Sepakan Penalti Paling Banyak Dalam Sejarah Bola Sepak

Dua kelab amatur dari Division Kelima Czech, SK Batov dan FC Frystak telah mencipta rekod – sepakan penalti paling banyak dalam sejarah bola sepak.

Perlawanan penuh bersejarah ini berlaku di Czech Republic dimana 52 sepakan penalti telah di untuk menentukan kemenangan.  SK Batov dan FC Frystak yang berentap pada perlawanan yang berkesudahan seri 3-3 selepas 90 minit perlawanan dan pemenang ditentukan melalui sepakan penalti.

Sebanyak 52 sepakan penalti diambil menyaksikan keputusan berkesudahan 22-21 berpihak kepada SK Batov. FC Frystak berpeluang memenangi perlawanan pada kedudukan 4-4, 11-11 dan 14-14 tetapi disia-siakan.

Adakah Rekod Ini Di Iktiraf Sebagai Rekod Dunia?

Pada dasarnya YA! Tetapi tidak secara teknikal ini kerana kedua-dua pasukan ini bermain di Liga Division Kelima Czech yang di kelaskan sebagai perlawanan bukan profesional (non-professional match).

Maka dengan ini, rekod ini tidak layak untuk masuk Guiness Book of World Records. Rekod rasmi masih menjadi milik pasukan KK Palace dan Civics.

Rekod sebelum ini dibuat pada tahun 2005 di Nambian Cup Final diantara KK Palace dan Civics. 48 sepakan penalti telah diambil setelah keputusan terikat 2-2.

Menurut The Guinness Book of Records perlawanan itu dimenangi KK Palace setelah sepakan berakhir di angka 17-16.

Sepakan Penalti Paling Banyak Dalam Sejarah Bola Sepak

Inilah 52 sepakan penalti antara pasukan SK Batov dan FC Frystak.

Baca Juga

Baca Juga