Senyuman Sinis Sergio Ramos Mendapat Perhatian Ramai

Anugerah pemain terbaik mengikut posisi UEFA tadi ternyata didominasi oleh pemain Real Madrid di mana Sergio Ramos, Luka Modric dan Cristiano Ronaldo masing-masing dipilih sebagai Pertahanan Terbaik, Pemain Tengah Terbaik dan Penyerang Terbaik.

Posisi Penjaga Gol Terbaik UEFA pula dimenangi Gigi Buffon dari Juventus.

Memeriahkan lagi malam anugerah tersebut buat Real Madrid ialah bintang mereka Ronaldo dipilih sebagai pemain terbaik UEFA buat kali kedua berturut-turut, kali ketiga secara keseluruhan dalam kariernya.

Apa yang menarik perhatian ramai ialah selepas Ronaldo memberi ucapan sepatah dua kata usai dianugerahkan piala kemenangan, Ronaldo turun pentas lantas bersalam dengan Messi.

Ketika babak ini berlangsung, aksi Ramos yang tersenyum sinis terhadap bintang Barcelona itu dapat dilihat jelas di kaca televisyen.

Seperti biasa, dunia Twitter terus meletup dek tweet daripada para pemerhati bebas bola sepak.

Rasa-rasa lah kan, apa yang Ramos cakap dalam hati dia waktu tu?

Baca Juga

Baca Juga