Sepakan Percuma Super Padu Dari Hakan Calhanoglu

Hakan Calhanoglu telah menjaringkan gol hasil sepakan percuma yang super padu dalam perlawanan AC Milan menentang Atalanta di Serie A.

Lebih manis gol yang indah nian dan menawan itu hadir dalam perlawanan ke-100 Hakan Calhanoglu di Serie A bersama AC Milan yang disertainya pada musim 2017/18.

Yang menjadikan sepakan percuma Hakan Calhanoglu ini lebih menarik adalah sudut dan posisi sepakan itu diambil dari sudut yang agak sukar.

Pemain kebangsaan Turki ini sememangnya terkenal dengan kepakaran menjaringkan gol melalui sepakan percuma.

Hakan Calhanoglu pada musim ini menjadi nadi penting kepada pasukan AC Milan yang menggila sejak Serie kembali bersambung.

Setakat ini selepas 36 perlawanan, Hakan Calhanoglu telah menjaringkan 10 gol, dua assist dan menghasilkan 2 key passes dalam setiap perlawanan.

AC Milan telah menjaringkan 28 gol dalam 10 perlawanan di Serie A selepas PKP sama banyak dengan jaringan yang dihasilkan dalam 26 perlawanan sebelum ini.

Gol yang dijaringkan oleh Hakan Calhanoglu itu telah dikatakan mirip dengan sepakan percuma Juninho Pernambucano ketika menentang Barcelona pada tahun 2009.

Juninho Pernambucano merupakan dewa dan sifu(Wor and Fu) dalam menjaringkan gol melalui sepakan percuma dari pelbagai sudut, arah dan di seluruh pelusuk padang.

Sepakan percuma Knuckleball merupakan satu kepakaran yang jarang ada pada pemain lain dan jika ada pun tidak mampu dilakukan sekerap Juninho Pernambucano.

Maka tidak hairanlah kenapa Juninho Pernambucano diangkat sebagai Wor and Fu sepakan percuma.

BACA:Β  Pemain Ini Baru Saja Menghasilkan Sepakan Percuma Paling Teruk Dalam Dunia Bola Sepak