Seorang Lelaki Ditangkap Kerana Menyamar Sebagai Pirlo Untuk Dapatkan Pakaian Percuma

Seorang lelaki di Itali telah ditangkap dan satu siasatan telah dijalankan kerana menyamar sebagai pengurus Juventus, Andrea Pirlo untuk mendapatkan pakaian secara percuma.

Segalanya terbongkar selepas Andrea Pirlo menerima bil yang perlu dilunaskan bayaran bagi barang yang telah dibeli. Berani betul scam Chuck Noris.

Andrea Pirlo merupakan antara individu yang terkenal dalam dunia bola sepak tetapi tidak bagi kedai menjual pakaian dan mereka tidak pernah bertemu dengan penyamar itu.

Urusan dilakukan melalui panggilan telefon.

Tenang is good. Gambar : http://www.mainlinemenswear.co.uk/blog/2014/world-cup-style-icon-andrea-pirlo

Menurut akhbar dari Itali, Stampa, penyamar itu dikenali sebagai Alessandro Palazzolo cuba menyakinkan dirinya sebagai Pirlo ketika membuat panggilang ke butik pakaian.

Alessandro Palazzolo telah menjalinkan hubungan persahabatan dengan beberapa orang pemilik kedai di Turin, Naples dan Brscia hanya melalui telefon dan mengaku sebagai Adrea Pirlo.

Laporan itu juga menyebut scammer ini telah memulakan aktivitinya dua tahun yang lalu apabila cuba mendapatkan jam tangan mewah di Turin namun taktiknya itu gagal.

Taktik yang digunakan oleh Alessandro Palazzolo apabila membuat pesanan melalui telefon dan menyuruh teman wanitanya pergi ke butik untuk mengambil pakaian itu.

Teman wanitanya mengaku sebagai pembantu peribadi Pirlo dan menyebabkan beberapa butik di Naples dan Brescia tertipu dan menyerahkan pakaian itu.

Segala bayaran akan dibilkan kepada Adrea Pirlo yang original. Biasa la bila ko kaya dan terkenal senang dapat kredit dari kedai. Pesan je apa nak cukup bulan sampai bil bayar.

Pemain yang paling cool

Penyiasatan bermula selepas pengurus Juventus itu, Pirlo Original menerima peringatan bayaran untuk pakaian yang tidak pernah beliau beli.

Menurut Stampa lagi, scammer itu bukan sahaja menipu pembelian pakaian malah telah menyamar sebagai adik-beradik Pirlo di sebuah parti.

Pirlo telah dilantik sebagai pengurus Juventus musim ini selepas Maurizio Sarri dipecat kerana tersingkir the old lady di pusingan 16 terbaik Champions League.

Too Much Class In 1 Picture!

Pirlo yang sepatutnya pada musim ini menjadi pengurus pasukan bawah 21 tahun Juventus telah dilantik menggantikan Sarri Ball yang merupakan seorang perokok tegar.

Sungguh bertuah Pirlo kerana belum sempat mengendalikan walau satu minit perlawanan pasukan bawah 21 tahun terus naik pangkat ke pasukan utama.

juventus bermula tidak berapa cantik musim ini namun perlahan-lahan mula mendapat keputusan yang baik dan mudah melepasi peringkat kumpulan Champions League.

BACA:  Pirlo Dilantik Pengurus Baharu Juventus Beberapa Jam Selepas Sarri Dipecat