Senarai Perlawanan Terpower Premier League Musim 2020/21

Liga paling popular, komersil dan terpower di seantero dunia bol sepak, English Premier League telah pun melabuhkan tirainya bagi musim 2020/21 dan Liverpool gaga mempertahankan gelaran juara.

Manchester City tenang mengejar dari belakang selepas bermula buruk pada awal musim dan mengesahkan gelaran juara selepas Manchester United tewas 2-1 kepada Leicester City.

Sama seperti jiran mereka yang menjadi juara, Manchester United juga bermula buruk dan mengejar mata demi mata sehingga menjadi juara selama dua minggu pada awal tahun.

Juara Krismas yang dibangga-banggakan oleh peminat mereka, penyandang juara Liverpool terciduk teruk pada tahun 2021 dan pada suatu ketika hampir mustahil untuk mereka layak ke Champions League.

Dengan enam kekalahan berturut-turut di Anfield, Liverpool nun jauh di sana bangkit dalam 10 perlawanan terakhir dengan mencatatkan 8 kemenangan dalam tempoh tersebut.

Elemen nasib menyebelahi Liverpool di mana Leicester City kehilangan mata demi mata dan Chelsea juga terciduk beberapa kali membuka peluang yang besar buat Liverpool.

Akhirnya Leicester City sekali lagi kecewa disaat akhir menamatkan musim di tempat kelima walaupun menjadi pasukan paling lama berada dalam kedudukan empat teratas, selama 242 hari.

Chelsea sekadar menamatkan musim ditangga keempat, Liverpool bangkit membolehkan mereka layak ke Champions League dengan menamatkan musim di tempat ketiga.

Dengan tiba-tiba tempat ketiga menjadi kedudukan paling hebat berbanding nombor satu dan dua, di mana tempat kedua adalah buat first loser. Itulah penyokong Liverpool yang nak selalu nampak hebat walaupun tiga empat musim ni je baru nampak batang hidung.

Walaupun diselubungi berita perpindahan keluar dari Tottenham Hotspur, Harry Kane tidak berdepan masalah untuk menjadi penjaring terbanyak Premier League musim ini.

Harry Kane telah menjaringkan 23 gol mengatasi Mohamed Salah dengan kelebihan satu jaringan. Kane juga memenangi anugerah Playmaker selepas mencipta assist terbanyak mengatasi Kevin De Bryune dan Bruno Fernandes dengan 14 asssit.

Dalam ketenangan malam Manchester City telah membelasah Everton dengan jaringan lima gol tanpa balas, dengan Sergio Aguero sempat menjaringkan dua gol sebelum berpisah.

Sergio Aguero merekodkan 184 gol di Premier League untuk Manchester City, memecahkan rekod, jaringan terbanyak yang dijaringkan bersama satu kelab.

Jadi disini kami menyenaraikan beberapa perlawanan pilihan hati yang dianggap perlawanan terpower di Premier League musim ini dengan jumlah jaringan gol yang terhasil.

Berikut merupakan senarai perlawanan tersebut:

1. Manchester United 9-0 Southampton – 2 Februari 2021

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer melayan kunjungan Southampton ke bumi Old Trafford untuk aksi saingan liga Perdana Inggeris.

Selepas mengharungi dua perlawanan tanpa kemenangan, Manchester United pastinya mahu mendapatkan tiga mata penuh dalam perlawanan ini demi memastikan mereka berada di landasan yang betul untuk mencabar kejuaraan liga.

Setan merah kini hanya tiga mata di belakang pendahulu saingan liga, Manchester City dengan skuad kendalian Pep Guardiola masih mempunyai kelebihan satu perlawanan yang belum dimainkan.

Sementara Southampton sendiri pula, mereka telah tewas dalam dua perlawanan sebelum ini kepada Arsenal dan Aston Villa.

Skuad kendalian Ralph Hasenhuttl juga sangat mengharapkan kemenangan dalam perlawanan ini, untuk membina semula keyakinan para pemain selepas dua keputusan buruk yang mereka catat sebelum ini.

Perlawanan bermula dengan Southampton telah kehilangan seorang pemain seawal minit ke-2 permainan kerana dilayangkan kad merah.

Alexandre Jankewitz telah dilayangkan kad merah selepas beliau dengan sengaja mengasari pemain tengah Manchester United, Scott McTominay.

Setan merah berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-18 permainan menerusi Aaron Wan Bissaka hasil umpanan cantik dari Luke Shaw.

Marcus Rashford memulakan gerakan dari sudut sebelah kiri padang dan melorongkan bola kepada Luke Shaw sebelum pemain kebangsaan England itu membuat hantaran silang yang cukup cantik ke dalam kotak penalti Southampton.

Hantaran cantik dan kemas dari Luke Shaw berjaya di tolak masuk oleh Wan Bissaka dengan begitu tenang untuk United mendahului perlawanan 1-0.

Pada minit ke-25 permainan, Manchester United berjaya menggandakan kedudukan menerusi Marcus Rashford hasil umpanan dari Mason Greenwood.

Luke Shaw memulakan gerakan dari sudut sebelah kiri padang lalu masuk ke dalam kawasan D Southampton dan melorongkan bola yang cantik mencari Mason Greenwood.

Pemain muda United itu kemudian berjaya membuat hantaran silang ke dalam kotak penalti the Saints, dan disempurnakan dengan kemas oleh Rashford untuk gol kedua United.

Malang untuk Southampton apabila Jan Bednarek menjaringkan gol sendiri pada minit ke-34 permainan kerana tertampan bola masuk ke gawang gol mereka sendiri.

Marcus Rashford menyerang dari sudut sebelah kanan padang dan cuba menghantar bola mencari Fred yang sudah bersedia di depan gawang gol Southampton.

Bola hantaran dari Rashford itu cuba dikeluarkan oleh Bednarek, namun sayangnya bola itu tidak terkeluar dari kawasan permainan, sebaliknya ia masuk ke gawang gol mereka sendiri.

Lima minit kemudian, Manchester United berjaya menambah jaringan menerusi Edinson Cavani yang menanduk masuk bola hantaran dari Luke Shaw.

Hasil permainan cantik dan kemas jentera serangan United, Luke Shaw berjaya melambungkan bola cantik menemui kepala Cavani sebelum masuk menerjah jaring gawang gol McCarthy untuk gol keempat setan merah.

Sebelum rehat babak pertama, setan merah dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil perlawanan, kerana Edinson Cavani dijatuhkan di dalam kotak penalti.

Namun selepas merujuk semula dengan VAR, pengadil perlawanan mengubah keputusannya itu lalu sekadar memberi sepakan percuma sahaja kepada United.

Sepakan percuma itu di ambil oleh Bruno Fernandes namun gagal disudahi dengan jaringan, dan aksi babak pertama berakhir dengan keputusan 4-0.

Pada minit ke-54 permainan, Che Adams berjaya menjaringkan gol pertama untuk Southampton merapatkan kedudukan menjadi 4-1.

Namun, selepas merujuk VAR, pengadil perlawanan, Mike Dean telah membatalkan gol tersebut kerana mendakwa Che Adams berada dalam kedudukan offside.

Pada minit ke-69, Manchester United peroleh gol kelima mereka dalam perlawanan ini menerusi Anthony Martial hasil umpanan cantik dari Bruno Fernandes.

Setan merah mengawal bola dengan kemas di hadapan kotak penalti Southampton dengan saling bertukar hantaran, Bruno Fernandes kemudiannya melambungkan bola cantik mencari Anthony Martial yang berjaya melepaskan diri dari kawalan pertahanan the Saints.

Martial mendada bola hantaran dari Fernandes, lalu membuat pusingan dan melepaskan rembatan padu menewaskan McCarthy untuk United mendahului perlawanan dengan keputusan 5-0.

Dua minit kemudian, skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer terus mengganas dengan sekali lagi merobek gawang gol United untuk gol keenam mereka.

Scott McTominay awalnya melorongkan bola mencari Mason Greenwood di sudut sebelah kanan padang, namun cubaan dari pemain muda itu berjaya dikeluarkan oleh pemain Southampton.

Bola tersebut kemudian bergolek di hadapan McTominay yang berada di luar kotak penalti lalu beliau melepaskan rembatan leret yang padu untuk gol keenam United.

Pada minit ke-83 permainan, Manchester United telah dihadiahkan sepakan penalti selepas Anthony Martial dikasari di dalam kotak penalti Southampton.

Jan Bednarek turut dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan, dan ia menyebabkan Southampton terpaksa bermain dengan 9 orang pemain sahaja untuk menamatkan 10 minit terakhir perlawanan.

Bruno Fernandes tenang menyempurnakan sepakan penalti itu untuk Manchester United mendahului perlawanan dengan keputusan 7-0.

Minit ke-90 permainan, Anthony Martial berjaya menjaringkan gol kelapan Manchester United dalam perlawanan ini dengan menjaringkan gol yang sungguh cantik dan mengagumkan.

Beliau ketika itu menerima bola hantaran dari Aaron Wan Bissaka dari sudut sebelah kanan padang, dengan tenang mendada bola tersebut sebelum melepaskan rembatan super padu menerjah jaring gawang gol Southampton.

Pengadil perlawanan memberikan tambahan masa tiga minit, dan Manchester United berjaya memperoleh satu lagi jaringan dipenghujung masa kecederaan.

Daniel James berjaya menjaringkan gol kesembilan setan merah dalam perlawanan ini hasil umpanan cantik dari Bruno Fernandes.

Kemenangan 9-0 ini memberikan United 3 mata penuh dihalaman mereka sendiri, seterusnya berkongsi 44 mata bersama City di puncak saingan liga.

Kemenangan ini merupakan kemenangan terbesar United dalam aksi saingan liga dengan kali terakhir mereka menang dengan kelebihan 9 gol adalah pada tahun 1995, menewaskan Ipswich 9-0.

MAN UTD (4-2-3-1): De Gea 6.5; Wan-Bissaka 7, Lindelof 6.5, Maguire 6, Shaw 8 (Martial 46, 7); McTominay 7, Fred 6.5; Greenwood 6.5, Fernandes 6.5, Rashford 7 (James 60, 6); Cavani 7 (Van de Beek 46, 6).

Pemain simpanan: Henderson, Bailly, Pogba, Telles, Matic, Williams.

Penjaring: Wan-Bissaka 18, Rashford 25, Bednarek og 34, Cavani 39, Martial 69, 90, McTominay 71, Fernandes pen 87, James (90+3)

SOUTHAMPTON (4-4-2): McCarthy 5.5; Ramsay 5.5, Bednarek 4, Stephens 5, Bertrand 5.5; Armstrong 6, Ward-Prowse 6.5, Jankewitz 2, Djenepo 6 (Tchaptchet 78, 6); Adams 6, Ings 6.5 (Redmond 70, 6).

Pemain simpanan: Lewis, Forster, Redmond, N’Lundulu, Ferry, Finnigan, Watts, Chauke.

2. Aston Villa 7-2 Liverpool – 5 Oktober 2020

Pasukan paling power dan padu di muka bumi yang hanya pinjaman sementara, Liverpool telah diaibkan dan dimalukan dengan begitu saja dengan pasukan Aston Vilaa yang biasanya bergelut untuk kekal di liga.

Liverpool pasukan yang mempunyai deretan pemain terbaik dunia disegenap posisi termasuklah tukang bancuh air dan telah mengecap pelbagai gelaran sejak dua musim yang lalu. Benda dah lepas kira sejarah la kan?

Bagi peminat mereka yang cepat koyak dan tisu apabila dipersoalkan kehebatan pemain mereka maka berjela-jela senarai anugerah dan piala mereka menangi di persembahkan.

Aston Villa tiba-tiba menjadi pasukan yang bukan kaleng-kaleng apabila membenam Liverpool bersama peminat mereka dengan 7 kaki ke dalam. Maaf, 7 gol.

Peminat Liverpool bergembira dan mengejek sakan Manchester United selepas tewas 6-1 kepada Spurs pada perlawanan berlangsung lebih awal.

Ollie Watkins nyata menjadi apabila meletakkan Aston Villa dua gol dihadapan pada minit ke-22 melalui satu gol kelakar dan satu gol serius padu.

Andrian cuba menghantar bola kepada Gomez tetapi tidak sampai dan Jack Grealish memintas dan menghantar kepada Ollie Watkins untuk gol pertama.

Mohamed Salah cuba memberi saingan dengan mengajar kedudukan pada minit ke-33 dan gol itu memberi harapan bahawa kebangkitan akan terjadi.

Dua minit kemudian John McGinn menjaringkan gol ketiga Aston Villa dengan satu rembatan kencang yang terbias kaki pemain pertahanan terbaik dunia membuatkan Adrian tewas lagi.

Ollie Watkins mencipta hatrik pada minit ke-39 melalui satu sundulan untuk kedudukan separuh pertama memihak kepada Villa 4-1 dan pada ketika ramai sudah hilang.

Separuh masa kedua menyaksikan gol kelima terhasil melalui satu rembatan yang terbias dan bola cantik melencong ke penjuru gawang, tidak ada apa lagi yang mampu dilakukan Adrian.

Setakat ini hanya 10 pemain sahaja yang berjaya menjaringkan hatrik ketika menentang Liverpool dan Ollie Watkins merupakan yang ke-10.

Mohamed Salah menjaringkan gol kedua Liverpool ketika semangat kebangkitan hampir pudar dan penyokong Liverpool mula lenyap dari muka bumi.

Jack Grelish menjaringkan dua gol untuk melengkapkan kemenangan penuh kegilaan buat Aston Villa ke atas penyandang juara. Juara nasib ke ni?

Buat pertama kali dalam sejarah Premier League, penyandang juara dibelasah 7-1 yang begitu memalukan dan tidak bermaruah.

Aston Villa: Martínez, Cash, Konsa, Mings, Targett, McGinn, Douglas Luiz, Barkley, Trezeguet, Watkins, Grealish

Subs: Davis, Nakamba, Traoré, El Ghazi, Steer, Hourihane, Ahmed Elmohamady

Liverpool: Adrian, Alexander-Arnold, Gomez, Van Dijk, Robertson, Fabinho, Wijnaldum, Keita, Salah, Firmino, Jota

Subs: Kelleher, Milner, Henderson, Jones, Minamino, Origi, N. Williams.

3. Manchester United 1-6 Tottenham Hotspurs- 4 Oktober 2020

Tottenham Hotspur terus garang walaupun dihimpit dengan masalah jadual perlawanan yang sangat padat apabila terpaksa mengarungi 4 perlawanan dalam tempoh 8 hari.

Dua tiga hari lalu, Spurs baru sahaja membelasah kelab Israel, Maccabi Haifa dalam pusingan kelayakan Europa League dan Spurs berjaya tembus ke peringkat kumpulan.

Entah apa yang telah dilakukan oleh Spurs yang semakin nampak yakin dan dengan keyakinan itu telah menghasilkan prestasi yang mengagumkan di padang bola sepak.

Mungkin Mourinho menghantar pemainnya ke kelas motivasi sifu-sifu yang bertebaran di muka buku.

Kejutan terbesar terjadi dalam perlawanan minggu ke-4 Premier League apabila Manchester United telah dibelasah teruk oleh Spurs di gelanggang keramat mereka, Old Trafford.

Bukan satu, bukan dua, bukan tiga, bukan empat, bukan lima tetapi 6 gol telah dijaringkan oleh Spurs dalam aksi kebangkitan penuh sensasi dan padu.

Manchester United memulakan perlawanan dengan terus pacak tegak kelangit apabila mendahului seawal minit kedua perlawanan melalui sepakan penalti Bruno Fernandes.

Terlalu awal Setan Merah mendahului dan mendapat sokongan penalti, dalam 30 saat permainan penalti diberikan selepas Anthony Martial dijatuhakan namun gol itu tidak bertahan lama apabila Spurs pantas bangkit.

Pada minit ke-4 Tanguy Ndombele telah mengimbangi keputusan perlawanan dan pada minit ke-7 Spurs telah mendahului perlawanan memberi sentakan kepada permulaan baik Setan Merah.

Sangat menarik gol penyamaan Tanguy Ndombele ini kerana hadir tanpa ancaman merbahaya dan terhasil kerana tindakan Harry Maguire menarik Luke Shaw yang mehu mengeluarkan bola.

Tandukan ke belakang yang lemah dari Maguire tidak sampai kepada David De Gea dan terus dikejar pemain Spurs namun Luke Shaw berjaya melindungi bola dengan baik.

Ketika Luke Shaw mahu mengeluarkan bola entah kenapa Maguire telah menarik dan menjatuhkan Shaw, mudah buat Tanguy Ndomebele menjaringkan gol.

Hanya lima minit diperlukan Spurs untuk bangkit dan mendahului 2-1 hasil jaringan Son Heung-Min yang deras mebuat larian melihat hantaran cantik Harry Kane.

Malang bertimpa buat Setan Merah apabila Anthony Martial dilayangkan kad merah kerana membuat tamparan tanpa perasaan ke muka Erik Lamela selepas mudah diprovoke.

Padah menimpa apabila cuba memulakan dari bawah dengan hantaran pendek berjaya dihidu Kane dengan satu pintasan dengan serta merta penuh Spurs di gawang United.

Son Heung-Min menghantar bola kembali kepada Harry Kane untuk gol ketiga sebelum Son teruk menjarakkan kelebihan gol kepada 4-1 tamat separuh masa pertama.

Serge Aurier telah menghantar bola kepada Son melalui celahan kaki Maguire sebelum penyudah Son pula melepasi kangkang De Gea. Penembusan ganda dua.

Enam minit perlawanan kembali bersambung, Serge Aurier mencetak nama selaku penjaring dengan satu rembatan yang mudah menewaskan De Gea buat kali kelima.

Kesilapan Paul Pogba melakukan satu terjahan dengan menggunakan badan mengundang penalti yang juga mudah disempurnakan oleh Harry Kane.

Segalanya mudah buat Spurs Yang bangkit dari ketinggalan satu gol dan membalas dengan enam gol.

Kebocoran teruk bahagian pertahanan Manchester United bukan benda baru dan berlakuk sejak musim lalu namun tidak dihukum sekeras ini.

Musim lalu walaupun terlalu mudah dibocori tetapi hanya 30 lebih sahaja bolos dicatatkan sepanjang musim di Premier League dan tiada tanda pemain pertahanan baru akan dibawa masuk.

Manchester United sibuk mendapatkan pemain dibahagian yang tidak kritikal dan pemain pertahanan baru masih bermain tarik tali.

Manchester United: De Gea; Wan-Bissaka, Bailly, Maguire, Shaw, Pogba, Matic, Greenwood, Fernandes, Rashford, Martial.

Subs: Lindelöf, Mata, Lingard, Fred, Henderson, Can de Beek, McTominay

Tottenham: Lloris; Aurier, Sanchez, Dier, Reguilon, Sissoko, Hojbjerg, Ndombele, Lamela, Kane, Son.

Subs: Doherty, Alderweireld, Winks, Hart, Alli, Lucas Moura, Davies.

4. Manchester City 2-5 Leicester City – 26 September 2020

Kejutan terbesar terjadi setakat ini di Premier League bagi musim 2020/21 apabila Manchester City tewas mengejut dan terkulai layu di kaki Leicester City di Stadium Ethihad.

Kekalahan City bukanlah satu kejutan tetapi kalah dengan jaringan lima gol dan hanya mampu dibalas dua sahaja selepas mendahului lebih awal menambah rencah drama perlawanan.

Lebih menarik dalam 685 perlawanan Pep Guardiola selaku pengurus Manchester City tidak pernah lagi mereka tewas dengan melepaskan lima gol.

Namun pada perlawanan ke-686 segalanya berubah dan ini juga buat pertama kali dalam sejarah, City bolos lima gol di Ethihad.

Kali terakhir City bolos lima gol pada 22 Februari 2003 di kaki Arsenal dalam perlawanan yang berlangsung di Maine Road.

Jamie Vardy menjadi petualang dalam aksi kebangkitan dan perlawanan yang memberi aib kepada Manchester City dengan mencetak jaringan hatrik.

Pemain penyerang Leicester City nyata memberi masalah besar kepada City dengan kepantasan, sentiasa berlegar-legar dan berpusing-pusing menyebabkan Vardy gagal dihalang.

Bekas pemain Leicestre City, Riyad Mahrez terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit ke-4 namun Jamie Vardy membalas dengan tiga gol.

Dua daripada gol tersebut melalui sepakan penalti dan satu lagi hasil daripada satu penyudah penuh berkemahiran tinggi lagi berseni.

James Maddison menjadikan kedudukan 4-1 melalui satu rembatan cantik yang gemilang dari luar kotak penalti yang tepat menuju ke bucu kanan gawang.

Nathan Ake cuba menghidupkan sisa perjuangan Manchester City dengan mengurangkan jurang gol melalui sundulan, namun itu tidak cukup.

Youri Tielemans membunuh terus harapan City dengan gol kelima juga melalui sepakan penalti. Mujur Vardy sudah dikeluarkan jika tidak 4 gol dalam tangan.

Sejarah tercipta apabila Leicester City menjadi pasukan pertama menjaringkan 3 penalti dalam satu perlawanan sejak Premier League diperkenalkan.

Ajaibnya kesemua penalti diberikan bukan kerana terkena tangan.

Manchester City (4-2-3-1) Ederson; Walker, Garcia, Ake, Mendy; Fernandinho, Rodri; Mahrez, De Bruyne, Foden; Sterling.

Substitutes: Steffen, Laporte, Zinchenko, Doyle, Palmer, Torres, Delap.

Leicester City (5-4-1) Schmeichel; Castagne, Amartey, Evans, Soyuncu, Justin; Praet, Tielemans, Mendy, Barnes; Vardy.

Substitutes: Ward, Fuchs, Maddison, Albrighton, Choudhury, Iheanacho, Perez.

5. Liverpool 4-3 Leeds United – 12 September 2020

Perlawanan tumpuan dan ditunggu-tunggu peminat bola sepak bagi minggu pembukaan Premier League musim 2020/21 menemukan penyandang juara Liverpool dan Leeds United.

Corak permainan dan falsafah bola sepak yang diterapkan oleh Marcelo Bielsa kepada pasukan Leeds sangat di dambakan ramai untuk melihatnya dan ternyata tidak mengecewakan.

Marcelo Bielsa dua musim lalu hampir membawa Leeds ke Premier namun telah kecundang di saat akhir dan mereka tidak berdepan masalah untuk berjaya pada musim lalu.

Pengurus berasal dari Argentina itu merupakan mahaguru yang menjadi rujukan dan menjadi idola Pep Guardiola.

Mohamed Salah membuka tirai jaringan perlawanan melalui sepakan penalti selepas percubaan beliau sangat jelas terkena tangan pemain Leeds United, Robin Koch.

Jack Harrison telah menjaringkan gol penyamaan 8 minit kemudian dengan satu gerakan solo yang sangat memukau menewaskan barisan pemain pertahanan terbaik dunia.

Memotong dari tepi Jack Harrison mudah melepasi Arnold, memperdaya Joe Gomez, Trent Alexander-Arnold cuba mengejar tetapi gagal, Virgil Van Dijk datang membuat terjahan gelungsur juga hamoa.

Rembatan Jack Harrison ternyata gagal diselematkan oleh penjaga gol terbaik dunia, Allison Becker.

Illan Meslier yang keluar dari kawasan gol hampir saja dihukum oleh jaringan Sadio Mane dengan satu jaringan cantik gelembungan buaya tapi sayang gol itu dibatalkan kerana offside.

Virgil Van Dijk kembali meletakkan Liverpool dihadapan dengan satu sundulan tajam dengan lonjakan sesedap rasa hasil sepakan penjuru Andrew Robertson.

Pascal Struijk hampir menjaringkan gol sendiri paling cantik musim ini dalam cubaan menegeluarkan percubaan Liverpool namun berjaya ditepis keluar oleh Illan Meslier.

Pada minit ke-30 Patrick Bamford kembali mengimbangi kedudukan hasil permainan penuh bersahaja lebih tepat aksi bodoh Virgil Van Dijk dalam mengeluarkan bola.

Kerana kebodohan Van Dijk bola sampai kepada Patrick Bamford dan sekali lagi Alisson Becker tertewas.

Dua minit kemudian Mohamed Salah cuba menutup kebodohan Van Dijk dengan jaringan ketiga Liverpool hasil satu rembatan padu. Boom! Sedar-sedar bola sudah terkulai di dalam gawang.

Separuh masa pertama yang sungguh menghiburkan disajikan oleh kedua-dua pasukan terutamanya Leeds United yang kembali ke aksi bola sepak peringkat tertinggi.

Lima belas minit separuh masa kedua menyaksikan Leeds kehilangan rentak dan gagal meneruskan momentum seperti babak pertama serta banyka kehilangan bola.

Liverpool gagal mengambil kesempatan itu dan banyak mesia-siakan peluang.

Namun Leeds kembali menyerap tekanan dan dapat mecari ketenangan, akhirnya pada minit ke-66 Mateusz Klich kembali mengikat kedudukan dengansatu voli cantik.

Sekali lagi berpunca dari sepakan percuma, Van Dijk berjaya menjaringkan gol melalui satu rembatan jarak dekat yang sungguh padu.

Tapi sayang kekasaran Curtis Jones ke atas pemain Leeds menyebabkan jaringan Van Dijk dibatalkan.

Liverpool terus mengganas bagi mencari gol kemenangan dengan permainan berbaki 10 minit lagi dab tekanan jelasmenimpa kepala Liverpool.

Akhirnya usaha Liverpool mendatangkan hasil dengan cara yang mudah, Fabinho dijatuhkan dan sepakan penalti dihadiahkan.

Mohamed Salah tampil mengambil tanggunjawab dengan satu rembatan padu ke bahagian tengah untuk gol kemenangan dan hatrik untuk Salah.

Pemain Mesir itu menjadi pemain Liverpool pertama mencetak hatrik pada hari pertama musim baharu sejak John Aldridge melakukan perkara sama pada 1988/89 menentang Charlton.

Salah juga menjadi pemain Liverpool pertama menajringkan gol pada hari pembukaan liga untuk 4 musim berturut-turut dan manusia kedua di Premier League selepas Teddy Sheringham.

Liverpool (4-3-3): Alisson 5.5; Alexander-Arnold 5 (Matip 89), Gomez 5.5, Van Dijk 6, Robertson 6.5; Keita 6 (Fabinho 58, 6), Henderson 6 (Jones 66, 5), Wijnaldum 6; Salah 8, Firmino 5, Mane 6

Subs: Adrian, Milner, Origi, Minamino

Leeds (4-1-4-1): Meslier 6; Ayling 7.5, Koch 5, Struijk 6, Dallas 6; Phillips 7.5; Costa 6.5, Klich 7.5 (Shackleton 81), Hernandez 7 (Roberts 62, 5.5), Harrison 7.5; Bamford 6.5 (Rodrigo 62,5)

Subs: Poveda-Ocampo, Alioski, Casilla, Casey

6. Chelsea 2-5 West Bromwich Albion – 3 April 2021

Saingan Premier League kembali bersambung selepas memberi laluan kepada perlawanan antrabangsa dan perlawanan Chelsea menentang West Bromwich Albion menjadi perlawanan permbukaan.

Perlawanan berlangsung seawal jam 7.30 malam ini selayaknya menjadi perlawanan pembukaan semula dengan kejutan yang amat dilakukan oleh West Bromwich Albion.

Chelsea turun dengan reputasi tidak pernah bolos dalam 5 perlawanan Premier League di Stamford Bridge dibawah bimbingan Thomas Tuchel.

Thomas Tuchel yang dipilih sebagai pengurus terbaik Premier League bagi bulan Mac telah dibelasahan dengan jaringan 5-2.

Lebih padu, kekalahan ini telah memadamkan rekod tanpa kalah Thomas Tuchel di Premier League sejak mengambil alih tugas dari legenda Chelsea, Frank Lampard.

Pada minit kelima, petanda sudah kelihatan namun itu perkara biasa dalam bola sepak selepas Thiago Silva dilayangkan kad kuning kerana menjatuhkan Matheus Pereira di bucu kawasan penalti.

Christian Pulisic membuka tirai jaringan perlawanan pada minit ke-27 selepas sepakan percuma Marcos Alonso terkena tiang yang deras disambar Pulisic untuk permulaan yang baik.

Dua minit berselang, Thiago Silva mengutip kad kuning kedua selepas cuba melakukan hadangan menggelungsur cubaan Okay Yokuslu namun bola dicari, Okay Yokuslu yang dapat.

Kad merah bermakna Chelsea terpaksa mengharungi baki sejam perlawanan dengan 10 pemain dan disinilah segalanya bermula.

Mattheus Pereira telah memulakan kebangkitan West Bromwich Albion dengan dua gol pada masa kecederaan di separuh masa pertamaan.

Gol penyamaan minit 45+2 dihasilkan melalui satu lambungan yang melemaskan selepas menerima hantaran daripada penjaga gol, Sam Johnstone.

Minit 45+5 Mattheus Pereira berjaya mengelirukan tiga pemain Chelsea dengan satu dummy. Dummy dijual oleh Mattheus Pereira dibeli tiga pemain Chelsea dengan bayaran gol kedua.

Bersambung babak kedua menyaksikan Callum Robinson terus menjarakkan kedudukan dengan gol ketiga pada minit ke-63.

Mbaye Diagne menjaringkan gol keempat sebelum Mason Mount menjaringkan gol kedua Chelsea hasil umpanan Timo Werner.

Callum Robinson melengkapkan kemenangan penuh bergaya 5-2 West Bromwich Albion dengan gol kedua peribadi pada minit ke-90+1.

Hanya tujuh percubaan tepat yang dihasilkan West Bromwich Albion dalam perlawanan ini dan menghasilkan lima gol/

Kali terakhir West Bromwich Albion menang di Stamfod Bridge adalah pada tahun 1978.

Chelsea: Edouard Mendy, Marcos Alonso, Thiago Silva, Kurt Zouma, Cesar Azpilicueta, Reece James, Jorginho, Mateo Kovacic, Cristian Pulisic, Timo Werner, Hakim Ziyech

Subs: Kepa Arrizabalaga, Antonio Ruediger, Andreas Christensen, Olivier Giroud, Mason Mount, Callum Hudson-Odoi, Ben Chilwell, Billy Gilmour, Kai Havertz

West Brom: Sam Johnstone, Darnell Furlong, Kyle Bartley, Semi Ajayi, Conor Townsend, Dara O’Shea, oKAY Yokuslu, Matthew Phillips, Ainsley Maitland-Niles, Matheus Pereira, MbayeDiagne

Subs: David Button, Hat Robson-Kanu, Callum Robinson, Jake Livermore, Grady Diangana, Barislav Ivanovic, Lee Peltier, Robert Snodgrass, Karlan Grant

West Bromwich Albion 1-2 Liverpool – 17 Mei 2021

Penyandang juara yang kecundang, Liverpool turun untuk perlawanan yang tiada pilihan lain bagi mereka selain mencatatkan kemenangan bagi meneruskan impian Champions League mereka musim hadapan.

Menentang pasukan yang telah tersingkir ke liga Championship musim hadapan yang dibimbing Sam Allerdyce kesukaran dan kekentalan pertahanan menjadi ujian terbesar.

Liverpool kehilangan Diogo Jota yang mengalami kecederaan kaki dan menyaksikan kempen pemain Portugal itu bagi musim ini sudah pun berakhir.

Sadio Mane yang kurang ajar dan biadap kerana tidak mahu bersalaman dengan Jurgen Klopp selepas menewaskan Manchester United diturunkan seperti tiada apa yang terjadi.

Ketumpulan dan kesenduan pemain penyerang Liverpool yang seakan sudah pulih selepas kemenangan ke atas Setan Merah berterusan dalam perlawanan ini.

Sadio Mane mempamerkan aksi yang sangat teruk dan bermain seperti tidak berakal walaupun mecipta assist untuk gol penyamaan Mohamed Salah.

West Bromwich Albion terlebih dahulu mengejutkan Liverpool dengan berada di depan pada minit ke-15 hasil jaringan Hal Robson-Kanu yang melakukan satu penyudah yang tenang.

Mohamed Salah kemudiannya menyamakan kedudukan pada minit ke-33 melalui satu rembatan padu selepas menerima tolakan Sadio Mane. Gol penyamaan yang melegakan.

Kemudian Roberto Firmino pula telah melakukan satu rembatan cantik tapi sayang bola sekadar menggegar palang.

Kesenduan Liverpool untuk mencari gol pendahuluan berterusan mereka menyerang tetapi tidak bisa dan berbahaya untuk menembusi benteng pertahanan West Bromwich Albion.

Gandingan Fabinho dan Thiago Alcantara tidak dapat dinafikan lagi tiada ubatnya menguasai bahagian tengah dengan penuh yakin tanpa rasa melekit tapi tidak di jentera seranang.

Gol Sadio Mane yang buta kayu pada awal separuh masa kedua telah dibatalkan kerana offside.

Tolakan mudah Kyle Bartley telah meletakkan kembali West Bromwich Albion dihadapan yang berpunca daripada sepakan penjuru dan Liverpool bernasib baik.

Gol itu dibatalkan selepas Matt Phillips yang berada dalam kedudukan offside telah menghalang pandang Alisson Becker apabila terpacak dihadapan penjaga gol Liverpool itu.

Liverpool terus menjadi Liverpool yang kau kenali untuk tahun ini langsung tidak bergigi untuk mencari gol tambahan.

Berbaki beberapa saat sebelum tamat perlawanan, Liverpool memperoleh sepakan penjuru, Alisson Becker yang bosan di bawah naik untuk turut sama menambahkan kepadatan pemain Liverpool dalam kotak penalti.

Sepakan penjuru Trent Alexander Arnold merupakan peluang terakhir Liverpool dan pengadil akan meniup wisel penamat bila-bila masa.

Bola sepakan cantik Trent Alexander Arnold tepat menuju ke arah Alisson Becker yang tidak dikawal mungkin dianggap tidak mampu memberi ancaman.

Tandukan cantik, padu, tepat, sendat dengan sedikit flick daripada Alisson Becker berjaya menewaskan penjaga gol West Bromich Albion, Sam Johnstone.

Seluruh dunia tidak kira peminat atau pembenci Liverpool pasti menjerit melihat jaringan yang penuh dramatik dan agak gila itu.

Alisson Becker menjadi penjaga gol Liverpool pertama yang menjaringkan gol sejak kelab paling hebat di muka bumi ini diwujudkan pada tahun 1892. Lejen.

Secara keseluruhannya Alisson Becker menjadi penjaga gol ke-6 menjaringkan gol di Premier League dan penjaga gol yang pertama menjaringkan gol melalui tandukan.

West Bromwich Albion ( 4-4-1-1): Sam Johnstone; Darnell Furlong, Kyle Bartley, Semi Ajayi, Conor Townsend; Grady Diangana, Okay Yokuslu, Matthew Phillips, Pereira; Conor Gallagher; Hal Robson-Kanu.

Subs: David Button, Callum Robinson, Jake Livermore, Mbaye Diagne, Lee Peltier, Dara O’Shea, Karlan Grant, Ainsley Maitland-Niles, Taylor Gardner-Hickman.

Liverpool (4-3-3): Alisson Becker; Trent Alexander Arnold, Nathaniel Phillips, Rhys Williams, Robertson; Thiago Alcantara, Fabinho, Curtis Jones; Mohamed Salah, Roberto Firmino, Sadio Mane.

Subs: Adrian, Georginio Wijnaldum, Konstantinos Tsimikas, Xherdan Shaqiri, Divock Origi, Benjamin Woodburn, Leighton Clarkson, Neco Williams, Billy Koumetio.

Star of the show: Mike Dean (Wirral)

BACA:  Senarai 10 Pemain Bola Sepak Yang Pernah Jatuh Miskin