Senarai Perpindahan Rasmi Kelab EPL Setakat Ini

Jendela perpindahan musim panas sudah lama dibuka dan beberapa perpindahan berprofil tinggi telah berlaku lantas menerima reaksi yang pelbagai.

Manchester City telah mengaktifkan klausa perpindahan penyerang berbisa, Erling Haaland, dari Borussia Dortmund, manakala naib juara liga musim lalu, LIverpool, pula telah sah membawa penyerang Uruguay, Darwin Nunez ke Anfield.

Jendela perpindahan ini akan ditutup pada 1 September, pada pukul 11 malam waktu United Kingdom.

Berikut adalah senarai perpindahan yang sudah rasmi setakat berita ini ditulis.

Arsenal

Arsenal telah berjaya memikat pemain Porto, Fabio Vieira, dan juga Gabriel Jesus. Tetapi Mikel Arteta masih lagi mensasarkan beberapa pemain yang mempunyai reputasi tinggi seperi Raphinha dan Lisandro Martinez.

Masuk

Matt Turner — New England Revolution (Jun 27)

Fabio Vieira — Porto, £34.3 juta (Jun 21)

Marquinhos — Sao Paulo (Jun 10)

Gabriel Jesus – Belum diumumkan lagi. Tapi dah kompem tu.

Keluar

Daniel Ballard — Sunderland (Jun 30)

Alexandre Lacazette — Lyon, percuma (Jun 9)

Dinos Mavropanos — Stuttgart (May 19)

Aston Villa

Steven Gerrard telah sah membawa pertahanan Diego Carlos ke Villa Park, tetapi masih lagi memerlukan seorang pertahanan kiri dan juga pemain tengah.

Masuk

Robin Olsen — Roma, yuran perpindahan dirahsiakan (Jun 4)

Diego Carlos — Sevilla, yuran perpindahan dirahsiakan (Jun 1)

Boubacar Kamara — Marseille, percuma (May 23)

Philippe Coutino— Barcelona, £17 juta (May 12)

Keluar

Conor Hourihane — dilepaskan/tamat kontrak (Jun 10)

Matt Targett — Newcastle (Jun 8)

Indiana Vassilev — Inter Miami, pinjaman tanpa riba (May 5)

Brentford

Thomas Frank semestinya mahu memperkuatkan lagi pasukannya yang menamatkan saingan liga di tangga yang ke-13 pada musim lalu. Dia cuba mendapatkan semula Christian Eriksen yang mempamerkan aksi berbisa selama enam bulan dan pada masa yang sama telah mengikat pemain penting untuk kontrak jangka masa panjang.

Masuk

Tiada lagi setakat ini

Keluar

Tiada lagi setakat ini

Brighton and Hove Albion

Yves Bissouma telah sah menyertai Tottenham Hotspur tetapi beberapa pemain utama lain turut dikaitkan dengan perpindahan ke kelab yang mampu menawarkan gaji yang lebih besar. Masakkkkkk.

Masuk

Simon Adingra — Nordsjaelland, £6 juta (Jun 25)

Julio Enciso — Libertad, £9.5 juta (Jun 17)

Keluar

Yves Bissouma — Tottenham (Jun 14)

Jayson Molumby — West Brom, percuma (May 4)

Bournemouth

Pembaharuan kontrak kepada beberapa pemain utama menjadi fokus utama dalam jendela perpindahan Scott Parker setakat ini selepas berjaya membawa kelab ini kembali ke liga tertinggi di England. Pun begitu, dua pemain sudah pun berjaya dibawa ke Stadium Vitality.

Masuk

Joe Rothwell — Blackburn, percuma (Jun 24)

Ryan Fredericks — West Ham, percuma (Jun 22)

Keluar

Gary Cahill — dilepaskan/tamat kontrak (May 19)

Chelsea

Pasukan ini sering mendapat perhatian dalam setiap jendela perpindahan kerana kekayaan yang dimiliki oleh mereka. Kali ini The Blues mensasarkan untuk menguatkan bahagian pertahanan, terutamanya di bahagian tengah bertahan. Lukaku? Yillek.

Masuk

Belum ada yang berkenan, tapi dikaitkan dengan Encik Raheem.

Keluar

Jake Clarke-Salter — QPR, percuma (Jun 14)

Andreas Christensen — dilepaskan/tamat kontrak (Jun 10)

Danny Drinkwater — dilepaskan/tamat kontrak (Jun 10)

Charly Musonda — dilepaskan/tamat kontrak (Jun 10)

Antonio Rudiger — Real Madrid, percuma (Jun 2)

Romelu Lukaku – Inter Milan, pinjaman berbayar

Crystal Palace

Fokus Palace setakat ini dilhat lebih kepada membeli pemain muda yang berpotensi tinggi dan Patrick Vieira difahamkan sudah mempunyai sasaran pemain tengah dan juga pertahanan dalam jendela perpindahan kali ini.

Masuk

Sama macam Chelsea, belum ada lagi.

Keluar

Martin Kelly — dilepaskan/tamat kontrak (May 23)

Everton

Selepas prestasi teruk dan pengurusan tidak tentu hala pada musim lalu, pembesar kelab dijangka tidak akan berbelanja sewenangnya lagi. Tetapi pada masa yang sama, masa depan pemain utama seperti Richarlison dan Dominic Calvert-Lewin masih lagi samar-samar.

Masuk

Yillek

Keluar

Jonjoe Kenny — Hertha Berlin (Jun 14)

Fabian Delph — dilepaskan/tamat kontrak (Jun 10)

Gylfi Sigurdsson — dilepaskan/tamat kontrak (Jun 10)

Cenk Tosun — dilepaskan/tamat kontrak (Jun 10)

Fulham

Senarai sasaran untuk dibeli sangatlah panjang, tapi setakat ini belum ada yang berkenan. Rambang mata agaknya.

Masuk

Belum ada lagi. Sabar.

Keluar

Fabio Carvalho — Liverpool (May 23)

Cyrus Christie — dilepaskan/tamat kontrak (May 23)

Michael Hector — dilepaskan/tamat kontrak (May 23)

Alfie Mawson — dilepaskan/tamat kontrak (May 23)

Jean Michael Seri — dilepaskan/tamat kontrak (May 23)

Leeds United

Jesse Marsch sangatlah lega apabila pasukannya terselamat daripada penyingkiran liga pada hari terakhir musim lalu. Setakat ini sejumlah wang telah ditabur ke Red Bull Salzburg tapi pembelian pemain tengah pasti menjadi keutamaan selepas Kalvin Phillips dikhabarkan bakal angkat kaki.

Masuk

Marc Roca — Bayern Munich, £10 juta (Jun 17)

Rasmus Kristensen — Red Bull Salzburg, £10 juta (Jun 8)

Brenden Aaronson — Red Bull Salzburg, £25 juta (May 26)

Keluar

Ryan Edmonson — Carlisle (Jun 23)

Leicester City

Masa depan Youri Tielemans masih lagi menjadi tanda tanya, tetapi penjualan pemain boleh menjadi kunci dan modal kepada pembelian berikutnya.

Masuk

Tiada lagi kidungmu

Keluar

Eldin Jakupovic — dilepaskan/tamat kontrak (Jun 10)

Liverpool

Pembelin Darwin Nunez membuatkan para penyokong tidak gentar tentang penjualan Sadio Mane, tapi masa depan Mo Salah masih lagi tak tahu macam mana.

Masuk

Calvin Ramsay — Aberdeen, £8 juta (Jun 19)

Darwin Nunez — Benfica, £64 juta (Jun 14)

Fabio Carvalho — Fulham (May 23)

Keluar

Takumi Minamino — Monaco, £15.5 juta

Sadio Mane — Bayern Munich, £35 juta (Jun 22)

Divock Origi — dilepaskan/tamat kontrak (Jun 9)

Loris Karius — dilepaskan/tamat kontrak (Jun 9)

Sheyi Ojo — dilepaskan/tamat kontrak (Jun 9)

Ben Woodburn — dilepaskan/tamat kontrak (Jun 9)

Manchester City

Pasukan kaya dari rantau Arab ini telah mengumumkan pembelian Haaland tapi Pep Guardiola katanya sedang mengintai peluang untuk membeli Kalvin Phillips dan Marc Cucurella.

Masuk

Erling Haaland — Borussia Dortmund, £51.3 juta (Jun 13)

Keluar

Gavin Bazunu — SKeluarhampton, £12 juta (Jun 15)

Fernandinho — dilepaskan/tamat kontrak (Jun 4)

Manchester United

Kelab kedua terhebat di Manchester ini masih belum melakukan sebarang pembelian dengan pengurus baharu, Erik Ten Hag, mensasarkan untuk memperkuatkan lagi jentera tengah. Siapa yang akan datang nanti?

Masuk

Tak perlu beli pemain sebab memang dah power dan bakal juara

Keluar

Nemanja Matic — Roma, percuma (Jun 14)

Juan Mata — dilepaskan/tamat kontrak (Jun 2)

Paul Pogba — dilepaskan/tamat kontrak (Jun 1)

Jesse Lingard — dilepaskan/tamat kontrak (Jun 1)

Lee Grant — retired (May 26)

Edinson Cavani — dilepaskan/tamat kontrak (May 22)

Newcastle United

Kelab yang baru sahaja kaya ini memerlukan seorang penyerang, bek tengah, pemain tengah, pemain sayap dan juga penjaga gol. Eddie Howe kira beruntung tak perlu pening kepala fikir pasal duit.

Masuk

Nick Pope — Burnley, £11 juta (Jun 23)

Matt Targett — Aston Villa (Jun 8)

Keluar

Freddie Woodman — Preston North End (Jun 21)

Isaac Hayden — Norwich, pinjaman tanpa riba (Jun 7)

Nottingham Forest

Pemilik kelab, Evangelos Marinakis, telah berikrar akan memberi duit yang banyak untuk mengekalkan Forest di dalam saingan EPL pada musim baru nanti selepas berpuluh tahun menghilang.

Masuk

Taiwo Awoniyi — Union Berlin, £17.2 juta (Jun 25)

Ryan Hammond — Millwall (Jun 20)

Keluar

Tobias Figueiredo — dilepaskan/tamat kontrak (Jun 10)

Gaetan Bong — dilepaskan/tamat kontrak (Jun 10)

Carl Jenkinson — dilepaskan/tamat kontrak (Jun 10)

Southampton

Begitu ramai pemain dijangka akan tiba ke St Mary pada tahun ini. Tapi bukan yang ada nama besar macam Jordi Amat lah.

Masuk

Armel Bella-Kotchap — VfL Bochum (Jun 21)

Mateusz Lis — Altay SK (Jun 17)

Gavin Bazunu — Man City, £12 juta (Jun 15)

Keluar

Fraser Forster — Tottenham, percuma (Jun 8)

Tottenham Hotspur

Berjaya layak ke pentas UCL membuatkan kelab ini agak menarik kepada pemain-pemain. Lagi pula, ini penting untuk mengekalkan dua pemain utama – Son Heung-min dan Harry Kane di Spurs.

Masuk

Yves Bissouma — Brighton (Jun 17)

Fraser Forster — Southampton, percuma (Jun 8)

Ivan Perisic — Inter Milan, percuma (May 31)

Keluar

Cameron Carter-Vickers — Celtic (Jun 10)

West Ham

Selepas mencuri perhatian ramai pada awal musim, West Ham terkulai pada pusingan kedua perjalanan liga dan Daivid Moyes pastinya perlu berbelanja besar untuk mencabar tempat ke UCL

Masuk

Alphonse Areola — Paris Saint-Germain, £8 juta

Nayef Aguerd — Rennes, £26.6 juta (Jun 21)

Keluar

Mark Noble — pencen, keluar KWSP, mula berniaga kecil-kecilan

Andriy Yarmolenko — dilepaskan/tamat kontrak (May 27)

Ryan Fredericks — dilepaskan/tamat kontrak (May 27)

David Martin — dilepaskan/tamat kontrak (May 27)

Wolverhampton Wanderers

Pengurus pasukan serigala ini mahukan pemain yang lebih muda dan cergas untuk musim 2022-23 nanti.

Masuk

Belum ada yang sudi masuk ke sarang serigala

Keluar

Ryan Giles — Middlesbrough (Jun 23)

John Ruddy — dilepaskan/tamat kontrak (Jun 1)

Romain Saiss — dilepaskan/tamat kontrak (Jun 1)

Marcal — dilepaskan/tamat kontrak (Jun 1)

Sumber dipetik dari : TheAthletic

BACA:  EPL 2018/19: Berapa Harga Tiket Untuk Menonton Pasukan Kegemaran Anda ?