Seorang peminat Manchester United telah mencetuskan perdebatan yang hebat di Twitter apabila membandingkan reaksi penyokong Liverpool terhadap terjahan Virgil van Dijk ke atas Dries Mertens dan Sergio Ramos ke atas Mohamed Salah.
Perbandingan yang dilakukan seorang pengguna Twitter dengan id @United_Dan nyata mencuit hati banyak pihak yang menganggap penyokong Liverpool mengamalkan ‘double standard’ dalam menilai terjahan keras yang dilakukan Van Dijk semalam.
Dalam aksi terakhir peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi, jaringan tunggal dari Mohamed Salah pada babak pertama sudah cukup untuk membawa The Reds ke pusingan kalah mati dimana mereka menamatkan peringkat kumpulan di tempat ke-2, di belakang Paris Saint-Germain.
Ramai peminat bola sepak menyaksikan pertembungan tersebut, terutamanya peminat Manchester United yang tertunggu-tunggu saat Liverpool disingkirkan dari kejohanan tersebut. Tapi malangnya, ia tidak berlaku.
Selain aksi menyelamat padu Alisson pada minit kecederaan, terdapat satu lagi insiden yang mampu mengubah keputusan perlawanan tersebut.
Insiden yang dimaksudkan di sini adalah terjahan keras pemain pertahanan Belanda, Virgil van Dijk terhadap penyerang Napoli, Dries Mertens.
Ketika cuba merampas bola dari kaki Mertens, Van Dijk yang berada dalam keadaan menggelosor telah meletakkan stud kasut kaki kirinya pada pergelangan kaki Mertens. Ia merupakan terjahan yang agak kasar dan Mertens bernasib baik tidak mengalami sebarang kecederaan daripada insiden tersebut.
Dari kaca mata pencinta bola sepak, terjahan Van Dijk sepatutnya dihukum dengan layangan kad merah. Van Dijk sangat bernasib baik kerana hanya menerima kad kuning daripada pengadil atas terjahan yang mampu mematahkan kaki Mertens.
Ramai peminat non-Liverpool di media sosial yang meletup dengan keputusan tersebut manakala peminat Liverpool seperti dijangka, percaya terjahan tersebut tidak lah seteruk yang disangka.
Seorang peminat Liverpool di Twitter dengan ‘tweet handle’ @AnfieldRd96 dipetik berkata:
“Bola sepak telah bertukar menjadi lembut.”
https://twitter.com/AnfieldRd96/status/1072585746853322759
Kenyataan tersebut merujuk kepada terjahan Van Dijk ke atas Mertens. Mujur la kaki Mertens tu tak lembut, kalau tak boleh tercabut agaknya.
Namun begitu, apa yang membuatkan keadaan menjadi lebih kelakar adalah peminat Liverpool tersebut pernah memuat naik satu status yang mengecam tindakan Sergio Ramos ke atas pemain kesayangan mereka, Mohamed Salah dalam aksi final Liga Juara-Juara Eropah musim lalu.
“Saya sebenarnya terkejut Ramos tidak patahkan tangan Salah. Absolute disgrace.”
https://twitter.com/bicknarron/status/1072823567962787841
‘Double standard’ yang diamalkan peminat Liverpool telah berjaya dikesan seorang peminat Manchester United yang menggabungkan dua Tweet tersebut dalam satu status.
Liverpool fans in a nutshell pic.twitter.com/ZomjkPn4Qp
— dan ? (@United__Dan) December 11, 2018
Adakah terjahan ini adil dan tidak berniat jahat ? Atau Van Dijk bernasib baik tidak dilayangkan kad merah ? Hanya pengadil yang ada jawapannya.