Sepakan Percuma Yang Terlalu Dahsyat Dari Fred

Manchester United satu nama pasukan bola sepak yang dahulunya gah lagi agung tetapi kini bila disebut akan membuatkan ramai ketawa ditahun 2020 ini yang baru memasuki hari kedua.

Semua sedia maklum bahawa Setan Merah telah menghiburkan semua apabila tewas 2-0 kepada pasukan yang lemah dan lembik dari London, Arsenal.

Perlawanan tumpuan awal tahun 2020 di mulakan dengan pertemuan dua pasukan yang sedang bergelut mencari sebuah kebenaran iaitu Arsenal dan Manchester United.

Perlawanan yang boleh diibaratkan seperti pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega yang sangat menghiburkan.

Keputusan perlawanan berpihak kepada Arsenal yang menyaksikan pemain yang dibayar secara ansuran Nicolas Pepe menjadi dalang kemenangan.

Satu gol daripada Pepe dan gol Sokratis juga berpunca daripada sepakan penjuru Pepe sudah cukup untuk Arsenal merah 3 mata berharga.

Sebagai hadiah tahun baru mungkin Pepe telah diunlocked levelnya ke tahap lebih tinggi untuk tempoh beberapa hari ini.

Tidak cukup dengan kekalahan ini, Frederico Rodrigues de Paula Santos pula menambah keceriaan tahun baru dengan satu sepakan percuma yang dahsyat.

Walaupun percuma, Fred tidak perlu begitu rakus melakukan tendangan.

Ketika Marcus Rashford seperti sudah bersedia menguatkan kekuda unbtuk melakukan sepakan, Fred terlebih dahulu mencuba.

Tendangan Fred sangat padu dan laju terus menuju ke angkasa tanpa hala tuh yang sangat jauh dari gawang.

https://twitter.com/kwamebenaiah/status/1212504549317128192

Reaksi Ole Gunnar Solskjaer dengan sepakan itu menceritakan segala-galanya dan tiada tandingan.

Tiada tanda-tanda bahawa bola itu akan jatuh dalam masa terdekat dengan tendangan sedemikian rupa.

Pengulas juga tidak pasti samada bola tendangan Fred dari sepakan percuma itu masih berada di utara London atau tidak.

https://twitter.com/whizkrane/status/1212492705730908160

Baca Juga

Baca Juga