Sepakan Percuma Menakjubkan Olise Nafi Kemenangan Ke-10 Berturut-turut Man Utd

Manchester United turun untuk perlawanan tengah minggu menentang Crystal Palace dan bertandang ke Stadium Selhurst Park sebelum menentang Arsenal pada hujung minggu.

Perlawanan ini menarik untuk dilihat dan ditunggu-tunggu pemerhati bola sepak untuk melihat aksi debut Wput Weghorst yang dimulakan dari kesebelasan utama.

Adakah Wout Weghorst boleh menggantikan permata yang hilang? Mampu memainkan peranan seperti diharapkan dan melengkapkan skuad Erik Ten Hag.

Sejak awal Manchester United mendominasi perlawanan dengan permainan penuh meyakinkan untuk mencari gol dan kemenangan ke sepuluh secara berturut-turut.

Selepas 15 minit boleh dilihat aksi Wout Weghorst yang rajin untuk turun dan melakukan pressing dan apa yang nyata adalah lariannya agak perlahan.

Luke Shaw yang kembali ke posisi asalnya telah melakukan satu rembatan yang cantik dengan teknik yang bagus tetapi tidak menepati sasaran, kira menang gaya jela.

Minit ke-16 perlawanan telah dihentikan seketika kerana Lisandro Martinez mengalami kecederaan selepas terkena siku Jean-Philippe Mateta dan dirawat dikhuatiri mengalami gegaran kepala.

Empat minit kemudian, permainan kembali bersambung dan Lisandro Martinez dapat meneruskan permainan dengan kepada dibalut dengan semutar hitam.

Wout Weghorst akhirnya berjaya melakukan satu percubaan melalui satu tandukan tidak kemas cuba menyempurnakan hantaran Luke Shaw, bola gelembung jatuh di atas gawang.

Walaupun menguasai perlawanan, Manchester United agak bergelut untuk menembusi kotak Crystal Palace yang sentiasa bersedia berkhidmat. Sepakan percuma Marcus Rashford juga ke laut.

Pada minit ke-40, Crystal Palace datang dan percubaan penuh mengelirukan lagi jahat mencari bucu dari Odsonne Edouard telah ditepis oleh David De Gea dan untuk menambah drama, bola jatuh atas palang untuk sepakan penjuru.

Lima minit terakhir babak pertama Crystal Palace mula melawan dan menjadikan permainan bertambah rancak dan terbuka lalu Setan Merah berada di depan.

Cristian Eriksen memulakan gerakan bermain satu dua bersama Marcus Rashford dan masuk ke kotak Palace dan membuat tolakan cantik kepada Bruno Fernandes.

Entah kenapa Bruno Fernandes langsung tidak dikawal ditinggalkan begitu saja memberikan ruang dan masa yang cukup untuk satu rembatan deras dilepaskan.

Bersambung separuh masa kedua, Crystal Palace meneruskan rentak mereka bagi mencari gol dan pastinya tidak mahu tewas di hadapan penyokong sendiri.

Pada minit kle-69 masih tiada lagi jaringan tambahan dan Wout Weghorst dan Antony dikeluarkan di mana Scot McTominay dan Alejandro Garnacho masuk.

Dengan status pemain pinjaman dan harganya, debut Wout Weghorst boleh dikatakan bagus sekadar melengkapkan pasukan dan buat raso-raso.

Wilfred Zaha telah melakukan aksi keganasan ke atas Scot McTominay namun tiada tindakan dari pengadil dan McTominay juga tidak melawan. David De Gea sekali cemerlang dengan menyelamatkan tandukan Marc Guehi yang berpunca dari sepakan penjuru.

Casemiro telah mejadikan kebimbangan ramai sebagai kenyataan apabila mengutip kad kuning kelima dan cukup untuk mengetepikannya dari perlawanan menentang Arsenal.

Memasuki masa kecederaan, Crystal Palace mendapat sepakan percuma dan Michael Olise telah melakukan satu sepakan menakjubkan untuk menewaskan David De Gea.

Kemudian Casemiro terlepas peluang terbaik di depan garisan apabila bola sepakan penjuru jatuh ke atas pehanya dan rembatan Garnacho terlalu tepat kepada Vicente Guaita.

Kesebelasan Utama Crystal Palace : Vicente Guaita, Tyrick Mitchell, Marc Guehi, Chris Richards, Nathaniel Clyne, Will Hughes, Cheick Oumar oucoure, Odsonne Edouard, Michael Olise, Jean-Philippe Mateta, Wilfried Zaha.

Pemain Simpanan : Sam Johnstone, Joel Ward, James Tomkins, Jairo Riedewald, Luka ilivojevic, Jeffrey Schlupp, David Ozoh, Jordan Ayew, Eberechi Eze.

Kesebelasan Utama Manchester United: David De Gea, Luke Shaw, Lisandro Martinez, Raphael Varane, Aaron Wan-Bissaka, Casemiro, Christian Eriksen, Marcus Rashford, Bruno Fernandes, Antony, Wout Weghorst.

Pemain Simpanan: Tom Heaton, Victor Lindelof, Harry Maguire, Tyrell Malacia, Scott McTominay, Fred, Facundo Pellistri, Anthony Elanga, Alejandro Garnacho.

BACA:  Eriksen Tak Hingin Bermain Untuk Setan Merah, Lebih Rela Pilih Brentford