Tuan rumah Sukan SEA 2017, Malaysia sekadar meraih gangsa selepas tewas 3-0 kepada Thailand dalam acara regu berpasukan lelaki.
Semalam Malaysia tewas 2-1 kepada Indonesi. Kegagalan ini meneruskan kemarau 26 tahun pingat Emas Sukan SEA Malaysia dalam acara regu berpasukan.
Sepak Takraw Sukan SEA 2017 – Regu A Berpasukan
Regu A Malaysia dibarisi oleh Syahir Rosdi, Hanafiah Dollah dan Farhan Adam memberi tentang sebelum tewas 21-15, 21-17.
Sepak Takraw Sukan SEA 2017 – Regu B Berpasukan
Regu B gagal mencipta kebangkitan untuk menhidupkan peluang apabila tewas 21-10, 21-6.
Sepak Takraw Sukan SEA 2017 – Regu C Berpasukan
Regu C Malaysia seakan sudah hilang semangat apabila mudah diratah Thailand dan gagal mencari angka 10 apabila tewas 21-9, 21-8.
Aksi Penuh Perlawanan Malaysia vs Thailand
Video dibawah merupakan aksi penuh Malaysia menentang Thailand dalam acara Sepak Takraw Regu Berpasukan Lelaki.
AMARAN : Awas video ini berdurasi 2:46:44