Senarai Rekod Luar Biasa Dicipta Liverpool Selepas Sah Ke Final Champions League

Jurgen Klopp berkata kejayaan mara ke final ketiga UEFA Champions League (UCL) dalam tempoh lima tahun bersama Liverpool tetap istimewa sebagaimana final yang pertama.

Liverpool mara ke final UCL selepas selepas berjaya menghalang kebangkitan Villarreal di separuh akhir kedua pada awal pagi tadi.

Ada sebab mengapa final kali ini istimewa buat Klopp dan Liverpool – berdasarkan rekod luar biasa yang bakal dan telah mereka capai setakat ini.

10 final UCL

Liverpool menjadi pasukan keempat yang layak ke final UEFA Champions League sekurang-kurangnya 10 kali.

Selepas kejayaan ke atas Villarreal di separuh akhir pada awal pagi tadi, Liverpool kini hanya berada di belakang Real Madrid (16), AC Milan (11), dan Bayern Munich (11).

Klopp jurulatih elit

Bagaimana untuk melabel seseorang pengurus atau jurulatih itu sebagai elit? Untuk bola sepak eropah, ia mungkin boleh diukur di pertandingan paling elit di rantau itu iaitu UCL.

Klopp kini sah merupakan salah seorang pengurus elit di Eropah apabila buat kali keempat membawa pasukan kendaliannya ke final.

Walaupun hanya memenangi pertandingan itu sebanyak sekali sebelum ini, Klopp kini dianggap setaraf Marcello Lippi, Sir Alex Ferguson, dan Carlo Ancelotti.

Semua jurulatih itu pernah mengendalikan pasukan di final UCL sebanyak 4 kali.

Peluang cipta Quadruple

Liverpool menjadi kelb Inggeris pertama yang berjaya mara ke final UCL, Piala FA, dan Piala Liga pada musim yang sama.

Kejayaan  ke final UCL kini membuatkan Liverpool yakin mampu meraih kejuaraan quadruple.
Mohamed Salah dan rakan-rakannya sudah pun bergelar juara Piala Liga.

Mereka juga akan bermain di final Piala FA serta UCL. Di final Piala FA, Liverpool akan berhadapan cabaran Chelsea pada 14 Mei akan datang.

Liverpool menunggu pemenang perlawanan Real Madrid vs Manchester City sebagai calon lawan di final UCL pada 22 Mei.

Selain itu, The Reds masih berpeluang menjuarai Liga Inggeris – kini berada di posisi kedua EPL.

Sekiranya berjaya melakukannya, Liverpool akan mengatasi kejayaan Manchester United yang meraih treble pada 1998/99.

Gol terbanyak 

Dengan tiga gol yang dicetak ke gawang Villarreal, Liverpool telah menghasilkan 139 gol dalam 57 perlawanan di semua pertandingan musim ini.

Jumlah itu adalah yang terbanyak pernah dihasilkan Liverpool dalam satu musim sepanjang sejarah mereka.

Liverpool masih mempunyai baki 6 perlawanan pada musim ini – empat perlawanan EPL, 1 final Piala FA, 1 final UCL.

Ini bermakna Liverpool masih berpeluang menghasilkan lebih banyak gol pada musim ini.

Baca Juga

Baca Juga