Sepuluh Pemain Utama Arsenal Berhadapan Krisis Kontrak

Arsenal kini boleh dikatakan dalam bahaya apabila sepuluh daripada pemain pasukan utamanya kini bakal tamat kontrak pada musim panas 2018, dan setakat hari ini masih tiada rundingan kontrak baru yang berjaya.

Antara yang termasuk dalam senarai ini ialah Mestu Ozil dan Alexis Sanchez – masing-masing bergaji sekitar GBP130,000 seminggu dan Alexis difahamkan mahu menjadi pemain paling tinggi dibayar di Emirates.

Kedua-dua pemain ini beraksi sangat cemerlang pada musim ini, pun begitu, gaji mereka jauh lebih rendah berbanding pemain Manchester United, Paul Pogba yang dibayar GBP 300,000 seminggu.

Selain itu, supersub Olivier Giroud dan Alex Oxlade-Chamberlain juga bakal tamat kontrak pada tarikh yang sama dengan Ozil dan Sanchez, namun jika kedua-dua pemain ini mengangkat kaki barangkali kurang dirasai kesannya berbanding dua pemain di atas.

Pemain yang masing-masing berasal dari Sepanyol dan Jerman, Santi Cazorla dan Per Mertesacker pula bakal tamat kontraknya pada musim panas 2017, tetapi mempunyai pilihan untuk sambungan setahun.

Umum telah mengetahui bahawa pengurus Arsenal merupakan seorang yang kedekut dalam memberikan gaji yang besar kepada pemain dan sangat berhati-hati dalam urusan ini.

Dalam tempoh beberapa tahun ini, ramai pemain bintang mereka yang berpindah dek nilai gaji.

Robin van Persie dan Samir Nasri berpindah ke dua pasukan Manchester ketika masing-masing berbaki setahun kontrak – dan memenangi liga bersama kelab baru mereka.

Bacary Sagna, Kolo Toure, Cesc Fabregas, Gale Clichy, Nurshahrul Idlan Talaha – kesemua pemain ini meninggalkan Arsenal demi gaji yang lebih lumayan.

Jika Alexis berpindah, Wenger dikatakan bakal membida kapten Borussia Dortmund, Marco Reus.

Baca Juga

Baca Juga