Penajaan adalah satu komponen penting dalam bola sepak hari ini, dan seperti yang diterangkan secara ringkas dalam artikel yang lalu, penajaan akan melipatgandakan pendapatan satu pasukan dan penajaan ini sebenarnya adalah satu daripada senjata pemasaran bagi jenama-jenama yang ada di seluruh dunia.
Jika satu pasukan tersebut beraksi cemerlang pada setiap musim atau mempunyai tradisi yang kuat, maka banyaklah tajaan yang diperoleh mereka.
Walaubagaimanapun penajaan, dalam konteks di Malaysia, lebih kepada meleburkan duit tanpa hasil dan lebih teruk jika duit yang digunakan untuk penajaan tersebut datang daripada kerajaan negeri – yang sumber pendapatan utamanya ialah bayaran cukai.
Silap-silap haribulan wang yang ditaja tidak sampai pun ke pasukan yang ditaja, dan mungkin sebab itulah penajaan bola sepak di Malaysia tidak telus dan sering dirahsiakan daripada umum.
Untuk menaikkan nafsu penggiat bola sepak Malaysia mendapatkan penaja, berikut adalah senarai 10 pasukan yang mempunyai penajaan tertinggi di dunia.
Real Madrid (La Liga)

Pembuat jersi : Adidas – USD158 juta/tahun
Penaja hadapan jersi : Emirates, USD34 juta/tahun
Stadium : Emiriyah Arab Bersatu – USD28 juta/tahun
Jumlah keseluruhan : USD 220juta/tahun
Manchester United (Liga Perdana Inggeris)

Pembuat jersi : Adidas, USD107 juta/tahun
Penaja hadapan jersi : Chevrolet USD80 juta/tahun
Stadium : Aon, USD 22 juta/tahun
Jumlah keseluruhan : USD209 juta/tahun
Bayern Munich (Bundesliga)

Penaja jersi : Adidas, USD68 juta/tahun
Penaja hadapan jersi : Deutsche Telekom, USD34 juta/tahun
Stadium : Allianz USD9 juta/tahun
Jumlah keseluruhan : USD111 juta/tahun
Chelsea (Liga Perdana Inggeris)

Penaja jersi : Adidas, USD41 juta/tahun
Penaja hadapan jersi : Yokohama Rubber USD57 juta/tahun
Stadium : tiada
Jumlah keseluruhan : USD99 juta/tahun
Arsenal (Liga Perdana Inggeris)

Penaja jersi : Puma, USD43 juta/tahun
Penaja hadapan jersi/stadium : Fly Emirates, USD43 juta/tahun
Jumlah keseluruhan : USD86 juta/tahun
Barcelona (La Liga)
Penaja jersi : Nike, USD40 juta/tahun
Penaja hadapan jersi : Qatar Sports Investment, USD 41juta/tahun
Stadium : tiada
Jumlah keseluruhan : USD 81juta/tahun
Liverpool (Liga Perdana Inggeris)

Penaja jersi : New Balance, USD 36 juta/tahun
Penaja hadapan jersi : Standard Chartered, USD43 juta/tahun
Stadium : tiada
Jumlah keseluruhan : USD79 juta/tahu
Manchester City (Liga Perdana Inggeris)
Penaja jersi : Nike, USD17 juta/tahun
Penaja hadapan jersi/stadium : Etihad USD57 juta/tahun
Jumlah keseluruhan : USD74 juta/tahun
Juventus (Serie A)

Penaja jersi : Nike, USD26 juta/tahun
Penaja hadapan jersi : Jeep, USD 19 juta/tahun
Stadium : Sportsfive, USD7 juta/tahun
Jumlah keseluruhan : USD53 juta/tahun
Paris Saint Germain (Ligue 1)

Penaja jersi : Nike, USD23 juta/tahun
Penaja hadapan jersi : Emirates, USD28 juta/tahun
Stadium : tiada
Jumlah keseluruhan : USD51 juta/tahun
Meskipun tidak bermain di Liga Juara-juara Eropah, Manchester United masih mampu menarik perhatian penaja kerana mereka mempunyai peyokong yang paling ramai di seluruh dunia hasil jasa kejayaan demi kejayaan ketika di era Alex Ferguson.
Sebenyarnya, penajaan sesuatu itu lebih dari jenama jersi, penaja hadapan jersi dan stadium dan sebab itulah ketika sidang media, ktia dapat lihat perlbagai logo dan jenama di belakang meja pemain/jurulatih yang ditemuramah.
Lebih menarik lagi, hampir setiap kelab di Liga Perdana Inggeris mempunyai penaja untuk :
- Kenderaan rasmi – Antara penajanya ialah Fiat, Citroen, Volkswagen
- Mesin cetak rasmi – Antaranya ialah Ricoh, Canon, Hewlwtt Packard, Epson
- Syarikat telekomunikasi rasmi – Lycamobile, Etisalat,
- Syarikat penerbangan rasmi – MAS, Garuda Indonesia, Turkish Airlines, Fly Emirates, Ettihad
- Medan judi rasmi – SBOBet, 88Bet, Wukong, Kuda
- Arak rasmi – Singha, Carlsberg, Carling, Budweiser
dan banyak lagi penaja-penaja dari atas sampai bawah.
Harapan jangka masa panjang kami, pasukan dari Malaysia juga mampu untuk menarik penaja seperti mana kelab-kelab di atas dan sudah-sudahlah bergantung kepada kerajaan negeri. Sesungguhnya tiada dalam manifesto pilihanraya parti mana-manapun untuk menaja pasukan bola sepak negeri masing-masing.