Seorang Lagi Bintang EPL Akan ke Liga Indonesia

Minggu lepas Michael Essien telah sah menjadi milik Persib Bandung dengan sekali lafaz. Selang beberapa hari kemudian, kelab Madura United FC telah mengumumkan di akaun Twitter rasminya bahawa penyerang Stoke City, Peter Odemwingie bakal menyertai mereka dalam masa yang terdekat.

Odemwingie kini berusia 35 tahun, dilahirkan di Russia, namun memilih untuk mewakili negara bapanya, Nigeria. Dalam tempoh dari 2002 sehingga 2014, Odemwingie telah bermain sebanyak 63 perlawanan untuk negara gergasi Afrika tersebut.

Pada tahun 2013, Odemwingie terpalit dalam satu kontroversi perpindahan di mana dia telah memandu dari Birmingham untuk ke London, kira-kira 250km, demi melengkapkan perpindahannya ke Queens Park Rangers dari West Bromwich Albion.

Namun setelah tiba di hadapan kem QPR, perpindahan tersebut tidak menjadi kenyataan lalu Odemwingie terpaksa pulang semula ke kelab yang sudah dia ucapkan selamat tinggal.

Agak besar kemaluannya di situ.

Selepas disisihkan di West Brom, Odemwingie berpindah ke Cardiff sebelum menyertai Stoke City. Pada musim ini Odemwingie telah menyertai Rotherham United di Liga Kejuaraan dan sekadar bermain tujuh perlawanan.

Odemwingie bersama pengurus Stoke City

Jika segalanya berjalan lancar, Odemwingie bakal menyertai rakan sepasukan seawal minggu depan. Odemwingie dikira sebagai pemain marquee atau pemain bintang dalam undang-undang baru Liga Indonesia. Pemain marquee mestilah pernah bermain dalam Piala Dunia dan hanya seorang sahaja dibenarkan untuk didaftarkan dalam satu pasukan.

Nama Odemwingie mungkin tidak segah Michael Essien atau Amirol Hardi, tetapi kedatangannya ke Indonesia pasti akan meningkatkan tumpuan peminat bola sepak asia, sekaligus bakal membuka lebih banyak ruang komersial terhadap sukan yang nombor satu negara republik tersebut.

Baca Juga

Baca Juga