Sepakan penalti amat dahsyat dari Mohamed Salah yang menyaksikan bola hilang dari pandangan telah memberi laluan kepada rakan sepasukannya di Liverpool, Sadio Mane dan Senegal untuk ke Piala Dunia 2022.
Mesir dan Senegal bertemu lagi, kali dalam perlawanan kedua kelayakan Piala Dunia benua Afrika dipusingan ketiga yang diadakan secara timbal balik.
Pada perlawanan pertama, Mesir berjaya memenangi perlawanan dengan satu gol hasil jaringan sendiri pemain Senegal, Saliou Ciss dalam perlawanan yang berlangsung di Cairo International Stadium.
Dengan kelebihan satu gol, Mesir bertandang ke Stade Me Abdoulaye Wade, Senegal untuk merebut slot ke Piala Dunia yang dijanjikan dengan sebuah kemenangan.
Suasana tegang penuh mendebarkan sekali lagi dilalui oleh peminat kedua-dua pasukan mengenangkan pertemuan mereka di Perlawanan akhir Piala Negara Afrika yang ditentukan dipenentuan sepakan penalti.
Dalam perlawanan akhir itu di mana pemenang terpaksa diputuskan menerusi penentuan sepakan penalti dengan pemain Liverpool, Sadio Mane berjaya menjaringkan gol kemenangan, manakala rakan sepasukan kelabnya, Mohamed Salah, tidak berpeluang untuk mengambilnya sebagai penendang terakhir.
Gol sendiri daripada Saliou Ciss telah memberikan Mesir kelebihan di laman sendiri pada perlawanan pertama, tetapi pemain Mesir, Hamdi Fathi juga tidak mahu kalah apabila menyumbat gawangnya sendiri.
Dengan gol sendiri Hamdi Fathi pada minit keempat itu cukup buat senegal mengikat perlawanan secara agregat dan membawa perlawanan ke-120 minit masa permainan.
FT #WCQ2022 (Africa)
🇸🇳 Senegal 1-0 Egypt 🇪🇬 (0-1) [Penalties 3-1]
Hamdi Fathi (OG) 4'🇸🇳 SENEGAL in the FIFA World Cup 2022 pic.twitter.com/cHC2bKnsBz
— FUTBOL | FollowBack | (@FUTBOLGOAL) March 29, 2022
Pemenang tidak dapat ditentukan di masa tambahan lantaran gol tidak kunjung hadir walaupun Senegal teramat garang dengan 25 percubaan dan 9 daripadanya adalah percubaan tepat.
Mesir yang dipacu oleh pemain yang dijulang-julang sebagai terbaik dunia, Mohamed Salah hanya mampur menghadirkan satu percubaan tepat dari lima percubaan.
Namun begitu, jelas Mesir telah belajar daripada kesilapan pada kejohanan di Cameroon apabila mereka meletakkan pemain bintang mereka untuk sepakan penalti yang pertama.
SALAH MISSES THE PENALTY 😂😂 pic.twitter.com/fzgQJU2JXH
— ُ (@Asensii20) March 29, 2022
Penting untuk Mohamed Salah menjaringkan gol disepakan pertama kerana mampu memberi harapan dan moral tambahan kepada rakan sepasukannya.
Tambahan pula, ia kelihatan seolah-olah pencabar Ballon d’Or itu akan berpeluang memberikan kelebihan sebenar kepada Mesir apabila Kalidou Koulibaly merembat penaltinya ke palang.
Kurang sedikit tekanan buat Salah sebenarnya untuk meletakkan Mesir dihadapan dengan kegagalan Kalidou Koulibaly.
Sebaliknya, Mohamed Salah tidak tenang lalu menghasilkan penalti yang amat dahsyat dan terburuk yang pernah kita lihat dari pemain terbaik dunia, melambung penaltinya di atas palang.
I mean, just look at this. Salah sails his penalty over… and surely anybody would, given the lasers.
Mane scores, Senegal wins the shootout, Egypt out of the World Cup pic.twitter.com/tgHmCmW8uu
— Henry Bushnell (@HenryBushnell) March 29, 2022
Untuk menyedapkan hati dan menutup kebebalan Salah bolehlah kita menyalahkan suluhan laser ke muka Salah semasa Salah meletakkan bola bola dan bersedia untuk melakukan sepakan.
Wajah pemain berusia 29 tahun itu disinari oleh beberapa suluhan laser berwarna hijau daripada penyokong, hampir pasti menghalang bintang Mesir membuang badi kekalahan di final Piala Negara Afrika.
Walaubagaimanapun, kegagalan sepakan penalti Salah mungking kerana penunjuk laser atau mungkin tidak, namun Salah telah gagal melaksanakan tugasnya.
This has got to stop.
— Jenny Chiu (@jennyachiu) March 29, 2022
Mungkin Salah dapat menarik nafas lega kerana dia tidak bersendirian untuk dipersalahkan di mana empat tendangan awal penalti gagal menghasilkan sebarang gol.
Bermula dari Kalidou Koulibaly membawa ke Salah di sambung pula oleh Saliou Ciss dan Ahmed Sayed atau Zizo.
Senegal berjaya menyempurnakan tiga sepakan berturut-turut selepas dua kegagalan awal dan hanya Amr Mohamed Eid El Soleya berjaya memberi gol saguhati.
February 6: Sadio Mané's penalty vs. Egypt wins AFCON for Senegal
Today: Sadio Mané's penalty vs. Egypt sends Senegal to the 2022 World Cup
— B/R Football (@brfootball) March 29, 2022
Senegal sekali lagi menang dari jarak 12 ela dengan Sadio Mane juga sekali lagi menjadi wira apabila menjaringkan penalti kemenangan buat kali kedua dalam tempoh beberapa bulan.
Juara Afrika itu akan gembira untuk bermain dalam Piala Dunia buat kali kedua berturut-turut dengan skuad yang agak padu dibarisi pemain seperti Edouard Mendy dan Idrissa Gueye, bersedia untuk memberi impak.
Ternyata Mesir belajar dari kesilapan dengan meletakkan Salah sebagai penendang pertama namun mungkin mereka tidak berlatih untuk membuat sepakan penalti secukupnya.
Senegal XI: É. Mendy; B. Sarr, Koulibaly, N. Mendy, Ciss, Sabaly, P. Cissé, I. Gueye, I. Sarr, Mané, Dia
Egypt XI: El Shenawy, Rami Rabia, Ibrahim, Omar Gaber, El Fotouh, Hamdi Fathi, El Soleya, Elneny, Salah, Trézéguet, Omar Marmoush