Senarai Terkini 50 Kelab Terhebat Di Benua Eropah

Saingan musim 2021/22 di benua Eropah telah berakhir minggu lalu dengan pelbagai aksi dramatik serta kisah-kisah menarik yang dapat disaksikan oleh para peminat.

Walau bagaimanapun, dari kesemua juara, naib juara, hampir-hampir juara, penunggu kedudukan keenam dan semua pasukan yang ada, pasukan mana agaknya yang dianggap sebagai yang terhebat di benua Eropah?

Liverpool dan Manchester City merupakan dua pasukan yang telah mendominasi sepenuhnya carta saingan Premier League musim ini.

Skuad kendalian Pep Guardiola itu terpaksa menunggu sehingg ke hari terakhir untuk sah dinobatkan sebagai juara saingan Premier League musim ini.

Mereka berjaya melakukan comeback untuk menewaskan Aston Villa, seterusnya mendahului Liverpool dengan kelebihan satu mata di puncak saingan liga.

Liverpool berjaya memenangi kedua-dua Carabao Cup dan FA Cup pada musim ini, namun malangnya mereka gagal untuk melengkapkan gelaran quadruple.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu terlepas gelaran liga dengan kekurangan satu mata, walau mereka telah beri saingan sehingga ke hari terakhir.

Kejayaan Manchester City menjuarai saingan Premier League buat kali keempat dalam tempoh lima tahun terakhir ini secara tak langsung menguburkan terus harapan Liverpool untuk memenangi gelaran quadruple.

Skuad The Reds bahkan terpaksa akur terlepas piala ketiga mereka musim ini selepas tewas 1-0 di tangan Real Madrid di pentas perlawanan akhir saingan Champions League.

Walaupun Liverpool dalam perlawanan itu berjaya mendominasi permainan dan turut mencipta begitu banyak peluang, namun mereka terpaksa akur barisan pertahanan Real Madrid terlalu hebat untuk ditewaskan.

Kemenangan Real Madrid dalam perlawanan akhir saingan Champions League itu secara tak langsung mengesahkan yang Liverpool gagal untuk merangkul gelaran treble mereka musim ini.

Real Madrid sementara itu terus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai kelab paling dominan di pentas saingan Champions League dengan mereka kini sudah berjaya memenangi 14 piala di pertandingan tersebut.

Menurut kajian yang dilakukan oleh ClubElo, Liverpool walau terlepas dua piala penting pada hujung-hujung saingan musim ini, mereka sebenarnya masih lagi pasukan terhebat di benua Eropah.

Kajian tersebut di buat oleh Elo, yang mana ia melibatkan kebarangkalian kelab untuk menang bertemu dengan pasukan gergasi lain di sekitar mereka.

14 pasukan dari saingan Premier League turut tersenarai dalam senarai tersebut, termasuklah pasukan seperti Brentford, Newcastle dan Brighton.

Memang tidak mengejutkan sama sekali untuk melihat Liverpool mendominasi senarai ini selepas melihat aksi luar biasa dasyat mereka sepanjang musim ini.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu bermain semua perlawanan secara kompetetif dengan The Reds boleh dikatakan akan turun beraksi satu perlawanan dari setiap tiga hari.

Tidak keterlaluan juga untuk menganggap yang Liverpool sebenarnya telah bermain dalam semua perlawanan dari kesemua pertandingan yang telah mereka sertai.

Berikut merupakan senarai terkini 50 kelab terhebat Eropah

50. Borussia Monchengladbach

49. Brentford

48. Rangers

47. Freiburg

46. Marseille

45. Rennes

44. Lazio

43. Wolverhampton Wanderers

42. Feyenoord

41. Union Berlin

40. Atalanta

39. Eintracht Frankfurt

38. Lyon

37. Athletic Bilbao

36. Aston Villa

35. AS Monaco

34. Crystal Palace

33. AS Roma

32. Real Sociedad

31. Newcastle United

30. Brighton & Hove Albion

29. PSV Eindhoven

28. Benfica

27. Red Bull Salzburg

26. Sporting CP

25. Real Betis

24. Leicester City

23. West Ham United

22. Juventus

21. Bayer Leverkusen

20. Borussia Dortmund

19. Napoli

18. Manchester United

17. RB Leipzig

16. Sevilla

15. FC Porto

14. AC Milan

13. Villarreal

12. Arsenal

11. Paris Saint-Germain

10. Inter Milan

9. Tottenham Hotspur

8. Atletico Madrid

7. Barcelona

6. Ajax

5. Chelsea

4. Bayern Munich

3. Real Madrid

2. Manchester City

1. Liverpool

Liverpool dan Manchester City merupakan dua pasukan yang mendominasi carta kedudukan dalam saingan ini dan sangat sukar sebenarnya untuk menafikan hal itu.

Bayern Munich sementara itu tidak berada di tahap terbaik mereka pada musim ini walaupun mereka masih kekal mendominasi aksi dalam saingan Bundesliga.

Real Madrid selepas menjuarai saingan La Liga dan Champions League, mereka jelas sekali berhak berada di kedudukan tiga teratas dalam senarai ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Ronaldo: Statistik Tidak Tipu, Saya Lebih Berhak Menangi Ballon d'Or