan telah diisi, 4 slot untuk pasukan dari Eropah, 3 untuk pasukan benua Afrika, 0.5 untuk Asia, 0.5 untuk pasukan Amerika Utara, Tengah dan Caribbean, O.5 untuk Ocenia dan 0.5 untuk Amerika Selatan.

Hanya 9 slot lagi berbaki untuk menjadi rebutan, 4 slot untuk pasukan dari Eropah, 3 untuk pasukan benua Afrika, 0.5 untuk Asia, 0.5 untuk pasukan Amerika Utara, Tengah dan Caribbean, O.5 untuk Ocenia dan 0.5 untuk Amerika Selatan.

Undian kumpulan akan dijalankan seperti biasa, 32 pasukan yang layak akan diasingkan dalam 4 balang berasingan dan undian dibuat untuk menentukan di mana kumpulan mana pasukan bertanding berada.

Terdapat 8 kumpulan yang akan diisi oleh 4 pasukan bagi setiap kumpulan.

Pasukan yang telah layak mengikut zon kelayakan.

Tuan Rumah

Russia seperti mana diketahui merupakan tuan rumah Piala Dunia 2018 maka agak kurang ajar membuat majlis di rumah orang tanpa dijemput tuan rumah. Russia telah lama layak, yakni selepas mereka disahkan sebagai tuan rumah pada bulan Disember 2010.

Piala Dunia FIFA 2018 akan bermula pada 14 Jun 2018 sehingga 15 Julai 2018.

Afrika

Sebanyak 53 pasukan dari benua Afrika telah berebut 5 slot Piala Dunia dan setakat ini selepas 127 perlawanan dan 217 gol telah dihasilakn maka 5 pasukan yang layak untuk ke Russia sudah diketahui.

Slot ke Piala Dunia : 5
Pasukan Layak : Mesir, Nigeria. Morocco, Senegal dan Tunisia

Asia

Iran, Jepun, Korea Selatan dan Arab Saudi sudah memenuhkan 4 slot untuk kuota Asia lebih awal manakala 0.5 lagi sudah menjadi milik Australia selepas menewaskan Syria untuk merepbut slot playoff.

Australia menang di perlawanan play-off menentang Honduras sekaligus merebut baki 0.5 lagi dan mara ke Piala Dunia.

46 pasukan dari Asia telah berentap untuk merebut 4.5 slot yang disediakan dan telah mengharungi 226 perlawanan dan 665 gol telah dihasil termasuklah gol dari pemain Malaysia.

Slot ke Piala Dunia : 4.5
Pasukan Layak : Iran, Jepun, Korea Selatan, Arab Saudi dan Australia.
Bermain play-off : Australia berjaya menewaskan Honduras dengan agregat 3-1.

Eropah

Selepas 278 perlawanan dan 807 gol menarik serta hambar dihasilkan oleh 54 pasukan negara Eropah 14 pasukan telah melayakkan diri ke piala dunia termasuklah Russia yang sememangnya berada di benua Eropah.

8 pasukan naib juara terbaik dari 9 kumpulan kelayakan yang merebut slot play-off bagi mengisi 4 lagi kuota Eropah yang kosong telah diketahui. 8 pasukan ini akan bertarung sesama sendiri selepas undian dibuat dan 4 yang menang telah mara.

Tersingkirnya Italy dari Piala Dunia buat pertama kali dalam tempoh 60 tahun merupakan satu kedukaan buat seluruh dunia bola sepak.

Slot ke Piala Dunia : 14
Pasukan Layak : Belgium, France, Iceland, Portugal, Serbia, England, Germany, Poland, Russia, Spain, Sweden, Switzeland, Denmark, dan Croatia.
Bermain play-off : Sweden, Switzerland, Denmark, dan Croatia layak selepas menewaskan lawan masing-masing.

Amerika Utara, Amerika Tengah dan Carribean

Hanya 35 pasukan sahaja yang bertarung untuk merebut 3.5 tempat bagi zon kelayakan Amerika Utara, Amerika Tengah dan Carribean, tiga pasukan telah layak lebih awal iaitu Costa Rica, Mexico dan Panama.

Honduras di tempat ke-4 kumpulan terpaksa mengharungi play-off dan tewas kepada Australia untuk mendapatkan 0.5 baki slot. Amerika Syarikat gagal untuk mara selepas kekalahan mengejut kepada Trinidad and Tobago.

Slot ke Piala Dunia : 3.5
Pasukan Layak : Costa Rica, Mexico dan Panama.
Bermain play-off : Honduras tewas kepada Australia.

Oceania

Sungguh kesian buat 11 negara Ocenia ini apabila hanya mendapat 0.5 kuota sahaja. Kerana inilah Australia keluar dan menyertai Asia kerana kebarangkalian dapat mara ke Piala Dunia lebih tinggi.

Sebelum meneyrtai Asia, Australia dengan mudah lepas ke play-off tetapi lawan di play-off adalah pasukan dari Amerika Selatan atau CONMEBOL. New Zealand merupakan juara Ocenia telah tewas kepada Peru.

Dengan tewasnya New Zealand kepada Peru di playoff maka tiada wakil dari Oceania. Kesian.

Slot ke Piala Dunia : 0.5
Pasukan Layak : Tiada
Bermain play-off : New Zealand tewas kepada Peru.

Amerika Selatan

Walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya, hanya 10 pasukan sahaja dari Amerika Selatan tetapi mereka mendapat 4.5 slot ke Piala Dunia yang sementara ini.

Sebanyak 4 pasukan sudah layak lebih awal termasuklah Argentina yang mara dengan penuh dramatik. Peru ditempat ke-5 bertemu pasukan juara Ocenia, New Zealand di play-off.

Mungkin sudah tertulis pasukan berasal dari Selatan ni sememangnya hebat.

Slot ke Piala Dunia : 4.5
Pasukan Layak : Argentina, Brazil, Colombia dan Uruguay.
Bermain play-off : Peru layak selepas menumbangkan New Zealand.

23 Pasukan Sudah Layak

Selepas 871 perlawanan, 2454 gol dihasilkan, 2985 kad kuning dilayang serta 148 kad merah dihadiahkan maka 32 pasukan yang ke Piala Dunia Sudah di ketahui.

Bagi yang malas nak baca panjang-panjang aku buat list untuk korang.

1. Russia: Tuan Rumah dan layak sejak Disember 2010.

2. Brazil: Juara Amerika Selatan dan sudah layak seja 28 Mac 2017.

3. Iran: Juara kumpulan A kelayakan pusingan ketiga AFC.

4. Japan: Juara kumpulan B kelayakan pusingan ketiga AFC.

5. South Korea: Naib juara kumpulan A kelayakan pusingan ketiga AFC.

6. Saudi Arabia: Naib juara kumpulan B kelayakan pusingan ketiga AFC.

7. Mexico: Juara kelayakan pusingan ke-5 Amerika Utara, Amerika Tengah dan Carribean

8. Belgium: Juara kumpulan H kelayakan Eropah. Pasukan Eropah pertama layak pada 3 September 2017.

9. Germany: Juara kumpulan C kelayakan Eropah.

10. England: Juara kumpulan F kelayakan Eropah. Gol Harry Kane mengesahkan kemaraan.

11. Poland: Juara kumpulan E kelayakan Eropah. Lewandowski muncul penjaring terbanyak kelayakan Eropah mengatasi Ronaldo.

12. Costa Rica: Naib juara kelayakan pusingan ke-5 Amerika Utara, Amerika Tengah dan Carribean.

13. Nigeria: Pasukan pertama dari Afrika layak ke Russia

14. Egypt: Pasukan kedua dari Afrika layak hasil gol Mo Salah. Piala Dunia pertama Mesir sejak 1990.

15. Iceland: Layak pertama kali ke Piala Dunia dalam sejarah, negara terkecil pernah ke Piala Dunia.

16. Serbia: Juara kumpulan D kelayakan Eropah.

17. Spain: Juara kumpulan G kelayakan Eropah. Menamatkan saingan 5 mata di hadapan Italy.

18. France: Juara kumpulan A kelayakan Eropah.

19. Portugal: Juara kumpulan B kelayakan Eropah. Mara selepas menewaskan Switzerland pada perlawanan terakhir.

20. Panama: Penampilan pertama di Piala Dunia. Tempat ke-3 kelayakan pusingan ke-5 Amerika Utara, Amerika Tengah dan Carribean.

21. Argentina: Jaringan hatrik Messi pada perlawanan terakhir mengesahkan tempat ke Russia.

22. Uruguay: Menamatkan saingan di tempat kedua Amerika Selatan di belakang Brazil.

23. Colombia: Menamatkan saingan di tempat ke-4 Amerika Selatan di belakang Brazil.

24. Peru : Peru membenam New Zealand dalam perlawanan playoff untuk layak buat pertama kali selepas 36 tahun. Kali terakhir Peru ke Piala Dunia pada 1982.

25. Senegal : Senegal layak ke Piala Dunia selepas berjaya menewaskan Afrika Selatan 2-0 sekaligus muncul juara kumpulan D.

26. Morocco : Morocco mengejutkan pasukan pilihan Ivory Coast 2-0 sekaligus mara ke Piala Dunia buat pertama kali selepas 20 tahun.

27. Tunisia : Tunisia layak selepas sekadar mencatat keputusan seri ketika menentang Libya.

28. Australia : Australia layak buat kali ke-4 berturut-turut selepas menewaskan Honduras 3-1 di Sydney dalam perlawanan playoff.

29. Switzerland : Ini merupakan penampilan ke-11 Switzerland di Piala Dunia dan kali ke-4 secara berturut-turut.

30. Croatia : Croatia mara dengan agregat 4-1 walaupun sekadar seri tanpa jaringan pada perlawanan kedua menentang Greece. Bekalan selesa diperoleh pada playoff pertama.

31. Sweden : Sweden layak dengan penuh bergaya apabila menendang pasukan kegemaran untuk layak, Italy.

32. Denmark : Hatrik dari Cristian Eriksen memastikan temapt Denmark ke Piala Dunia apabila menewaskan Republic of Ireland 5-1.

Baca Juga

Baca Juga