Senjata Sulit Disebalik Kehebatan Serangan Liverpool, Bukan Mane Atau Salah

Kekuatan Laksamana Hang Tuah bukanlah terletak di kerisnya ataupun di tenaganya. Kekuatan Laksamana Hang Tuah adalah terletak pada huruf TA, oleh kerana huruf TA lah yang menguatkan ejaan TUAH, TA.WAU.ALIF.HA… cuba huruf TA digantikan dengan huruf BA?

Buah jadinya begitulah juga dengan kekuatan Liverpool bukan terletak pada Mohammed Salah atau Sadio Mane atau Klopp atau mana-mana pemain. Tidak seperti kekuatan Hang Tuah, kekuatan Liverpool bukan pada huruf TA dan bukan juga pada huruf BA.

Tiverpool atau Biberpool atau Jiverpool jadinya.

Kehebatan dan kekuatan bahagian serangan Liverpool terletak pada senjata rahsia atau sulit mereka tetapi bukan pada alat sulit. Senjata rahsia Liverpool dapat dilihat dengan mata kasar dan mungkin ramai terlepas pandang.

Hatrik Mane julang Liverpool

Jersi ketiga Liverpool yang berwarna oren atau nama warna rasminya ‘bold citrus’, menjadi senjata rahsia kehebatan Liverpool. Dalam 6 perlawanan Liverpool menggunakan jersi ini mereka telah mencatatkan 24 jaringan tanpa kalah.

Kemenangan terbaru mereka adalah disaingan Juara Liga Eropah apabila membenam FC Porto 5 gol tanpa balas dan belas di mana Sadio Mane menjaringkan hatrik di pentas Eropah.

Selepas musim 2017/18 bermula Liverpool perlu menunggu sehingga 2 bulan sebelum mereka berkesempatan menggunakan jersi ketiga. Liverpool memakai jersi oren buat pertama kali dengan penuh bergaya apabilaembelasah Maribor 7-0 yang menguatkan lagi laungan keramat mereka ‘this is our year!’

Kehebatab Mo Salah tidak boleh dipertikaikan lagi musim ini apabila menjaringkan 30 gol dalam 36 perlawnan menyaksikan statistik jaringan Salah adalah 0.83 gol per perlawanan. Kadar yang agak padu buat seorang pemain sayap jika dibandingkan dengan Dollar Amerika.

Salah lebih berbisa berjersi Oren

Ketika memakai jersi oren pula Salah mencatatkan kadar jaringan yang menakjubkan apabila menjaringkan 9 gol dalam 6 perlawanan sekaligus mencatat 1.5 gol per perlawanan.

Yang lebih menarik adalah jersi ketiga ini dipakai ketika di laman lawan sahaja. Ini menjadikan statistik ini lebih menarik. 6 perlawanan tanpa kalah dan 24 gol dijaringkan di tempat lawan sert bolos hanya 4 gol.

1. Maribor 0-7 Liverpool – Champions League
2. West Ham United 1-4 Liverpool – Premier League
3. Stoke City 0-3 Liverpool – Premier League
4. Arsenal 3-3 Liverpoo – Premier League
5. Southampton 0-2 Liverpool – Premier League
6. FC Porto 0-5 Liverpool – Champions League

Rasannya tidak sukar untuk penyokong Liverpool menerima hakikat beserta statistik ini bahawa jersi Oren merupakan senjata sulit di sebalik kehebatan bahagian serangan Liverpool kerana hakikat ini lebih mudah ditelan berbanding hakikat ‘This is our year!’

Baca Juga

Baca Juga